Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia! — Profile

Name:  Uthaya Sankar SB

E-mail:  uthayasb@kavyan.cjb.net
Location:  Selangor, MALAYSIA
Birthday:  10 June, 2020
Bio:  Uthaya Sankar SB merupakan nama yang tidak asing dalam dunia sastera Malaysia. Penulis berketurunan Malayalam ini juga menggunakan nama-nama pena Shafie Uzein Gharib, Leonard Loar dan Hanuman O. Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Aulong Lama, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Negeri kelahirannya sering menjadi latar dalam karyanya. Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Aulong, Sekolah Menengah Darul Ridwan, Sekolah Menengah King Edward VII, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman sebagai pensyarah kursus Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), HELP Institute, Institut Teknologi Kreatif Limkokwing (LICT), The One Academy, Yamaha Academy of Arts & Music, Kolej Prime USJ, Kolej Antarabangsa MSC, Kolej Antarabangsa Summit, Kolej SEGi dan Kolej Antarabangsa SIT serta penyunting berita televisyen (Bahasa Malaysia) dan pengulas akhbar rancangan Selamat Pagi Malaysia di Radio Televisyen Malaysia. Karya Uthaya Sankar SB pernah memenangi Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992, 1993 & 1996), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1993), Hadiah Cerpen Esso-Gapena (1996), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99) serta Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2003). Kumpulan cerpen persendirian Uthaya Sankar SB berjudul Orang Dimensi (1994), Siru Kambam (1996 & 1997), Yang Aneh-aneh (1997), Surat dari Madras (1999), Nayagi (2000) dan Sasterawan Pulau Cinta (2001). Beliau juga menghasilkan novel retorik parodi Hanuman: Potret Diri (1996), novel Panchayat (2002), Koleksi Cerita Ikan (1997), Cerita Rakyat Asia Co-mel (1997) serta kumpulan cerita rakyat India bertajuk Nari! Nari! (1995 & 2000) dan Munis dengan Harimau (1996). Uthaya Sankar SB turut menyelenggarakan Vanakam (2002) iaitu antologi sulung cerpen Sasterawan Kavyan (penulis kaum India Malaysia yang menghasilkan karya asli dalam Bahasa Malaysia). Bagi Uthaya Sankar SB, penulis perlu menghormati minda dan intelektualiti pembaca. Beliau juga berpegang pada konsep ?penulis adalah penimbul persoalan untuk renungan pembaca?. Hasil karya Bahasa Malaysia sasterawan ini pernah disiarkan ? antara lain ? dalam majalah Nila, Dakwah, Karya, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Siasah, Sarina, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Dewan Agama & Falsafah, Tunas Cipta, Minda dan Dewan Sastera serta akhbar Mingguan Malaysia, Metro Ahad dan Mingguan Watan; manakala tulisan Bahasa Inggeris pula di akhbar New Straits Times. Karya Uthaya Sankar SB (cerpen dan drama) turut diterjemah untuk disiarkan dalam media cetak dan media elektronik Bahasa Tamil serta media cetak Bahasa Mandarin. Uthaya Sankar SB adalah pengasas dan presiden Pertubuhan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak tahun 1999. Kavyan mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records pada 2003 melalui acara Baca Cerpen Kavyan. Pada tahun 2005, Kavyan menerima Anugerah Budayawan Selangor daripada Kerajaan Negeri Selangor. Kavyan amat aktif mengendalikan aktiviti bahasa, seni, budaya dan sastera seperti Apresiasi Sastera Kanak-kanak, Apresiasi Sastera Remaja, Kunjungan Sastera Kavyan, Baca Cerpen dan Bengkel Cerpen Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak sambil berpegang teguh pada konsep "Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia".
Interests:  I read a lot of books, magazines, newspapers, net etc; a bookworm. I love Bahasa Malaysia and English literature. I read books in any category, not just because I love reading but also because I need information to make my stories work. I?m hungry for knowledge. I also love Malayalam, English and Tamil movies, and handle my online sites. All these keep me occupied most of the time.
Blog Created:  Saturday, February 25, 2006
Last Updated:  Thursday, May 8, 2008 - 15:08 JST
Blog Entries:  72

Back to Home Page