Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« October 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Friday, October 13, 2006
Harap Maaf. Lif Rosak.

Sebuah cerpen saya berjudul "Karma" mengisahkan bagaimana satu watak (Carlton) menolak kerusi roda Irwan (yang lumpuh) ke dalam ruang kosong lif yang rosak.

Memang beberapa rakan dan pembaca cerpen berkenaan memberi komen bahawa insiden yang saya paparkan itu tidak logik serta tidak mungkin berlaku.

Apa pun, saya tetap dengan pendirian saya bahawa apa yang saya paparkan dalam karya kreatif adalah berdasarkan kemungkinan dalam realiti.

Terbaru, akhbar Utusan Malaysia (serta kebanyakan akhbar lain) pada 13 Oktober 2006 melaporkan bahawa seorang murid tahun dua SRK (T) Vivekananda, Petaling Jaya cedera parah selepas lif yang dinaiki di tingkat 17 Blok F, Flat Taman Putra Damai jatuh terhempas.

Mangsa, S. Logeswaran, 8 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan parah selain patah kedua-dua belah kaki.

Ketika kejadian, mangsa dan sepupunya, C. Kanesh, berada di tingkat 17 dan sedang dalam perjalanan turun ke tingkat bawah untuk membuang sampah.

Difahamkan, sebaik memasuki lif berkenaan, ia tiba-tiba tidak berfungsi dan tersekat di antara tingkat 17 dan 16.

Menurut ibu mangsa, K. Radha, anaknya dan Kanesh berusaha membuka pintu lif berkenaan sebaik sahaja ia tersekat. Kanesh dikatakan terlebih dahulu memanjat dinding lif tersebut lalu keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Logeswaran yang menyusul selepas itu tidak sempat keluar daripada lif berkenaan kerana ia tiba-tiba bergerak dan terus terhempas ke tingkat bawah.

“Saya sudah ingatkan mereka supaya jangan gunakan lif itu kerana ia rosak," kata si ibu.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries