Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2018 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Thursday, May 8, 2008
Setahun Sudah Berlalu ...
Mood:  surprised

Salam sejahtera.

 

Saya memasukkan entri ini setelah lebih setahun tidak memasukkan sebarang entri di blog ini.

 

Hal ini tidak bermakna saya tidak mendekatkan diri dengan dunia siber. Saudara boleh merujuk maklumat yang sempat saya muat naik mengenai Kavyan di laman sesawang www.kavyan.cjb.net dan www.ekavyan.cjb.net.

 

Pasti sahaja pelbagai perkara telah berlaku sejak setahun lalu; khususnya berhubung isu “Bahasa Malaysia”. Mungkin saudara ada membaca mengenainya di media cetak tempatan. Atau saudara boleh membaca mengenainya – dan mengenai banyak lagi perkara – di kedua-dua laman sesawang yang saya nyatakan di atas.

 

Sudilah juga menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk bertukar-tukar cerita.

 

Sekian untuk seketika.


Posted by uthayasb at 15:08 JST
Post Comment | Permalink
Thursday, March 1, 2007
Karya Mac 2007

Sdr boleh membaca karya-karya saya dalam beberapa majalah terbitan Mac 2007:

 

1) Cerpen "Ikan Patin dan Beruang Besar" dalam majalah e-baca terbitan Kumpulan karangkraf Sdn Bhd.

2) Cerpen "Tunas di Sebuah Ladang" dalam majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Cerpen www.diari.cjb.net dalam majalah e@siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

4) Cerpen "E-mel untuk Anda" dalam majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

5) Makalah mengenai bahasa masyarakat Chetti dalam majalah Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

6) Rencana fokus mengenai masyarakat Chetti dalam majalah Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selamat membaca! Jangan lupa mengirim komen ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my


Posted by uthayasb at 08:25 WST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Friday, October 20, 2006
Apa Khabar Orang Komunis?

Amir tidak serik dengan komunis!

Oleh FATHI ARIS OMAR

Tidak serik dengan pengharaman filem Lelaki Komunis Terakhir pada Mei lalu, Amir Muhammad kini sedang menyiapkan sequel filem tersebut yang memberi fokus pada kehidupan bekas gerila bersenjata Melayu dalam Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM).

Filem dokumentari kedua ini Apa Khabar Orang Kampung?, mengambil sempena lagu popular Sudirman Hj Arshad, merakam kehidupan sehari-hari kampung bekas gerila PKM, tidak jauh dari Sukhirin, di selatan Thailand.

Pengarah 34 tahun ini memberitahu mStar Online, beliau bersama lima krew filem menghabiskan masa kira-kira 10 hari pada Ogos lepas untuk merakam rentak kehidupan sekarang, selain wawancara dengan semua bekas gerila yang dilahirkan di Malaysia.

Perkampungan Damai 12, atau dalam bahasa Siam ‘Ban Chulabhorn Pattana 12’, dibangunkan selepas perjanjian tiga pihak antara PKM, kerajaan-kerajaan Thailand dan Malaysia dikatakan pangkalan asal Rejimen ke-10, tidak jauh dari sempadan Narathiwat-Kelantan.

Rejimen ini pernah mempunyai kekuatan 1,000 anggota dan di sini juga terdapat terowong besar bawah tanah yang boleh memuatkan kira-kira 300 gerila. Bagaimanapun terowong ala Viet Cong ini sudah tidak digunakan lagi, dua daripada tiga pintu masuk utamanya sudah roboh.

Daripada lebih 140 keluarga sekarang, tidak sampai 20 orang dilahirkan di Malaysia (Malaya, waktu itu). Daripada jumlah itu, 15 diwawancara untuk filem terbaru Amir ini. Mereka sekarang berusia antara penghujung 70-an hingga awal 80-an. Antaranya wawancara tiga jam dengan gerila berusia 86 tahun yang dikenali Pak Majid (nama asal Idris Yusof).

“Katanya, tidak pernah ada orang yang mahu bertanya tentang pengalamannya. Jadi dengan kami, dia bercakap dan terus bercakap selama tiga jam. Ceritanya sangat menarik, tidak ada yang membosankan,” kata Amir.

Sebelum menyertai PKM, Pak Majid pernah berkhidmat untuk pasukan tentera Inggeris dan juga Jepun.

Kisahnya ini tidak jauh bezanya dengan latar pengalaman penggerak-penggerak nasionalis Melayu waktu itu, termasuk seorang kuat Rejimen ke-10, Abu Samah Mohamad Kassim – beliau berkhidmat dengan Jepun sebelum menyertai Umno, selain pernah juga bersama Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf.

Selain wawancara, Amir juga ditunjukkan bahan-bahan propaganda, termasuk siaran radio PKM, filem dan kertas sebaran gerakan ini.

Ketua rejimen ini Rashid Maidin, yang tinggal di Yala selepas perdamaian, bagaimanapun tidak ditemubual kerana tidak berada di perkampungan tersebut. Rashid meninggal dunia awal September lalu pada usia 89 tahun.

Amir berkata, sequel Lelaki Komunis Terakhir ini memang sudah dirancang lebih awal dan bukan dibikin sebagai reaksi terhadap beberapa kritikan terhadap filem itu. Lelaki Komunis Terakhir diharamkan selepas bantahan beberapa pihak dan menimbulkan kontroversi hampir sebulan sehingga menarik minat penggiat filem dan ahli politik.

Akibat larangan tersebut, filem itu gagal ditayangkan secara komersial walau pihak pawagam bersedia memberikan ruang.

Amir kini berharap Apa Khabar Orang Kampung? akan diluluskan dan dapat ditayangkan secara komersil awal tahun depan.

Menurutnya, jika tidak diharamkan, filemnya itu menjadi dokumentari pertama yang ditayangkan secara komersial.

Walau sekarang masih di peringkat suntingan, Apa Khabar Orang Kampung dijadual ditayangkan di festival filem Fajar di Iran pada Januari depan.

Ditanya tentang kenyakinannya agar usaha terbarunya ini akan diluluskan  Lembaga Penapisan Filem, Amir berkata: “kalau Remp-it boleh lepas, kenapa filem saya tidak?”

“Tidak ada adegan seks, atau babak keganasan. Hanya babak orang-orang tua bercakap.”

Menurutnya, sewaktu diwawancara, pemimpin dan gerila Rejimen ke-10 bersedia mendedahkan suka-duka perjuangan mereka selepas 17 tahun perjanjian damai. Bagaimanapun isu-isu ketenteraan dan strategi tidak disampaikan. 

Dalam wawancara tersebut, jelas Amir lagi, mereka memberitahu selepas kegagalan perjanjian Baling 1955, anggota-anggota PKM diberi dua pilihan sama ada meneruskan perjuangan atau menyertai kemerdekaan baru Malaya tetapi semua anggota Rejimen ke-10 mahu kekal bersama.

“Ini membayangkan kesetiaan mereka pada kumpulan ini dan kesetiaan itu masih dilihat dalam banyak kerjasama dan gotong-royong di kampung ini,” katanya.

Bagaimanapun perkampungan itu hanya didiami oleh kumpulan bekas gerila Melayu, sementara gerila-gerila berketurunan Cina berada di kampung-kampung perdamaian lain.

Setiap kumpulan tinggal di kampung masing-masing dan mereka tidak pernah melawat antara satu sama lain selepas perjanjian damai dimeterai.

Ini jelas melambangkan “perpecahan” di kalangan anggota PKM pada garis perkauman.

“Agak aneh,” kata Amir. “Tidak sepatutnya terjadi begitu. Nampaknya mereka juga terkesan dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris. Mereka dicatur mengikut percaturan kaum.”
 
Sebagai anak kelahiran
Kuala Lumpur, kata Amir, tinggal lebih seminggu di perkampungan ini memberi kelainan kepada rutin hariannya. Di sana, katanya, hanya terdapat sebuah warung kecil yang ditutup pada jam 9 malam. Sementara bekalan air bersih dan elektrik terputus dua tiga kali sepanjang dia di sana.

Dalam wawancara tersebut, mereka menceritakan keperitan hidup selepas era perjanjian damai. Mereka mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran aman tersebut.

Walau diberikan setiap orang enam ekar tetapi usaha pertanian yang cuba dibangunkan sering mengalami kegagalan.

“Mereka cuba tanam kelapa sawit tetapi tidak berjaya. Musim ini buah-buah pula tidak menjadi, jadi waktu saya di sana mereka ada masalah kewangan,” cerita Amir. “Ramai yang tinggal, berhijrah di luar, mencari pekerjaan di luar.”

Jadi, majoriti penduduk di sana berusia 60 tahun ke atas dan bawah 15 tahun. Generasi muda mereka tinggal dan bekerja di bandar-bandar sekitarnya.

“Anak-anak mereka yang diberikan sebagai anak angkat kepada orang luar sewaktu konflik bersenjata terus tinggal di luar perkampungan ini.”

Tahun ini pula kerajaan Thailand memberikan mereka kad pengenalan, mengesahkan mereka sebagai warga negara tersebut. “Ada di antara mereka yang balik ke kampung asal di Semenanjung tetapi mereka tetap ingin tinggal di selatan Thailand,” kata Amir lagi.

Susulan konflik di selatan Thailand beberapa tahun kebelakangan, anggota-anggota PKM turut dituduh terbabit dengan kelompok pemisah tetapi mereka menafikannya. Menurut Amir, pihak keselamatan Thailand juga percaya mereka tidak terlibat.

Amir yakin Apa Khabar Orang Kampung? 'lebih menarik' daripada filem awalnya.

Lelaki Komunis Terakhir banyak fakta, membosankan,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_504d37b6-c0a85062-1eafe130-2e36cc63


Posted by uthayasb at 08:00 JST
Post Comment | Permalink
Thursday, October 19, 2006
Selamat Menyambut Deepa-Raya!

Amalan menyambut perayaan secara berkongsi antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini sesungguhnya tidak bercanggah dengan tuntutan mana-mana agama atau mencemarkan kesucian mana-mana agama yang sah di muka bumi ini. Memanglah kita masih juga hairan bagaimana boleh ada individu yang menyebarkan khabar palsu (melalui SMS, e-mel atau apa cara sekali pun) dengan mengatakan amalan murni itu sebenarnya bertentangan dengan sesuatu agama.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri menegaskan bahawa tidak menjadi masalah untuk umat Islam sendiri meraikan kongsi Aidilfitri bersama dengan penganut agama lain asalkan tidak mencampur adukkan soal adat dengan agama masing-masing.


“Bila sebut kongsi raya, ada orang sebut raya bersama. Bukan bermakna adat atau hukum agama Islam dan India nak dicampurkan. Ini tidak bermakna orang Islam kena pergi ke candi (kuil) atau orang Hindu pergi ke masjid. Apabila Hari Raya, kita umat Islam dengan cara kita. Jadi hubungan sosial antara kaum ini tidak ada masalah. Dulu kita pergi juga untuk sama-sama sambut Deepavali atau dia datang rumah kita yang sedang sambut Aidilfitri. Tiada salah langsung dan ia tak ada hubung kait dengan mencemarkan agama kita. Jangan ada kekeliruan. Kita dengar macam-macam cakap yang boleh timbulkan kekeliruan, sedangkan tiada langsung perkara yang boleh dilihat sebagai mencemarkan agama.”

 

Demikian Perdama Menteri dilaporkan berkata dalam akhbar Berita Harian pada 19 Oktober 2006. Walaupun tidak menyebut sebarang kes secara spesifik, beliau dipercayai merujuk isu kontroversi kandungan e-mel seorang pegawai sebuah syarikat takaful yang melarang ucapan selamat dibuat bagi perayaan agama lain.


Beberapa hari lalu, pegawai itu sudah memohon maaf berhubung kandungan e-melnya dan menarik balik e-mel itu yang dibuatnya awal bulan ini. Pegawai itu berkata, e-mel berkenaan adalah pandangan peribadi beliau dan bukan pandangan rasmi syarikat takaful terbabit.

 

Moral: Terlanjur perahu boleh dimudik; terlanjur e-mel buruk padahnya!

Posted by uthayasb at 17:00 JST
Updated: Thursday, October 19, 2006 17:34 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, October 18, 2006
Masalah Ekonomi Kaum India

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan, parti itu tidak akan membincangkan masalah ekonomi kaum India di negara ini secara terbuka.

Samy Vellu dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia (18 Oktober 2006) sebagai berkata, beliau hanya akan membincangkan perkara itu bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menteri-menteri lain.

Kata beliau, sebarang perkara yang ditimbulkan berhubung masalah sesuatu kaum itu sewajarnya dibincang secara tertutup.

“Apa-apa masalah berhubung ekonomi masyarakat India, saya akan terus berbincang bersama Perdana Menteri dan menteri-menteri lain. MIC tidak akan membincangkan perkara ini secara terbuka. Itu polisi saya. Kita mempunyai forum yang sesuai untuk membincangkan perkara ini di mana Perdana Menteri kita sentiasa bersedia mendengar masalah kaum lain,” katanya.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, October 17, 2006
Tahniah, Dr Arumugam!

Terus-terang, saya tidak pernah mendendar mengenai pakar kardiologi, Datuk Dr N Arumugam sehinggalah berita mengenai pemilihan beliau sebagai Presiden Persatuan Perubatan Sedunia (WMA) ke udara melalui Berita Tamil melalui MinnalFM pada petang 16 Oktober 2006.


Beberapa akhbar utama melaporkan pada 17 Oktober 2006 bahawa Dr Arumugam yang merupakan bekas Presiden Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia (MMA) itu dipilih pada perhimpunan agung WMA di Sun City, Pilanesburg, Afrika Selatan pada 10 hingga 14 Oktober 2006.

Presiden MMA, Datuk Dr Teoh Siang Chin menyifatkan pelantikan itu sebagai pengiktirafan cemerlang antarabangsa bagi bidang kesihatan
Malaysia dan pengiktirafan terhadap semua doktornya. Apatah lagi, Dr Arumugam adalah warga Malaysia pertama memegang jawatan itu.

“Pengiktirafan seorang pakar kardiologi Malaysia sebagai presiden badan global doktor pasti mengangkat penjenamaan kesihatan Malaysia,” kata beliau dalam laporan akhbar Berita Harian.

Sekadar makluman, WMA terdiri daripada lebih 80 negara anggota dan diiktiraf sebagai pelopor dan pembimbing kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Pastinya ini suatu pengiktirafan yang amat membanggakan.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Updated: Tuesday, October 17, 2006 17:35 JST
Post Comment | Permalink
Monday, October 16, 2006
Peta Minda

Saya sering menggunakan peta minda dalam membuat nota dan merancang aktiviti. Malah saya menggalakkan – semacam mewajibkan – pelajar saya di kolej menggunakan peta minda semasa membuat tugasan.

Tujuannya bukanlah untuk mendera. Sebaliknya, apabila saya menyedari betapa senang menggunakan peta minda untuk membuat perancangan, maka saya mahu berkongsi pengalaman itu dengan para pelajar. Harapan saya adalah agar para pelajar saya mendapat manfaat daripada apa yang saya wajibkan mereka lakukan dalam kelas saya.

Pada 16 Oktober 2006, sata tertarik membaca sebuah rencana berkaitan peta minda dalam akhbar Utusan Malaysia. Berikut saya salin rencana berkenaan demi kebaikan bersama:

PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran anda untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri anda.

Antaranya, anda perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan anda. Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan anda. Bolehlah anda sifatkan anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri. Antaranya, anda perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan. Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan. Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain. Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya. Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah. Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas. Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. DDi samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

Utusan Malaysia, 16 Oktober 2006


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Sunday, October 15, 2006
Prejudis & Diskriminasi Kaum

Berikut laporan yang saya ambil sepenuhnya daripada akhbar Mingguan Malaysia (15 Oktober 2006): 

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, individu yang tidak bersifat perkauman dan ingin melihat perpaduan kaum adalah simbol rakyat Malaysia sebenar.

Sambil menafikan wujudnya sikap prejudis antara kaum di negara ini, beliau berkata, apa yang ketara ialah rakyat kini hidup aman dan bersatu padu.

Menurutnya, walaupun wujud perbezaan antara kaum kerana kepelbagaian kebudayaan, namun sikap prejudis itu tidak wujud.

“Apabila terdapat kepelbagaian kebudayaan, maka wujudlah perbezaan antara kaum, namun semua rakyat meraikan perbezaan itu.

“Bagaimanapun, apa yang kita lihat hari ini ialah rakyat bersatu padu, hidup aman dan bersikap menghormati sesuatu kaum yang bukan daripada etnik atau kepercayaan agama tetapi ingin bersahabat dan melakukan sesuatu bersama-sama.

“Yang paling penting ialah semua kaum di Malaysia cintakan negara ini, itulah dikatakan rakyat Malaysia,” katanya ketika diwawancara dalam program CNN Talk Asia yang disiarkan oleh saluran Astro 90, hari ini.

Abdullah ditanya sama ada beliau memandang mudah situasi perbezaan yang wujud antara kaum dan kajian menyatakan bahawa pelbagai kaum di Malaysia masih mempercayai stereotaip dikenakan kepada kaum masing-masing.

Perdana Menteri turut mengulas mengenai kenyataan pedih oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini bahawa orang Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik.

Menurut Abdullah, kedudukan dan kehidupan kaum Cina dianggap lebih baik berbanding dengan kaum Melayu kerana banyak peluang diberi untuk berjaya.

Beliau menolak sama sekali dakwaan Kuan Yew sambil menyifatkannya sebagai tidak wajar kerana membangkitkan isu itu boleh membawa rasa tidak senang kepada semua orang.

Ini kerana, katanya, mungkin ada segelintir masyarakat akan berfikir bahawa kenyataan Kuan Yew mempunyai unsur-unsur ke arah campur tangan dengan apa yang dilakukan oleh Malaysia terhadap kehidupan kaum Cina.

“Sebenarnya, kaum Cina di negara ini diberi banyak peluang untuk berjaya, kita membenarkan kaum Cina tinggal di sini, kita benarkan anak mereka belajar di sekolah Cina, sekolah vokasional dan mempelajari bahasa Mandarin.

“Kita juga membenarkan mereka mengamalkan budaya dan perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja disambut oleh kaum Cina malah turut diraikan bersama dengan kaum Melayu dan India.

“Kami saling hormat-menghormati sesama kaum dan inilah sebenarnya Malaysia. Inilah kehidupan sebenarnya di negara ini,” katanya.

Kuan Yew membuat kenyataan itu pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura baru-baru ini.

Kuan Yew yang merupakan pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) dilaporkan berkata, sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap etnik Cina minoriti di negara mereka sendiri.

Menteri Mentor itu mendakwa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina masing-masing kerana mereka berjaya dan bekerja kuat dan justeru secara sistematik mereka dipinggirkan.

Rentetan kenyataan itu, Kuan Yew telah meminta maaf kerana kenyataannya menyebabkan ketidakselesaan kepada Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu supaya tidak mengulangi kenyataannya yang boleh menghasut rakyat Malaysia.

Pada wawancara itu, Abdullah turut ditanya apakah yang diharap dalam surat penjelasan Kuan Yew.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah mengambil maklum mengenai apa yang bekas Perdana Menteri Singapura itu perkatakan dalam suratnya.

“Walau apa juga alasan beliau berikan, saya berharap supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu pada masa akan datang,” katanya.

Tegasnya, kenyataan Kuan Yew pada 15 September itu tidak sepatutnya diutarakan.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, October 14, 2006
Pulang itu apa, Pak?

Bagaimana perasaan anda kalau terpaksa mendengar cerita (baca:berita) yang sama 1008 kali? Saya menganggapnya klise dan terlalu membosankan. Kalau ia sebuah cerpen, saya akan melabelkannya "sampah".

Dalam perkembangan lain yang tidak berkaitan, pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia diminta pulang ke negara masing-masing menjelang Hari Raya atau menghadapi risiko ditangkap dalam operasi besar-besaran yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Sambil membayangkan operasi tersebut mungkin akan dibuat selewat-lewatnya tahun depan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk melonggarkan syarat atau peraturan yang ada kerana undang-undang perlu dihormati.

“Pandai-pandai merekalah untuk pulang ke negara asal termasuk melalui pintu masuk yang sah. Kalau nasib baik lepas, jika tidak kita tahan.” Demikian beliau dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia (14 Oktober 2006).

Menurutnya, jika PATI boleh memasuki negara ini secara haram dan tidak dikesan oleh pihak berkuasa sebelum ini, mereka juga semestinya mempunyai cara untuk keluar dari negara ini tanpa dikesan.

Beliau menambah, adalah lebih baik mereka pulang ke negara asal menjelang Hari Raya supaya boleh meraikannya bersama keluarga kerana mulai tahun depan kerajaan akan menjalankan operasi besar-besaran bagi mengesan PATI yang berada di negara ini.

Sama-sama kita namtikan perkembangan terbaru menjelang Hari Raya Puasa 2007.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Friday, October 13, 2006
Harap Maaf. Lif Rosak.

Sebuah cerpen saya berjudul "Karma" mengisahkan bagaimana satu watak (Carlton) menolak kerusi roda Irwan (yang lumpuh) ke dalam ruang kosong lif yang rosak.

Memang beberapa rakan dan pembaca cerpen berkenaan memberi komen bahawa insiden yang saya paparkan itu tidak logik serta tidak mungkin berlaku.

Apa pun, saya tetap dengan pendirian saya bahawa apa yang saya paparkan dalam karya kreatif adalah berdasarkan kemungkinan dalam realiti.

Terbaru, akhbar Utusan Malaysia (serta kebanyakan akhbar lain) pada 13 Oktober 2006 melaporkan bahawa seorang murid tahun dua SRK (T) Vivekananda, Petaling Jaya cedera parah selepas lif yang dinaiki di tingkat 17 Blok F, Flat Taman Putra Damai jatuh terhempas.

Mangsa, S. Logeswaran, 8 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan parah selain patah kedua-dua belah kaki.

Ketika kejadian, mangsa dan sepupunya, C. Kanesh, berada di tingkat 17 dan sedang dalam perjalanan turun ke tingkat bawah untuk membuang sampah.

Difahamkan, sebaik memasuki lif berkenaan, ia tiba-tiba tidak berfungsi dan tersekat di antara tingkat 17 dan 16.

Menurut ibu mangsa, K. Radha, anaknya dan Kanesh berusaha membuka pintu lif berkenaan sebaik sahaja ia tersekat. Kanesh dikatakan terlebih dahulu memanjat dinding lif tersebut lalu keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Logeswaran yang menyusul selepas itu tidak sempat keluar daripada lif berkenaan kerana ia tiba-tiba bergerak dan terus terhempas ke tingkat bawah.

“Saya sudah ingatkan mereka supaya jangan gunakan lif itu kerana ia rosak," kata si ibu.


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Thursday, October 12, 2006
Letak Jawatan kerana Mempertahankan Pendirian

Pengarah Pusat Pengajian Polisi Awam Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Dr. Lim Teck Ghee mengumumkan peletakan jawatan pada 11 Oktober 2006 kerana mempertahankan hasil kajian kontroversi mengenai ekuiti bumiputera.

Menurut laporan akhbar pada 12 Oktober 2006, keputusan itu dibuat setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden ASLI, Mirzan Mahathir bahawa kajian pusat itu mengenai pemilikan 45 peratus bumiputera ke atas ekonomi negara adalah salah dan tidak tepat.

Teck Ghee turut mengaku berbuat demikian demi mempertahankan kebebasan pusat tersebut dan kerja-kerjanya.

‘‘Saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas kajian itu dan berpegang kepada hasilnya dan kajian lain yang terkandung di dalam laporan kami yang dihantar kepada kerajaan mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan pada Februari 2006.

‘‘Oleh kerana saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mirzan dan kerana keperluan mempertahankan kedudukan serta integriti biasiswa yang bebas dan berkecuali, dengan kesalnya saya mengumum akan meletak jawatan sebagai Pengarah Pusat Pengajian Polisi Awam pada hujung bulan ini,’’ katanya.

Kajian pusat tersebut yang bertajuk ‘Ekuiti Korporat: Trend Masa Lalu dan Polisi Masa Depan’ telah mengundang pelbagai kritikan kerana mendakwa golongan bumiputera menguasai 45 peratus ekonomi negara.

Moral daripada kejadian ini adalah bahawa ada masanya kita terpaksa mengambil tindakan di luar jangkaan kerana mahu mempertahankan kebenaran.

Soalnya, berapa ramai yang berani kerana benar?


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, October 11, 2006
Kisah Mercun

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia (11 Oktober 2006), dua petani dan seorang peniaga dari Pendang, dekat Alor Star, Kedah didenda antara RM3,000 hingga RM5,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api untuk dijual sempena musim perayaan ini.

Majistret Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman denda itu setelah mereka mengaku salah atas tuduhan.

Dua petani tersebut iaitu Assrul Abu Bakar, 36, dan Noryazan Awang, 48, masing-masing didenda RM3,000 dan RM5,000 manakala Mohamad Ridzwan Md. Arshad, 25, yang merupakan seorang peniaga di Kampung Bukit Raya, Pendang pula didenda RM4,000.

Assrul dituduh memiliki sejumlah 11 jenis mercun dan bunga api sementara Noryazan memiliki 22 jenis dan Mohamad Ridzwan pula dituduh kerana memiliki 14 jenis barangan merbahaya itu.

Menurut laporan, kesemua tertuduh membayar denda yang dikenakan bagi mengelakkan mereka dipenjarakan antara tiga hingga lima bulan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(2) Akta Letupan 1957 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mereka diberkas oleh polis Pendang pada Khamis lalu di beberapa lokasi di sekitar daerah berkenaan kerana menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dilarang penjualannya di Malaysia.

Semoga kisah ini menjadi pedoman kepada kita semua.


Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink
Thursday, October 5, 2006
Jangan Cemarkan Bahasa Malaysia!

Belum terlewat untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang secara penuh sedar melakukan pencemaran terhadap Bahasa Malaysia.

Dalam perkembangan terbaru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi kuasa mendenda pihak yang didapati bersalah mencemar Bahasa Malaysia.

Denda itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan Parlimen.

Tindakan denda akan dikenakan kepada mereka yang enggan membetulkan kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda, notis, papan kenyataan dan juga kandungan bahan-bahan penyiaran.

Maknanya, pesalah masih diberi peluang dan tunjuk ajar bagi membetulkan kesilapan/kesalahan. Tindakan ini memang wajar dipuji.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Firdaus Abdullah berkata, langkah memberi kuasa mendenda kepada DBP bukan bertujuan menjadikan badan itu ‘polis’ bahasa.

“Walaupun pindaan itu nanti akan memberi kuasa (mendenda) kepada DBP, namun DBP berharap ia akan menjadikan DBP sebagai badan pendakwah bahasa yang lebih berkesan dan dihormati,” ujarnya.

Apa pun, masyarakat umum sebagai warga Malaysia (Bangsa Malaysia) perlu ada rasa cinta terhadap Bahasa Malaysia. Melakukan kesalahan Bahasa Malaysia samalah seperti kita tidak menghormati keluarga dan maruah diri.

Mari kita sama-sama martabatkan Bahasa Malaysia!


Posted by uthayasb at 17:00 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, September 30, 2006
Harapkan Pagar ...

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Demikian peribahasa yang muncul dalam fikiran sewaktu membaca laporan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Unit Polis Pelancong.

Pegawai berkenaan yang terlibat dalam kes ragut melibatkan lebih RM100,000 di sekitar ibu negara sejak setahun lalu, telah digantung tugas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata, badan tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan ke atas anggota terbabit. Sekiranya terbukti salah, konstabel terbabit akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketika ditahan Jumaat lalu, konstabel itu mempunyai simpanan wang tunai RM30,000 hasil kegiatan ragut serta beberapa dompet dan beg tangan mangsa ragut.

Anggota polis berusia 25 tahun itu mengambil kesempatan meragut pelancong warga asing di kawasan tumpuan pelancong.

Difahamkan, anggota polis itu menjalankan kegiatan menyamun itu untuk membiayai pengajiannya menerusi program jarak jauh (PJJ) di sebuah universiti tempatan.


Posted by uthayasb at 17:04 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, September 27, 2006
Roti Canai dan Teh Tarik
Dua calon angkasawan, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia pada sebelah malam 26 September 2006 untuk mencipta sejarah sebagai angkasawan pertama negara.

Kedua-duanya akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan 2 September tahun depan.

Akhbar Utusan Malaysia (27 September 2006) melaporkan bahawa penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Dalam pada itu, sudah sah bahawa tidak ada roti canai dan teh tarik di angkasa lepas dan dua calon angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia tanpa membawa kedua-dua makanan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha, ketika mengesahkan perkara itu berkata, rancangan untuk membawa makanan tersebut ke angkasa lepas terpaksa dilupakan.

Ini kerana, katanya, makanan yang akan dibawa ke angkasa lepas hanya ditentukan oleh pakar dan dikawal ketat. Semua bahan makanan ditentukan pakar pemakanan dan pembungkusannya pula amat spesifik dan berasaskan teknologi ekoran perbezaan keadaan di angkasa dan bumi.

Ucapan selamat kepada calon angkasawan Malaysia!


Posted by uthayasb at 15:24 JST
Updated: Thursday, October 12, 2006 16:53 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, September 26, 2006
Apa Kata Survey?

Duhai Diari,

 

 

Saya telah mengirim e-mel kepada pegawai di Jabatan Sumber Manusia (HR) tempat saya bekerja untuk mendapatkan pengesahan berapa lama tempoh notis yang perlu saya beri jika mahu berhenti kerja.

 

 

Pegawai berkenaan mengatakan bahawa notis sebulan sudah memadai. Apa pun, memandangkan saya satu-satunya pensyarah subjek MPW/LAN di kolej tempat saya bekerja, saya perlu juga memikirkan nasib para pelajar saya jika saya berhenti dengan notis sebulan.

 

 

Sebenarnya, sejak beberapa bulan lalu, saya sudah menyarankan kepada pihak HR supaya mendapatkan sekurang-kurangnya seorang lagi pensyarah subjek MPW; apatah lagi kerana jadual kuliah saya sudah amat padat. Namun, sehingga kini, belum muncul pensyarah yang dipinta.

 

 

Terbaru, pihak HR meminta saya tolong tengok-tengokkan kalau ada calon yang sesuai. Sebelum ini pun saya telah mengemukakan resume beberapa calon tetapi nampaknya semua “tidak sesuai”.

 

 

Kuliah saya sudah bermula awal September 2006. Beberapa lagi akan bermula Oktober 2006. Kebanyakan kuliah tamat pada akhir November 2006. Satu kuliah hanya berakhir pada akhir Disember 2006 manakala satu lagi berlanjutan sehingga akhir Januari 2007.

 

 

Tentu sekali saya tidak mahu para pelajar saya digantung tanpa tali selepas saya berhenti pada 30 November 2006; dan belum ada pensyarah baru. Saya tidak perlu risau mengenai kuliah yang tamat pada akhir November 2006 kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan pada bulen Disember – dan kertas peperiksaan disediakan oleh “pakar” dari pusat lain.

 

 

Saya telah cuba mendapatkan pandangan beberapa individu; termasuk pelajar berhubung hal ini. SMS yang saya kirim adalah:

 

“Pada pandangan anda, adakah wajar saya memberi notis satu bulan pada 30 Oktober 2006 dan berhenti kerja pada 30 November 2006; atau memberi notis dua bulan pada 30 September 2006 dan berhenti kerja pada 30 November 2006?”

 

Antara pandangan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

 

Sir, beri notis dua bulan. Pihak kolej mungkin cuba menimbulkan masalah dan tentu sir perlukan masa untuk berbahas dan menyelesaikan masalah itu.”

 

 

“Saya rasa notis sebulan pada 30 Oktober 2006 sudah memadai. Malah, kalau notis diberi pada 30 September 2006, pihak kolej mungkin meminta anda berhenti pada 30 Oktober 2006!”

 

 

“Walaupun saya mahu sir terus menjadi pensyarah di kolej tempat saya belajar, saya mencadangkan sir memberi notis sebulan 30 Oktober 2006 dan berhenti pada 30 November 2006. Tiada gunanya menghulurkan perkhidmatan kepada pihak kolej yang tidak tahu menghargai seorang pensyarah yang berkualiti. Saya tidak mengatakan ini bagi tujuan mengampu; sebaliknya pandangan ikhlas saya. Terima kasih kerana menjadi pensyarah yang amat baik dan penuh dedikasi.”

 

 

“Saya akan menyarankan supaya sir tidak pergi! Akan tetapi, kalau diminta membuat pilihan, saya rasa lebih baik sir beri notis dua bulan pada 30 September 2006.”

 

 

“Pada mulanya, saya amat terkejut apabila seorang rakan kolej memberitahu hal ini. Kenapa mahu berhenti? Apa pun, saya rasa, berilah notis satu bulan – dan anjurkan jamuan perpisahan untuk kami semua!”

 

 

“Kalau sir minta pandangan saya … notis dua bulan.”

 

 

“Saya rasa notis dua bulan adalah lebih sesuai.”

 

 

“Kamu kan hanya diperlukan memberi notis satu bulan? … Atau ada strategi lain dalam fikiran?”

 

 

“Saya rasa notis bua bulan adalah lebih baik. Akan beri masa kepada pihak pengurusan untuk mencari pengganti.”


Posted by uthayasb at 12:15 JST
Updated: Thursday, March 1, 2007 19:56 WST
Post Comment | Permalink
Monday, September 25, 2006
Ada Apa Dengan LAN?

Ramai yang mungkin beranggapan bahawa subjek MPW/LAN di kolej swasta tidak perlu diberi perhatian khusus. Pandangan seumpama ini nampaknya bukan hanya di kalangan pelajar IPTS yang “terpaksa” mengikuti subjek berkenaan; malah juga di kalangan pihak atasan di beberapa IPTS.

 

Saya masih ingat bagaimana seorang Ketua Eksekutif (CEO) sebuah IPTS memberitahu saya secara spontan bahawa “semua kolej swasta mengamalkan sikap tidak beretika dengan mengubah suai keputusan subjek MPW” dan “memang banyak kolej memberi transkrip subjek MPW kepada pelajar yang langsung tidak mengambil subjek MPW”.

 

Pastinya kenyataan yang “menghina” itu dinyatakan secara lisan. Kalau tidak, pasti buruk padahnya. Tentu sekali saya tidak akan teragak-agak melaporkan “tuduhan” itu kepada pihak Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang menguruskan semua subjek LAN/MPW.

 

Apa pun, saya telah memberitahu CEO berkenaan bahawa saya menjadi pensyarah bagi subjek MPW dan saya tidak menganggap subjek itu sebagai “subjek sampingan” yang “boleh dipandang ringan”.

 

Saya juga telah menegaskan bahawa saya tidak akan sekali-kali memberi kerjasama dalam apa-apa tindakan tidak beretika mana-mana kolej yang cuba mengubah suai keputusan, prosedur, skema pemarkahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak LAN dan Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Katakanlah, saya menutup sebelah mata pada tindakan tidak beretika pihak kolej di mana saya mengajar terhadap hal-hal berkaitan subjek MPW. Apabila kes itu diketahui pihak LAN, pasti permit mengajar saya akan ditarik.

 

Kesannya? Saya tidak boleh menjadi pensyarah di mana-mana kolej!

 

Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu bertindak bertentangan dengan prinsip yang menjadi amalan saya. Biarlah orang lain – termasuk mana-mana CEO kolej swasta – menganggap subjek MPW sebagai tidak penting dan boleh dimanipulasi. Bagi saya, saya tetap akan melakukan yang betul dan benar.

 

CEO berkenaan mengatakan “semua kolej swasta mengamalkan sikap tidak beretika dengan mengubah suai keputusan subjek MPW” dan “memang banyak kolej memberi transkrip subjek MPW kepada pelajar yang langsung tidak mengambil subjek MPW”. Tahukah CEO berkenaan apa implikasi kata-katanya itu?

 

Untuk makluman mana-mana pihak yang memandang enteng terhadap subjek MPW, ketahuilah bahawa masih banyak IPTS yang akur pada garis panduan LAN serta menjaga kualiti subjek MPW tanpa “memperdagangkan” transkrip.

 

Apa pun, seperti yang selalu dinyatakan oleh Khandan dan boleh dibaca dalam beberapa buku saya: “Saya lebih rela mati di hujung pedang daripada mati kena tendang.”


Posted by uthayasb at 20:42 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Sunday, September 24, 2006
X-Files: The Lecturer Turned Creative Writer

Dear Ms XXX,

 

Based upon the recent e-mail(s) from numerous personnel related to the passing mark for LAN/MPW subjects, I have a few things to clarify. I also safely fall back to the two official letters from LAN related to this matter: LAN 10 / 11 Jld. 108 (59) and LAN 10 / 11 Jld. 82 (33). [The letters can be read on the LAN website.]

 

I hereby make a formal request to the Examination Department upon a few matters related to LAN/MPW passing mark and grading.

 

 

Question 1:

How would all the students in XXX be informed about the two different passing marks (the LAN’s 50% and XXX’s 40% passing mark)? Would it be done in writing – letter, notice, poster etc – or verbally etc? Or would it be mentioned in the official transcript etc?

 

Question 2:

Who will be officially informing the students about the matter? At the moment, students are not officially made aware of the two different passing marks.

 

Question 3:

If and when students or their parents have questions about the MPW passing mark, whom do they refer to for official and written explanation?

 

 

Based upon the many e-mail(s) sent by personnel in XXX since August 2006, I have tried to explain to my students about the two passing marks (40% & 50%) for MPW subjects.

 

Being students who are very alert, well informed, having access to the LAN official website www.lan.gov.my and having friends from many other colleges, the students asked me a few questions which I have not been able to answer – since there are now two passing marks (LAN’s 50% and XXX’s 40% passing mark).

 

Below are some of the questions which I now officially ask you for explanation:

 

 

Question 4:

A student gets 25/60 for coursework and 15/40 for final exam. What would be written on that student’s transcript? Please illustrate clearly to avoid confusion.

 

Question 5:

Based upon Question 4, would a student be able to know – solely by looking at the transcript – that s/he did not fulfill the LAN’s requirement of 50% passing mark in case the student wants to transfer his/her credit to another college?

 

Question 6:

Based upon Question 4 and Question 5, what could the student do if s/he is interested to make sure s/he gets the minimum 50% as required by LAN?

 

Question 7:

Based upon Question 6, would XXX allow a student who has passed a LAN paper (40%) to retake the same paper?

 

Question 8:

Based upon Question 7, would the student be resitting or retaking the subject s/he has passed – if the college allows the student to sit for the paper again.

 

Question 9:

Based upon Question 7 and Question 8, how would the grading be done for the resit/retake? Please illustrate clearly.

 

Question 10:

Based upon Question 7 and Question 8, what would be the payment to retake/resit a paper which the student has officially passed (40%)?

 

Question 11:

Based upon Question 4, if the student transfers to another college but his/her LAN credit transfer is rejected – as per request of LAN in its official letter LAN 10 / 11 Jld. 108 (59) and LAN 10 / 11 Jld. 82 (33) – what can the student do?

 

Question 12:

Based upon Question 11, is the Examination Department of XXX fully aware of the consequences in relation to the college’s image and reputation among the students, ex-students, parents and the public in such a situation?

 

 

All the questions above from students (which I do not know the answers) have made me think and ponder upon the next question which involves me personally. This is especially because a few student whom I spoke to, said that if they were to be caught in a situation where their “pass” (40%) is not approved by other colleges for credit transfer, their parents would demand an explanation from me.

 

 

Question 13:

Is there any formal assurance from the Examination Department of XXX that I as the lecturer and coordinator for LAN/MPW will not at any time be held responsible for any confusion or issue which might arise from the 40% (XXX’s) & 50% (LAN’s) passing/grading?

 

 

I look forward to your kind explanation to clear the matters. Please treat this as very important and urgent.

 

Thank you.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

 

P/S: If you – or anyone in XXX – are not able to give a clear explanation, may I suggest that we try to contact the personnel at LAN and/or MOHE?


Posted by uthayasb at 17:15 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:18 WST
Post Comment | Permalink
Saturday, September 23, 2006
X-Files: LAN Subject Matters

Dear Ms XXX,

 

Thanks for explaining the matters related to DIBA/DIA students. I have read and understand the content of your e-mail.

 

Since the new LAN/MPW classes which also involve DIBA/DIA students are scheduled to start soon, below are a few matters of concern for your perusal. In my humble opinion, these are important to make sure that we follow the DIBA/DIA requirements religiously. Furthermore, I must admit that I have no knowledge of the DIBA/DIA requirements.

 

1)      The exact date of commencement; to make sure it follows the KLC schedule.

2)      Exam dates. Is it in December 2006?

3)      I expect KLC to furnish me with the Focus/Key Topics for all MPW before the date of commencement so that I can get prepared. My Focus/Key Topics might not follow that of KLC DIBA/DIA and I don’t want to take any chance by using my Focus/Key Topics for the DIBA/DIA students.

4)      I expect KLC to furnish me with the Weekly Outline for all MPW before the date commencement so that I can get prepared. Reason: as above.

5)      I expect KLC to furnish me with the Coursework questions and marking scheme for all MPW. Reason: as above – and with reference to the matters explained in your e-mail.

6)      I expect KLC to inform me about the main MPW lecturer in KLC whom I can refer to in case there is a need to do so; especially about the coursework and weekly outline. Reason: as above.

7)      I expect KLC to inform me about the Final Examination format for all MPW. Reason: as above. I might have been the moderator for some of KLC MPW examination papers, and I might have corrected the many mistakes (language, content, format etc according to LAN requirement) but that does not mean I fully understand the DIBA/DIA requirements for MPW papers.

 

Since I have zero knowledge of the DIBA/DIA requirements – and I do not - thankyouverymuch - want to upset anyone by making any silly mistakes because of my ignorance – I shall conduct the classes strictly based upon the Focus/Key Topics, Weekly Outline, Coursework Questions etc provided by KLC.

 

Nevertheless, I am optimistic that the MPW classes for DIBA/DIA in SJC can be conducted effectively once KLC furnishes me with the above.

 

Let’s work together for the sake of our valued customers – the DIBA/DIA students.

 

I look forward to your quick response.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

 

P/S: Would the non-DIBA/DIA students in SJC be forced to follow the MPW based upon KLC requirement or do they have a choice of joining another class?

Posted by uthayasb at 16:37 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:19 WST
Post Comment | Permalink
Friday, September 22, 2006
X-Files: Manipulation

Dear Ms XXX,

 

It has come to my attention recently that at least one student has been awarded MPW/LAN results even though the student did not fulfill the LAN requirement for the Coursework and Final Examination.

 

The student whom I am referring to is XXX.

 

The student was absent for the Final Examination on 12 September 2006 (Moral Education) and 13 September 2006 (Malaysian Studies).

 

Since the results awarded to the student was for the LAN/MPW subjects that I was lecturing during the time of the incident and because s/he was my student, I need assurance in writing from the Examination Department to confirm that I have nothing to do with the manipulation of the results awarded.

 

Kindly print this e-mail and attach in the student’s personal file for future reference. Please also print a copy of your assurance letter to me and attach in the student’s personal file.

 

Treat this matter as urgent and important.

 

I thank you for your kind attention.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

Posted by uthayasb at 16:13 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:21 WST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older