Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« October 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Thursday, October 19, 2006
Selamat Menyambut Deepa-Raya!

Amalan menyambut perayaan secara berkongsi antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini sesungguhnya tidak bercanggah dengan tuntutan mana-mana agama atau mencemarkan kesucian mana-mana agama yang sah di muka bumi ini. Memanglah kita masih juga hairan bagaimana boleh ada individu yang menyebarkan khabar palsu (melalui SMS, e-mel atau apa cara sekali pun) dengan mengatakan amalan murni itu sebenarnya bertentangan dengan sesuatu agama.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri menegaskan bahawa tidak menjadi masalah untuk umat Islam sendiri meraikan kongsi Aidilfitri bersama dengan penganut agama lain asalkan tidak mencampur adukkan soal adat dengan agama masing-masing.


“Bila sebut kongsi raya, ada orang sebut raya bersama. Bukan bermakna adat atau hukum agama Islam dan India nak dicampurkan. Ini tidak bermakna orang Islam kena pergi ke candi (kuil) atau orang Hindu pergi ke masjid. Apabila Hari Raya, kita umat Islam dengan cara kita. Jadi hubungan sosial antara kaum ini tidak ada masalah. Dulu kita pergi juga untuk sama-sama sambut Deepavali atau dia datang rumah kita yang sedang sambut Aidilfitri. Tiada salah langsung dan ia tak ada hubung kait dengan mencemarkan agama kita. Jangan ada kekeliruan. Kita dengar macam-macam cakap yang boleh timbulkan kekeliruan, sedangkan tiada langsung perkara yang boleh dilihat sebagai mencemarkan agama.”

 

Demikian Perdama Menteri dilaporkan berkata dalam akhbar Berita Harian pada 19 Oktober 2006. Walaupun tidak menyebut sebarang kes secara spesifik, beliau dipercayai merujuk isu kontroversi kandungan e-mel seorang pegawai sebuah syarikat takaful yang melarang ucapan selamat dibuat bagi perayaan agama lain.


Beberapa hari lalu, pegawai itu sudah memohon maaf berhubung kandungan e-melnya dan menarik balik e-mel itu yang dibuatnya awal bulan ini. Pegawai itu berkata, e-mel berkenaan adalah pandangan peribadi beliau dan bukan pandangan rasmi syarikat takaful terbabit.

 

Moral: Terlanjur perahu boleh dimudik; terlanjur e-mel buruk padahnya!

Posted by uthayasb at 17:00 JST
Updated: Thursday, October 19, 2006 17:34 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries