Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« July 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Wednesday, July 26, 2006
Malaysian Studies Final Project Display

SEGi College Subang Jaya students who are currently taking MPW1003-Malaysian Studies displayed their Final Project on 26 July 2006, 11:00 am - 2:00 pm.

There was a new intake; so more students came to see what was displayed. Furthermore, these new intake students who are also taking MPW1003-Malaysian Studies would be going through the same process of Final Project Display.

The SEGi PRIME TIME event would therefore be a venue for the seniors to give some "tips" to the juniors on how to go about with the whole process of the Final Project.

Among other topics are Tamil Wedding, Chinese Food, Kathakali Dance, Minangkabau Houses, Bugis Lifestyle and another Chinese Food. Please note that each group has been assigned to the general subject of "Culture" and they have gone through a long process of coming up with the Final Project Display.

Let's read about what the students have learnt and what has been their contribution in making the Final Project a success.

The junior students would be commenting on how the display could have been better. This would help them to do a better job in the near future.


Posted by uthayasb at 14:20 JST
Post Comment | View Comments (12) | Permalink
Wednesday, July 19, 2006
Moral Final Project Display

A group of SEGi College Subang Jaya students who are taking Moral Education subject were involved in a Final Project Display on 19 July 2006 (Wednesday), 11:00 am to 1:00 pm (SEGi PRIME TIME).

There were six displays; ranging from Buddhism, Christianity, drunk driving, courtesy, anti-smoking to animal cruelty.

The students had about six weeks to prepare everything; not to forget that they also had other assignments and other subjects to deal with at the same time.

Perhaps it is best to let the students talk about their own experience. I have asked the students to INDIVIDUALLY write about their CONTRIBUTION and EXPERIENCE. Click on the "view comments" below to read all about it - in CORRECT English and CORRECT Bahasa Malaysia.


Posted by uthayasb at 13:00 JST
Updated: Thursday, July 20, 2006 19:15 JST
Post Comment | View Comments (45) | Permalink
Wednesday, July 12, 2006
Apresiasi Sastera A. Samad Said

Pada 12 Julai 2006, Kelab Seni & Sastera dan Kelab Buku Kolej SEGi Subang Jaya dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan menganjurkan program “Apresiasi Sastera A. Samad Said” khusus untuk menghargai Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said serta karya yang beliau hasilkan.

“Pameran SN A. Samad Said” yang berlangsung pada sebelah siang menampilkan poster, tayangan wawancara, pameran buku serta pelbagai bahan yang dihasilkan oleh para pelajar berdasarkan karya-karya A. Samad Said.

“Malam Persembahan” pula menampilkan pembacaan cerpen “Hati Muda Bulan Muda”, tayangan rakaman drama berdasarkan cerpen yang sama, nyanyian lagu puisi serta bacaan petikan novel Hujan Pagi dan The Morning Post; kesemuanya karya A. Samad Said.

Sasterawan berkenaan yang juga Penasihat Agung Kavyan membaca dua buah sajak manakala anak beliau, Az Samad membuat persembahan dua buah lagu secara instrumental.

Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said merupakan seniman sepenuh masa dan telah menulis lebih tiga puluh buku; antaranya Salina (novel), Di Mana Bulan Selalu Retak (drama), Ke Mana Terbang Si Burung Senja (novel), Sungai Mengalir Lesu (novel), Di Hadapan Pulau (novel), Langit Petang (novel), Wira Bukit (drama), Hujan Pagi (novel), Lantai T. Pinkie (drama), Antara Bulan dan Wira (esei), Hati Muda Bulan Muda (cerpen), al-Amin (puisi), Adik Datang (novel) dan Suara Dari Dinding Dewan (puisi).

Beliau adalah penerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Penulis Asia Tenggara (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985).

Datuk A. Samad Said yang pernah melancarkan “Mogok Seni” pada 1990 dan “Mogok Sastera” pada 2000 juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak 2003.

Kumpulan Sasterawan Kavyan diasaskan pada 1999 oleh sekumpulan penulis dan peminat karya sastera Bahasa Malaysia daripada kalangan kaum India.

Kavyan berpegang pada konsep “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” dalam mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.

Kesemua aktiviti Kavyan terbuka kepada umum tanpa batas kaum.

Acara Baca Cerpen Kavyan selama 96 jam 32 minit berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records.

Kavyan juga merupakan penerima Anugerah Budayawan Selangor 2005.

Kavyan sering mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Alaf 21 Sdn Bhd, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor, Pusat Komuniti ERA, Kolej SEGi Subang Jaya, Kolej The One Academy, Kolej Antarabangsa SIT Klang, Kolej MARA Banting, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, media elektronik, media cetak, organisasi dan orang perseorangan yang sama-sama mencintai bahasa dan sastera kebangsaan.

Maklumat terkini aktiviti Kavyan boleh dirujuk di laman web www.proaktif.cjb.net


Posted by uthayasb at 21:46 JST
Post Comment | View Comments (102) | Permalink
Thursday, April 27, 2006
Baca Naskhah Sejarah Melayu
Acara membaca naskhah di khalayak bukan sesuatu yang baru bagi Kavyan; acara demikian dijadikan acara bulanan sejak kejayaan Baca Cerpen Kavyan selama 96 jam 32 minit pada 2003 serta tercatat dalam The Malaysia Book of Records.

Apabila pihak Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (PDM DBP) menghubungi untuk mengundang dua wakil Kavyan mengambil bahagian dalam acara Baca Naskhah Sejarah Melayu, undangan itu diterima dengan hati yang terbuka. Apatah, acara itu serasi dan selari dengan objektif Kavyan dalam membudayakan baca cerpen/novel, memasyarakatkan sastera serta mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Baca Naskhah Sejarah Melayu dianjurkan oleh DBP, Koperasi DBP dan Kedutaan Sepanyol sempena “Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia” pada 25-28 April 2006 di Galeri Ilmu Koperasi DBP Kuala Lumpur.

Mengikut jadual, tujuh pembaca mengambil bahagian setiap hari. Rupa-rupanya, seorang pembaca dipilih/dinilai sebagai pembaca terbaik setiap hari. Perkara ini tidak diketahui oleh saya dan Ganesan yang menjadi wakil Kavyan; kerana tujuan penyertaan kami adalah untuk memberi sokongan moral terhadap acara berkenaan.

Turut sama hadir adalah lima pelajar Kolej SEGi, iaitu Faiz, Gayathri Nair, Priadhashini, Christine dan Teoh Zhi Guan. Saya gembira atas minat dan sokongan moral yang mereka tunjukkan. Kami pergi sebagai sekumpulan rakan menaiki dua kereta (kereta saya dan kereta Faiz).

Acara berjalan lancar dengan pembacaan naskhah oleh enam peserta, termasuk dua wakil Kedutaan Sepanyol di Kuala Lumpur. Tentu sekali Mohd Jusoh Majid dari Bahagian Kesusasteraan Bandingan dan Norraya Mohd Yussof dari Bahagian Majalah membuat persembahan yang cukup membanggakan dengan gaya tersendiri. Ganesan juga memperlihatkan kebolehannya secara berkesan.

Pada akhir acara, tanpa diduga, saya diumumkan sebagai pembaca terbaik bagi hari ini. Saya memang berterima kasih, bangga dan bersyukur atas pengadilan itu. Namun, tetap saya nyatakan bahawa penyertaan saya bukan untuk muncul juara atau pembaca terbaik. Apa yang lebih penting adalah sumbangan saya (sebagai wakil Kavyan) dalam sama-sama memasyarakatkan sastera, membudayakan baca naskhah dan mendaulatkan Bahasa Malaysia.

Esok, pukul 3:00 petang, saya diundang hadir sekali lagi membaca naskhah Sejarah Melayu bagi memilih juara keseluruhan. Sekali lagi, saya bersetuju untuk menerima undangan itu – bukan untuk muncul juara tetapi untuk memberi sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh DBP dalam memartabatkan sastera dan bahasa kebangsaan. Apatah lagi, apa yang dilakukan melalui Baca Naskhah Sejarah Melayu tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Kavyan sejak 2003 melalui siri baca cerpen dan novel.

Sama-sama kita martabatkan bahasa dan sastera kebangsaan.

Posted by uthayasb at 21:41 JST
Post Comment | Permalink
Monday, April 24, 2006
Mesyuarat dan Perancangan
Hari ini, dua mesyuarat penting saya hadiri. Mesyuarat pertama pada pukul 2:30 petang bersama-sama beberapa individu yang terlibat dalam mengendalikan “Domestic Inquiry” pada 26 April 2006.

Saya telah dilantik sebagai “pendakwa raya” dan bertanggungjawab membawa kes yang dibawa oleh pihak pendakwa terhadap tertuduh. Peluang ini saya anggap sebagai pengalaman baru yang pasti akan membantu saya menimba ilmu baru.

Tidak banyak maklumat yang boleh saya catatkan di sini berkenaan kes berkenaan kerana semua maklumat yang dibincangkan itu adalah sulit dan merupakan rahsia syarikat.

Namun, apa yang penting adalah bahawa pihak syarikat meletakkan kepercayaan terhadap saya untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes ini.

Mesyuarat kedua yang dihadiri adalah pada pukul 4:00 petang untuk membincangkan serta merancang minggu orientasi bagi pelajar baru Kolej SEGi Subang Jaya pada 8 & 9 Mei 2006.

Saya terlibat dalam urusan penerangan subjek LAN, aktiviti pelajar baru & lama, maklumat kelab & persatuan serta permainan dan persembahan pelajar. Memandangkan semua tugas yang diberikan adalah berkaitan dengan pelajar, saya menerimanya dengan gembira.

Malah, ini juga pengalaman yang pasti menarik. Apatah lagi, kolej akan secara serius melaksanakan etika pakaian (dress code) dan zon larangan merokok. Tidak akan ada kompromi bagi sesiapa yang melanggar peraturan kolej selepas ini!

Sekarang, saya perlu mendapatkan pelajar untuk membantu saya semasa hari orientasi. Diperlukan juga pelajar untuk memperagakan contoh pakaian yang dibenarkan mengikut etika pakaian Kolej SEGi. Saya percaya bahawa saya akan mendapat kerjasama daripada para pelajar untuk menjayakan pelbagai program yang diatur.

Bagi pelajar baru yang akan mendaftar pada 8 Mei 2006, saya juga bersetuju mengendalikan beberapa kelas tambahan bagi memenuhi masa mereka. Antara kelas yang dirancang adalah cara menulis tugasan yang berkesan, cara menulis resume, cara menghadiri temuduga dan cara bercakap di khalayak.

Untuk itu, saya akan berusaha mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pensyarah lain. Harapan saya adalah untuk memberi pengalaman sebenar serta ilmu yang berguna kepada para pelajar; bukan hanya dalam kelas tetapi juga di luar kelas.

Mesyuarat dan perbincangan serta perancangan teliti adalah amat penting bagi menjayakan segala impian ini. Juga kerjasama.

Posted by uthayasb at 22:09 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Sunday, April 23, 2006
Nostalgia di Aulong Lama, Taiping
Selepas membuat ulasan akhbar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM1), saya pergi mengambil Prabhawathy sekitar pukul 8:30 pagi dan kami pun pergi ke Kamunting, Perak.

Semasa dalam perjalanan, diumumkan melalui radio berita mengenai Tun Abdul Ghafar Baba meninggal dunia.

Kami berdua sampai di rumah ibu bapa Prabhawathy sekitar 11:45 pagi. Betapa seronok dapat bertemu Devishi Prabha Sankari setelah beberapa bulan! Macam-macam yang diceritakannya kepada kami. Seperti biasa, mulalah dia mahu dimanjakan oleh Acha (bahasa Malayalam bagi “ayah”).

Sekitar 1:45 tengah hari, kami bertiga pergi ke rumah kenalan lama di Aulong dan Aulong Lama. Namun, nampaknya tidak ramai anggota keluarga yang berada di rumah kerana telah sama ada pergi kerja atau keluar.

Penduduk di Aulong Lama khabarnya akan diberi tanah berlot dalam masa terdekat. Baguslah – setelah berdekad-dekad lamanya menanti dan membayar wang yang banyak (khususnya setiap kali menjelang pilihan raya umum!) bagi pendaftaran hak milik – akhirnya mereka akan mendapat tanah sendiri.

Tanda-tanda penyusunan semula kawasan di Lorong B, Aulong Lama memang sudah kelihatan. Kawasan di sekitar kandang lembu/kerbau sudah diratakan dan khabarnya kandang itu akan dipindahkan dalam masa terdekat.

Tidak mustahil bahawa apabila saya berpeluang untuk datang ke Aulong Lama sekali lagi, keadaan di sini akan banyak berubah. Semoga perubahan itu nanti adalah ke arah yang positif. Semoga hidup penduduk di sini lebih baik.

Mungkin sungai/lombong di Aulong Lama akan tiada lagi. Malah, kini pun lombong sudah hampir tidak berair. Setiap kali pulang ke kampung, saya akan bertanya kepada jiran, apakah lombong itu masih berair dan masih berikan. Betapa indah pengalaman menangkap ikan pelaga dan memancing ikan pada masa dahulu …

Ah! Nampaknya semua itu akan hanya menjadi nostalgia indah. Semuanya tetap akan berubah. Rumah papan yang pernah saya duduki sehingga tahun 1991 masih ada; walaupun sudah hampir roboh. Namun, semuanya tetap akan berubah.

Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi, saya perlu membawa anak-anak saya ke sini dan menceritakan kepada mereka betapa Aulong Lama telah berubah daripada sebuah “Siru Kambam” (kampung kecil) kepada sebuah taman perubahan moden.

Kami tidak lama di Aulong Lama; sehingga sekitar 4:00 petang sahaja. Selepas itu kami pulang ke rumah ibu bapa Prabhawathy untuk minum petang dan meluangkan masa bersama-sama Devishi.

Sekitar 5:30 petang, setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Devishi, kami pulang ke Lembah Klang.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, April 22, 2006
Buku dan Lebih Banyak Buku!
Semalam, semasa waktu antara dua sesi peperiksaan di Kolej The One Academy, saya sempat ke kedai buku MPH di Sunway Piramid. Saya sekadar mahu meninjau judul-judul baru yang ada. Mana tahu kalau-kalau ada judul baru yang tidak saya jumpa di kedai buku MPH di The Summit.

Akhirnya, saya membeli The Five People You Meet in Heaven karya Mitch Albom iaitu penulis Tuesdays with Morrie. Suatu belian yang baik juga kerana diskaun 30% ditawarkan bagi buku berharga RM29.50 ini.

Buku ini tentulah bukan judul baru. Malah, sebuah filem telah dihasilkan tidak lama dahulu berdasarkan novel ini. Namun, saya tidak berpeluang menontonnya; dan DVD filem itu juga belum saya temui.

Hari ini pula, setelah meninjau buku-buku di MPH, The Summit, saya ke Pay Less untuk meninjau jika ada judul yang memikat hati. Buku Life of Pi masih belum ada. Setelah lebih setengah jam, saya temui buku A Widow for One Year dan The Fourth Hand oleh John Irving. Kedua-duanya berkulit keras dan setiap satu berharga RM12 sahaja.

Dua karya John Irving – setahu saya – telah difilemkan, iaitu The World According to Garp dan The Cider House Rules.

Ternyata saya sentiasa membeli – dan pastinya membaca – buku lama dan baru. Bukan fiksyen sahaja. Semuanya kerana minat terhadap pembacaan dan ilmu.

Misalnya, pagi tadi, semasa membuat ulasan akhbar berkaitan wang syiling palsu 50 sen dan MyKad palsu, saya mengaitkannya dengan The Broken Window Theory atau Teori Tingkap Pecah yang telah saya baca dalam buku The Tipping Point.

Saya juga mahu menyarankan kepada pihak Pengurusan Kolej SEGi supaya meneliti tindakan pelajar dan kakitangan merokok di dalam bangunan kolej dari sudah Teori Tingkap Pecah.

Pelajar dan kakitangan memang sedia maklum bahawa mereka tidak boleh merokok di dalam bangunan kolej. Sekiranya ada orang merokok dan tiada tindakan diambil, maka individu itu serta individu lain akan beranggapan bahawa tindakan merokok di dalam bangunan Kolej SEGi tidak menjadi kesalahan – atau sekurang-kurangnya tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya, jika tindakan tegas diambil berdasarkan peraturan kolej terhadap mana-mana individu yang merokok di dalam bangunan kolej, maka mesej yang dihantar adalah nyata: Sesiapa pun tidak dibenarkan merokok di dalam bangunan Kolej SEGi.

Begitu juga semasa peperiksaan. Jika ada pelajar didapati menyeludup masuk kertas/nota/catatan dan tindakan yang diambil hanyalah merampas kertas itu, maka pelajar akan beranggapaan bahawa tidak salah membawa masuk kertas ke dewan peperiksaan – asalkan dia tidak kena tangkap!

Bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan semasa peperiksaan, bagi semua subjek LAN yang saya ajar, arahan adalah cukup mudah: calon hanya dibenarkan membawa pen ke dalam dewan peperiksaan; semua peralatan lain tidak dibenarkan sama sekali. Sehingga kini, tidak timbul masalah bagi peperiksaan LAN yang saya kendalikan.

Idea yang saya gunakan ini, saya percaya, bukan idea asli daripada saya. Pasti saya telah membacanya di mana dan mengaplikasikannya dalam hidup.

Buku dan lebih banyak buku! Semuanya dipenuhi ilmu.

Posted by uthayasb at 19:05 JST
Updated: Monday, April 24, 2006 14:29 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Friday, April 21, 2006
50 Tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan
Pelbagai aktiviti diatur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena ulang tahun ke-50 dengan slogan/tema “50 Tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan”.

Hari ini saya ke DBP untuk bertemu beberapa pegawai untuk membincangkan aktiviti yang diatur. Kavyan juga diberi slot, secara langsung dan secara tidak langsung.

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, DBP dengan kerjasama Kedutaan Sepanyol menganjurkan Baca Naskhah Sejarah Melayu pada 25-28 April 2006, 10:30 pagi hingga 11:30 pagi di Galeri Ilmu Koperasi DBP, Kuala Lumpur. Hanya 24 peserta dipilih untuk mengambil bahagian dalam acara membaca naskhah secara bergilir-gilir ini; seumpama siri baca cerpen/novel anjuran Kavyan. Pada acara ini, Kavyan diwakili saya dan Ganesan di mana kami akan membaca teks pada 27 April 2006.

23 April merupakan tarikh simbolik iaitu hari yang ditetapkan oleh Sidang Umum UNESCO sejak 1995 sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia; dan disambut di seluruh dunia demi menggalakkan semua warga dunia menikmati pembacaan.

Pada 23 April 2006 (Ahad), Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said yang juga Penasihat Agung Kavyan akan terlibat dalam upacara perasmian World Book Day di kedai buku MPH di Megamall, Kuala Lumpur. Menurut Pak Samad, acara bermula pukul 2:00 petang.

Untuk makluman, MPH, Popular serta beberapa kedai buku menawarkan potongan istimewa sempena sambutan yang amat istimewa ini – walaupun carian di Friendster akan menunjukkan ramai warga Malaysia di sana mengisytiharkan bahawa “I’m a true Malaysian, so I don’t read books” atau senada dengannya. Memang memalukan!

Berbalik pada acara di DBP, pada 28 April 2006 (Jumaat), 9:30 pagi akan berlangsung “Wacana Persuratan Melayu” di Dewan Bankuet, Aras 1, Menara DBP. Tokoh pembicara yang diundang, menurut e-mel yang saya terima, ialah Pak Samad dengan tajuk wacana “Ilham dari Lantai T. Pinkie” dan sarjana Sepanyol, Susana Martinez Vellon.

Saya percaya bahawa Pak Samad akan membawa edisi terbaru buku Lantai T. Pinkie terbitan Wira Bukit untuk dijual kepada khalayak. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya untuk membuat tempahan awal agar mudah bagi Pak Samad membawa jumlah buku yang perlu.

Pada 3 dan 9 Mei 2006, saya akan terlibat mengendalikan bengkel penulisan cerpen bagi sekumpulan pelajar dari Thailand yang mengikuti pengajian Melayu. Puan Khadijah berpesan kepada saya supaya tidak bercakap terlalu pantas semasa mengendalikan bengkel itu nanti kerana rata-rata pelajar terbabit belum sepenuhnya fasih menggunakan Bahasa Malaysia.

Demikian antara aktiviti sempena usaha memartabatkan Bahasa Malaysia. Apakah pula sumbangan saudara ke arah itu? Tepuk dada, tanya selera.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Saturday, April 22, 2006 18:09 JST
Post Comment | Permalink
Thursday, April 20, 2006
Baca Buku di Panjara Kajang
Penjara pertama di Malaysia masih ada di Taiping, Perak. Walaupun saya anak kelahiran Taiping, saya belum pernah masuk melawat penjara itu. Begitu juga dengan Penjara Pudu di Kuala Lumpur.

Hari ini, saya dan Ayya ke Penjara Kajang untuk bertemu Lee Ah Seng yang merupakan “banduan akhir”; menunggu hukuman gantung dikenakan ke atasnya – jika rayuan terakhir tidak lama lagi tetap gagal.

Ah Seng saya kenali sekitar 15 tahun lalu apabila dia dan rakannya, Sugu menjadi pelajar bagi subjek Bahasa Malaysia sewaktu saya masih di Aulong Lama, Taiping. Pada kali pertama bertemu dengannya, saya fikir dia berlawak kerana memperkenalkan dirinya sebagai “Ah Seng” sedangkan wajahnya ternyata India. Kemudian, barulah saya tahu bahawa dia anak angkat dalam keluarga kaum Cina.

Selepas sekitar sepuluh bulan, saya berpindah ke Klang dan kami terputus hubungan. Hanya pada 28 Januari 2006, Sugu yang kini bekerja di Singapura menghubungi saya melalui telefon.

Katanya, Ah Seng kini berada di Penjara Kajang. Lapan tahun lalu (semasa umurnya 20 tahun), Ah Seng diberkas kerana terlibat dalam kes bunuh. Setelah lima tahun ditahan reman, dia dijatuhi hukuman gantung dan sejak tiga tahun lalu, Ah Seng berada di Penjara Kajang. Sugu sendiri hanya mengetahui perkara ini apabila ke rumah ibu Ah Seng semasa cuti Deepavali tahun lalu.

Rupa-rupanya, Ah Seng telah meminta Sugu agar menghubungi saya. Begini kisahnya. … Semasa di penjara, Ah Seng banyak membaca akhbar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dia terbaca beberapa tulisan oleh dan mengenai saya; khususnya dalam akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia dan Kosmo.

Sugu pula telah melayari laman web dan menjumpai nombor telefon bimbit saya. Sebaik sahaja dimaklumkan tentang keadaan Ah Seng, saya berjanji akan pergi bertemu dengannya apabila ada peluang.

Maka, hari ini, saya dan anak saya telah ke sana. Kami membawa sebuah kamus dwibahasa terbitan DBP dan novel ADAM karya Ramlee Awang Murshid yang dipesan oleh Ah Seng. Juga novel Panchayat kerana Ah Seng mahu membaca apa yang ditulis oleh “cikgu”nya.

(Ah Seng serta sekumpulan remaja/kanak-kanak yang pernah menjadi pelajar saya sekitar tahun 1989-91 merupakan satu-satunya kelompok yang memanggil saya dengan gelaran “cikgu”. Apa yang menarik adalah bahawa ahli keluarga pelajar berkenaan juga masih memanggil saya “cikgu” sehingga kini.)

Imej Ah Seng yang ada dalam fikiran saya pastinya amat berbeza dengan penampilan dirinya kini. Maklumlah, waktu itu umurnya 13 tahun dan kini umurnya 28 tahun. Memang saya tidak cam wajahnya sehingga saya terpaksa mengangkat gagang telefon dan bertanya, “Ah Seng?” semasa bertemu dengannya di bilik khas.

Banyak juga perkara yang kami bualkan. Apa yang menarik, topik mengenai buku dan minat membaca ketara kami bualkan. Menurut Ah Seng, dia berhenti sekolah semasa di Tingkatan Dua. Dia tidak berminat belajar atau membaca.

Namun, kehidupan di penjara telah mengubah sikapnya. Selama lima tahun di penjara Johor, dia hanya membaca akhbar dan majalah hiburan yang terdapat di sana.

Di Penjara Kajang, dia mula bosan membaca komik dan majalah hiburan. Dia mahu membaca sesuatu yang menambah ilmu. Maka, sekali itu, apabila mak ciknya dari Ampang datang melawat, dia meminta dibelikan novel Bahasa Malaysia.

Dua buah novel telah diberikan kepada Ah Seng oleh mak ciknya di mana salah satu adalah novel karya Ramlee Awang Murshid. Ah Seng terus suka akan novel triller berkenaan dan mula meminta supaya dibelikan lebih banyak judul oleh pengarang berkenaan.

Malah, kini, kata Ah Seng, rakan-rakan di penjara juga sudah mula semakin berminat membaca novel Bahasa Malaysia. Bagi saya, ini suatu perkembangan yang membanggakan. Apatah lagi apabila mereka mampu pula memilih buku/novel yang bermutu untuk dijadikan bahan bacaan.

Semasa pertemuan itu, Ah seng juga membawa sebuah buku nota di mana dia telah membuat pelbagai catatan serta cetusan fikiran. Mengapa tidak ditulis secara kemas supaya boleh saya salurkan kepada pihak penerbitan?

Untuk itu, Ah Seng perlu membuat permohanan bertulis kepada pegawai terbabit. Sekiranya dibenarkan, bolehlah Ah Seng mengirimkan saja serta tulisannya kepada saya agar dapat saya baca, nilai, sunting dan salurkan kepada media yang sesuai.

Kami bertemu dan berbual-bual sekitar 45 minit. Ayya dan Ah Seng tidak lama berbual kerana masing-masing tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Maka, saya dan Ah Seng yang ketara berbual hal itu dan hal ini.

Pada akhir pertemuan, setelah membayar wang bagi sejumlah barangan yang dibeli oleh Ah Seng (pelawat tidak boleh membawa barangan untuk banduan tetapi boleh dibayar supaya barangan disediakan oleh pihak penjara), saya berjanji akan datang bertemu lagi dengannya pada masa hadapan. Saya akan membawakan lebih banyak bahan bacaan berupa cerpen dan novel Bahasa Malaysia untuk santapan minda Ah Seng.

Saya juga berharap akan berpeluang membaca bahan tulisan Lee Ah Seng pada masa hadapan.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Wednesday, April 19, 2006
Kasut Futsal
Saya membeli sepasang kasut baru hari ini. Sebetulnya kasut kasual itu telah saya lihat beberapa minggu lalu sewaktu mencari kasut kulit untuk dipakai bagi acara formal.

Hari ini, bersama-sama Arween, saya ke kedai kasut yang sama untuk meninjau sama ada stok kasut kasual itu masih ada.

Sambil itu, saya secara diam-diam teringat kisah-kisah lama. Membesar dalam keluarga kurang berada, memiliki kasut yang mahal bukan suatu yang mudah. Ada pelbagai perkara lain yang perlu diberi keutamaan berbanding memiliki kasut yang mahal. Begitu juga dalam memiliki/membeli buka.

(Dan jika ada keperluan untuk membuat pilihan, saya lebih memilih untuk membeli buku berbanding membeli kasut, baju atau pakaian lain.)

Pernah sekali, selepas saya mendapat keputusan STPM (yang sebenarnya tidaklah begitu membanggakan), abang saya, Siva Sankar dan isterinya, Lalitha, mahu membelikan saya sepasang kasut sebagai hadiah.

Saya serba-salah sebenarnya. Saya tidak mahu mereka membazir wang membelikan kasut untuk saya. Namun, atas desakan mereka berdua, saya turut serta dalam “pencarian kasut” di bandar Klang.

Kami pergi ke beberapa kedai. Selain melihat rekabentuk dan kualiti kasut, saya juga melihat tanda harga. Akhirnya, mereka membelikan saya sepasang kasut berharga RM75. Harga yang mahal bagi sepasang kasut, pada pandangan saya. Tidak hairanlah bahawa buat beberapa ketika, saya rasa bersalah kerana mereka berdua terpaksa membelanjakan RM75 untuk sepasang kasut.

Hal ini mungkin sahaja berbalik pada hakikat bahawa saya lebih memilih bahan bacaan daripada pakaian; juga realiti bahawa saya tidak mahu membebankan orang lain dengan apa cara sekalipun.

Kini, saya tidak kisah membeli kasut berharga RM75 (misalnya) kerana saya menggunakan wang sendiri. Kalau saya suka akan kasut (atau pakaian) yang dilihat, maka saya akan beli. (Tidak perlulah ditanya mengenai bahan bacaan – pasti saya beli!)

Berbalik pada sepasang kasut yang saya beli bersama-sama Arween hari ini, harga yang dipaparkan adalah RM49.90; dan diberi pula diskaun 50%. Pucuk diundang, ulam mendatang!

Kasut yang dibeli itu juga cukup cantik dan berbeza daripada jenis kasut yang biasa saya pakai. Rupa-rupanya, ia kasut futsal. Tidak mengapa. Apa yang penting adalah keselesaan. Menang beli, menang pakai.

Dan mana tahu, mungkin saya akan bermain futsal bersama-sama pelajar saya suatu hari nanti.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink
Sunday, April 16, 2006
Pandangan Saudara Mengenai Saya ...
Saya tiba-tiba mendapat idea ini semasa sedang membaca buku The Tipping Point karya Malcolm Gladwell hari ini.

Apa pandangan individu yang saya kenali tentang diri saya? Pasti ada perkara yang mereka suka dan ada perkara yang mereka kurang suka mengenai saya. Mungkin banyak komen yang ingin diberikan tetapi dipendam sahaja kerana pelbagai faktor dan alasan.

Saya juga tidak tahu berapa ramai yang sebenarnya merupakan rakan saya; misalnya, pelajar saya di kolej juga rakan saya di luar kelas. Rakan-rakan saya juga adalah adik-beradik saya.

Mereka semua merupakan insan yang sebenarnya “mencorakkan” saya – menjadikan saya siapa diri saya sekarang.

Lalu, saya ingin mendapatkan pandangan/pendedahan ikhlas daripada seramai mungkin insan yang saya kenali – dan insan yang mengenali saya. Mungkin dikenali sewaktu di sekolah rendah, di sekolah menengah, di universiti, di pertemuan penulis, di bengkel, semasa aktiviti Kavyan, melalui e-mel, melalui rakan-rakan lain dan bermacam-macam lagi kemungkinan.

Ada dua bentuk pandangan yang ingin saya dapatkan:

Satu, nyatakan dua perkara yang saudara suka mengenai saya. Boleh ditulis dalam satu atau dua perenggan pendek. Atau tulis dalam bentuk point form.

Dua, nyatakan dua perkara yang saudara tidak suka mengenai saya. Sekali lagi, boleh ditulis dalam bentuk perenggan atau point form.

Saudara hanya perlu klik pada tulisan “post your comment” pada bahagian akhir catatan ini. Apa sahaja yang saudara tulis akan dipaparkan seadanya tanpa sebarang suntingan, pindaan, rombakan dan seumpamanya.

(Maaf, jika tidak cukup dua perkara yang disukai DAN dua perkara yang tidak disukai, catatan saudara tidak akan dipaparkan.)

Saya juga meminta jasa baik saudara supaya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul. Atau jika tiada pilihan lain, gunakan Bahasa Inggeris yang betul sepenuhnya.

Saya juga meminta jasa baik saudara supaya memaklumkan kepada rakan-rakan saudara (yang mengenali saya) mengenai perkara ini. Mungkin saya tidak berpeluang menghubungi mereka untuk meminta mereka datang ke laman web ini dan memberi komen mereka. Maka, jika saudara sudi, harap dapat menyampaikan maklumat ini kepada mereka.

Dalam masa terdekat, kita dapat sama-sama melihat berapa ramai rakan yang saya ada – rakan-rakan yang sudi berterus-terang mengenai dua perkara yang mereka suka tentang saya dan dua perkara yang mereka tidak suka tentang saya.

Posted by uthayasb at 18:55 JST
Post Comment | View Comments (2) | Permalink
Saturday, April 15, 2006
Kedai Buku dan DVD
Membaca sudah menjadi rutin harian bagi saya. Saya percaya hakikat ini memang sudah diketahui ramai. Saya juga berminat menonton filem Bahasa Inggeris, Bahasa Malayalam serta filem bahasa asing. Hal ini juga diketahui ramai.

Hari ini, tiga kedai buku dan dua kedai menjual DVD di The Summit menjadi sasaran. Beberapa jam diluangkan di sana kerana saya amat teliti (cerewet?) dalam memilih bahan bacaan/tontonan. Malah, salah berulang-alik antara kelima-lima kedai terbabit untuk memastikan saya mendapat apa yang saya inginkan.

Baru-baru ini, saya telah menonton filem The River King yang dibuat berasaskan novel Alice Hoffman dengan judul yang saya. Ceritanya amat menarik dan meninggalkan kesan pada jiwa. Maka, saya cuba juga mencari novel-novel lain yang dihasilkan oleh pengarang itu.

Sebuah lagi buku yang menarik adalah Sophie’s World oleh Jostein Gaarder. Cerita mendapatkan buku ini agak menarik. Puan Shyamala (seorang lagi ulat buku dan pensyarah di Kolej SEGi) juga mahu mendapatkan buku itu setelah saya menceritakan sedikit mengenai buku itu kepada beliau.

Kami menemui satu naskhah terakhir Sophie’s World di kedai buku Popular dengan diskaun 20%. Maka, Puan Shyamala terus membelinya walaupun saya mencadangkan agar beliau menyemak dahulu harga di MPH.

Di MPH, harganya lebih murah. Maka, kami pergi semula ke Popular dan menukar buku itu dengan Blink karya Malcolm Gladwell yang memang mahu saya beli. Diskaun 20% ditawarkan.

Selepas itu, kami ke MPH dan Puan Shyamala membeli Sophie’s World manakala saya membeli The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell dengan diskaun 30%.

Bagi Life of Pi karya Yann Martel, buku itu tiada di Popular. Di MPH, tiada diskaun. Maka, saya cuba ke Pay Less untuk meninjau kalau-kalau ada buku itu di sana. Malangnya tiada.

Sebaliknya, saya berpeluang melihat beberapa novel Stephen King. Saya lebih tertarik pada cerpen “Rita Hayworth and Shawshank Redemption”. Dan apabila ke kedai menjual DVD selepas itu, kebetulan saya menemui DVD The Shawshank Redemption! Terus saya beli.

Di sebuah lagi kedai menjual DVD, saya terpaksa memulangkan filem Mission Kashmir (filem Hindi yang sudah dialih ke Bahasa Inggeris) kerana kualiti tidak baik. Oleh kerana tiada salinan lain filem itu, saya mencari-cari filem lain. Akhirnya, saya terjumpa filem Regarding Billy, sebuah filem 71 minit arahan Jeff London dan dilakonkan oleh tiga pelakon sahaja, serta difilemkan dalam masa sekitar dua minggu sahaja.

Maka, saya sudah ada stok bahan bacaan/tontonan baru untuk beberapa minggu lagi. (Tetapi tidak mustahil bahawa saya akan membeli buku baru sebelum habis membaca buku-buku baru ini!)

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Sunday, April 16, 2006 15:12 JST
Post Comment | Permalink
Friday, April 14, 2006
Selamat Tahun Baru
“Selamat pagi, saudara. Selamat pagi, Malaysia. Selamat Tahun Baru. Ya, hari ini, masyarakat keturunan Tamil, Malayali dan Punjabi menyambut tahun baru masing-masing. Masyarakat beragama Kristian pula menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada hari Ahad ini. Begitulah uniknya Bangsa Malaysia. Pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai kepercayaan dan adat-resam. Namun, saling memahami, hormat-menghormati dan bertolak-ansur. Sambil bersyukur atas keunikan Bangsa Malaysia, kita lihat pula apa berita-berita menarik dalam segmen Ulasan Akhbar.”

Demikian saya memulakan segmen Ulasan Akhbar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pagi tadi. Saya telah menggunakan peluang muncul di kaca televisyen untuk mengucapkan Tahun Baru Tamil, Malayali dan Punjabi kepada semua!

Tahun ini agak istimewa juga kerana beberapa perayaan pada hari yang sama. Cuma, sambutan tahun baru masyarakat Telegu jatuh pada 30 Mac 2006.

Tiga pelajar saya di Kolej SEGi – Revathi, Priadhashini dan Shubashini – telah menghasilkan beberapa poster ringkas-menarik untuk mengucapkan ketiga-tiga tahun baru kepada pelajar dan staf Kolej SEGi. Poster berkenaan dilekatkan di beberapa tempat strategik untuk menarik perhatian ramai. Pada hari ini juga, mereka bertiga – dan beberapa rakan mereka – berpakaian tradisional sempena sambutan tahun baru.

Namun, agak sedih juga kerana majoriti pelajar dan staf kaum India seperti tidak kisah langsung tentang sambutan tahun baru pada hari ini. Demikian pemerhatian yang dilaporkan oleh Puan Shyamala.

Semasa mendengar siaran radio THR Raaga pagi tadi, saya terasa amat kecewa kerana berulang kali disiarkan ucapan “Tahun Baru Hindu”. Apakah pakar-pakar di THR Raaga tidak mampu membezakan antara “agama” (Hindu) dan “keturunan” (Tamil, Malayali, Punjabi, Telegu)?

Sekadar contoh, kalau hari ini merupakan Tahun Baru Hindu, bagaimana dengan masyarakat keturunan Telegu yang menyambut tahun baru pada 30 Mac 2006? Adakah mereka bukan orang beragama Hindu? Atau mereka menyambut Tahun Baru Ugadi dan juga Tahun Baru Hindu?

Pada pagi ini juga, saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk temubual ringkas bersama penolong editor Dewan Masyarakat sempena ulang tahun 50 tahun DBP. Saya dan editor Tunas Cipta sempat bertemu pula dengan dua pengetua dari sekolah di Kluang, Johor untuk membincangkan acara Baca Cerpen Tunas Cipta pada bulan Jun 2006.

Juga sempat bertemu sebentar dengan Penasihat Agung Kavyan, SN Datuk Dr A. Samad Said dan Penasihat Kehormat Kavyan, Dato’ Dr Anwar Ridhwan untuk membincangkan secara ringkas perkembangan aktiviti Kavyan.

Suatu permulaan yang baik bagi Tahun Baru Tamil/Malayali/Punjabi.

Posted by uthayasb at 21:04 JST
Updated: Saturday, April 15, 2006 12:39 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Thursday, April 13, 2006
Musim Peperiksaan
Musim peperiksaan sudah bermula di Kolej SEGi Subang Jaya. Masing-masing pelajar mempunyai lebih banyak alasan untuk mengelak daripada terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum!

Sebenarnya, hal ini bukan terhad pada pelajar Kolej SEGi. Secara umum, itulah antara alasan yang diberi oleh para pelajar yang saya kenali: “Peperiksaan sudah hampir … tak ada masa untuk aktiviti persatuan dan kelab.”

Satu lagi tabiat buruk yang saya perhatikan di kalangan generasi muda kita adalah sikap tidak ambil peduli. Misalnya, jika peperiksaan bermula pukul 2:00 petang, datanglah awal sekitar sepuluh minit. Ini tidak; pukul 2:15 petang baru terhegeh-hegeh masuk ke dewan peperiksaan.

Macam-macam alasan diberi kerana lewat datang. Hujanlah, lupalah, tertidurlah, lif lambatlah, pergi makan dululah, pergi perpustakaanlah. … Dan alasan paling klasik yang saya sempat dengar pada semester ini adalah daripada seorang pelajar yang tidak datang ke peperiksaan pada pukul 2:00 petang. Dia menelefon saya pada pukul 5:00 petang dan mengatakan bahawa dia tidak dapat datang ke peperiksaan kerana hujan!

Calon peperiksaan daripada kalangan generasi muda juga pemalas dan tidak tahu membaca arahan pada kertas peperiksaan. Arahan mungkin tertulis “Sila tulis jawapan anda pada ruangan kosong yang disediakan” dan beberapa calon tetap bertanya kepada kita di mana mereka perlu menulis jawapan!

Arahan sudah diberikan secara penuh terperinci bagaimana harus calon mengisi maklumat diri pada halaman muka kertas peperiksaan tetapi masih ada yang melakukan kesilapan. Adakah mereka ini benar-benar bodoh atau sekadar tidak ada otak? Semua ini membuatkan saya amat marah!

Calon peperiksaan juga tidak tahu membaca arahan dan peraturan peperiksaan. Walaupun sudah dinyatakan bahawa telefon bimbit mesti dimatikan, masih akan ada telefon berdering semasa peperiksaan. Malah, ada juga calon yang menjawab panggilan telefon itu. Adakah mereka tidak tahu bahasa atau mereka memang tidak dikurniakan otak untuk memahami arahan-arahan yang cukup mudah?

Ada juga calon yang akan bertanya kepada rakan-rakan di meja sebelah kalau ada sesuatu yang mereka tidak faham. Tidakkah mereka tahu peraturan peperiksaan?

Walaupun sudah beratus-ratus kali penjelasan dan penerangan diberikan semasa kelas tentang syarat dan peraturan peperiksaan, mereka masih tidak faham. Ada calon yang datang ke dewan peperiksaan tanpa membawa alat tulis.

Ada yang datang berpakaian seluar pendek, pakaian mendedahkan tubuh, berselipar dan bermacam-macam lagi yang membuatkan kita dengan amat mudah boleh menyedari kedudukan sebenar: orang bodoh memang sukar diajar.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, April 11, 2006
Pertemuan dan Buku
Kali terakhir saya bertemu dengan abang saya, Sri Bala (dan saya memanggilnya “Anna” iaitu “abang”) adalah pada 25 Mac 2006, iaitu apabila Anna datang ke Kolej SEGi sewaktu Puan Shyamala, Arween, Cheryl Lim dan saya sedang membuat latihan bagi tarian “Bunyi Gitar” yang kami persembahkan pada keesokan hari. Kami tidak berpeluang untuk berbual lama.

Kami bertemu hari ini untuk berbual lama-lama. Pagi tadi saya bangun lewat (9:00 pagi berbanding 6:00 pagi pada hari biasa) kerana cuti Maulidur Rasul. Waktu pagi saya isi dengan membaca beberapa cerpen dalam Completely Unexpected Tales.

Kemudian, pada waktu tengah hari, saya dan anak sulung saya, Ganesan (dan saya memanggilnya “Ayya”) pergi bertemu Puan Shyamala dan anaknya, Arun. Selepas itu, kami disertai suaminya, Tharma Iswara. Kami sama-sama berbual pelbagai perkara.

Ini kali pertama Tharma berjumpa Ayya walaupun dia sudah beberapa kali bertemu Devishi (anak bongsu saya). Mungkin sahaja Tharma terkejut sedikit melihat Ayya lebih besar daripada saya dan berambut panjang pula. Arun pula masih agak malu-malu untuk berbual-bual dengan Ayya; mungkin kerana jurang umur sekitar sebelas tahun.

Sekitar 4:30 petang, Anna menelefon untuk memaklumkan bahawa dia berada di sekitar Subang Jaya. (Anna bekerja di Paka, Terengganu.) Maka kami bertemu dan membincangkan pelbagai hal serta berkongsi kisah terbaru dan kisah lama. Juga perkembangan rakan-rakan yang sama-sama kami kenali.

Anna juga berminat membaca. Jadi, kami ke kedai buku Popular di The Summit, Subang Jaya untuk melihat koleksi novel yang dijual dengan harga murah. Novel-novel John Grisham dalam bentuk 2-dalam-1 dijual pada harga RM19.90 – dan diberi diskaun 10% pula. Begitu juga beberapa novel karya beberapa penulis lain; termasuk Jeffrey Archer.

Kami mendapatkan dua buku (bermakna 4 novel dalam 2 buku) untuk Anna bawa pulang ke Paka dan dibaca. Kami diberi diskaun 20% kerana membeli dua buku. Saya berpesan kepada Anna bahawa buku-buku itu tidak perlu dipulangkan kepada saya selepas dibaca. Akan tetapi, Anna mengatakan bahawa buku-buku itu akan diserahkan semula kepada saya sebab kekurangan ruang menyimpan buku di tempat tinggalnya di Paka.

Bagi para peminat buku, mengapa tidak cuba ke kedai buku Popular bagi merebut peluang yang baik ini. MPH juga menawarkan diskaun 30% bagi 100 judul terpilih; serta 20% bagi semua buku lain.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink
Monday, April 10, 2006
Pelakon Komedi Tamil
Saya peminat filem-filem Kamalhassan; tetapi tidak semua filemnya saya minati. Misalnya, saya menonton filem Thenali dari mula hingga akhir di pawagam. Para penonton lain tertawa kerana menikmati komedi yang kononnya terkandung dalam filem itu.

Sehingga filem itu tamat, saya masih menanti cerita bermula! Rupa-rupanya harapan yang saya letakkan adalah terlalu tinggi. Memang filem itu tidak ada apa-apa kaitan dengan cerita rakyat “Thenali Raman” serta sebuah filem lama lakonan Sivaji Ganesan dengan tajuk yang sama.

Namun, Kamalhasaan ternyata memiliki cara tersendiri untuk memenuhi permintaan khalayak. Dia akan berlakon beberapa filem komersial (baca: “bodoh”) untuk memenuhi permintaan khalayak berselera sederhana dan rendah. Untungnya cukup besar kerana memang ramai peminat filem komersial.

Kemudian, keuntungan itu digunakan bagi menghasilkan filem berkualiti yang mampu memenuhi selera khalayak bermentaliti tinggi. Filem-filem bermutu seperti iu tidak akan mendapat sambutan di pawagam. Namun, ia mendapat tempat di kalangan khalayak yang tersendiri.

Antara filem Kamalhassan yang terus saya minati adalah Nayagan, Guna, Aboorva Sagotarargal, Mahanadhi dan Verumandhi. Terdapat banyak filem Kamalhassan yang tidak saya minati langsung kerana hanya sesuai bagi penonton yang cuma mahukan hiburan tanpa sedikit pun perlu menggunakan fikiran (baca: “otak”).

Lagi filem yang saya tidak minati adalah filem-filem lakonan Karthik dan Murali. Ada masanya pelakon ini bergandingan dengan Revathi (yang saya minati) tetapi masih saya berusaha untuk tidak menontonnya kerana muak dengan gaya (gaya?) lakonan dua pelakon itu tadi. Entahlah, tiada apa yang menarik perhatian saya dalam filem-filem lakonan mereka. Komedi yang cuba – ingat: cuba – mereka lakukan hanya sesuai nagi golongan tertentu.

Bagi Murali, filem Potrkalam lakonannya saya tonton kerana ceritanya amat menarik. Pernah sekali saya meminjam sebuah VHS filem dari kedai kaset. Apabila pulang dan mendapati filem itu lakonan Murali, terus saya pulangkan!

Vadivelu ialah antara pelakon komedi yang amat saya benci. Tapi entah mengapa ramai suka akan dia. Lawaknya hanyalah lawak bodoh dan menghina orang. Atau lawak yang hanya berunsur lucah. Itulah yang nampaknya diterima sebagai lawak dan komedi sekarang oleh khalayak tertentu.

Manivanan juga pelakon komedi yang sentiasa berjaya membuatkan saya rasa muak dan menyampah. Maaflah, saya berterus-terang dan bukan berpura-pura menyukai pelakon yang saya benci. Dia sering hadir sebagai watak komedi yang pemabuk, tidak berguna dan sentiasa berunsur lucah.

Lakonan Vadivelu dalam Chandramughi pula, misalnya, cukup menyakitkan hati. Dan untuk menjadikan keadaan lebih buruk, Rajinikanth juga mencuba bakat (bakat?) membuat lawak dalam filem itu. Bukankah kebanyakan lawak dalam filem itu hanyalah lawak bodoh, lawak berunsur lucah dan lebih banyak lawak bodoh?

Gandingan Sentil dan Gaundamani juga menarik pada peringkat permulaan; 1980-an. Akan tetapi, ia mula menyakitkan hati dan membuatkan saya mual. Namun, saya rasa masih ada bakat tersendiri mereka yang masih gagal dilihat pengarah filem. Saya percaya bahawa mereka boleh membawakan watak-watak yang lebih baik; bukan sekadar watak bodoh di samping Kartik, Rajini, Vijay, Saratkumar dan hero-hero lain yang turut membuktikan kebodohan mereka dengan cara berlawak.

Vijay? Hero yang boleh menyampaikan lagu tanpa perlu menggerakkan bibir! Dia juga dikatakan pelakon komedi dan hero yang hebat. Ya, tariannya cukup baik tapi lakonan? Mungkin saya sendiri yang tidak tahu menilai kehebatan Vijay berlakon serta memegang watak lucu dalam filem-filem lakonannya …

Vivek. Ya, inilah insan yang sesuai dipanggil pelakon komedi. Lawaknya adalah bersahaja dan penuh dengan unsur intelek yang merangsang minda untuk berfikir. Dia selalu mengutarakan hal-hal berkaitan kepercayaan karut dalam masyarakat; khususnya kaum India. Tidak mustahillah tidak ramai yang menyukai Vivek – berbanding Vadivelu, misalnya – kerana lawak Vivek memerlukan orang berfikir; suatu unsur yang amat sukar dicari di kalangan penonton yang hanya menonton untuk berhibir semata-mata.

Vivek tidak hanya membawa watak komedi. Dalam filem Kutti misalnya, watak pekedai yang dibawakannya cukup menyentuh perasaan. Tapi berapa ramai yang menonton filem itu?

Nagesh seorang lagi pelakon komedi yang amat natural. Dia seorang veteran dan berbakat semula jadi. Dia boleh juga membawakan watak-watak bukan komedi. Misalnya, dalam filem Sarvar Sundram.

Dan jangan lupa filem Aboorva Sagotarargal di mana Nagesh tampil sebagai watak jahat yang amat meyakinkan. Nah, pelakon seperti inilah yang saya minati.

Manorama seorang lagi ikon dalam industri filem Tamil serta berjaya membuktikan hebatan dalam membawakan pelbagai watak dengan cara yang cukup berkesan. Lihatlah dalam Thilana Moganambal dan Chinna Thambi misalnya.

Mengapa sukar melihat kehadiran pelakon hebat seperti itu? Pelakon komedi wanita yang ada sekarang banyak pula yang sekadar berpakaian seksi dan terlibat dalam adegan berunsur lucah yang dilabelkan sebagai komedi. Ya, komedi murahan dan komedi lucah yang memaksa penonton untuk ketawa semata-mata kerana mahu menutup rasa malu semasa menonton adegan seperti itu bersama-sama keluarga.

Bagaimana pula pelakon komedi Tamil di Malaysia? Nama-nama seperti Sathia, Rama dan Accapan – bagi saya – adalah individu yang kewujudan mereka hanyalah untuk memalukan diri sendiri melalui tindakan bodoh atau membenarkan diri mereka diperbodohkan; sekaligus memperbodoh kaum India di Malaysia secara umumnya. Titik.

Namun, saya sekadar mencatatkan komen dan pandangan saya. Mustahil ada lebih daripada sepuluh orang yang sependapat dengan saya. Apapun, saya tetap dengan pendirian saya kerana saya menonton komedi untuk menikmati unsur intelek yang terkandung dalamnya; unsur yang membuatkan kita berfikir – bukan mahu menikmati komedi bodoh, komedi lucah, komedi slapstik, komedi menghina dan bermacam-macam lagi yang hanya menjatuhkan maruah.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Wednesday, April 12, 2006 12:59 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Sunday, April 9, 2006
Cerpen yang Mencabar Minda
Saya selesai membaca kumpulan cerpen Twisted (2003) karya Jeffery Deaver. Pengarang ini amat baru bagi saya; walaupun saya begitu tertarik menonton filem The Bone Collector yang diadaptasi daripada novel pengarang ini.

Saya seorang peminat karya-karya R.K. Narayan; novel, cerpen dan rencana. Saya suka pada cara beliau menggunakan bahasa yang cukup mudah untuk bercerita. Hal ini sudah banyak kali saya sebut di pelbagai tempat. Malah, gaya penulisan R.K. Narayan turut mempengaruhi gaya penulisna saya secara tidak langsung.

Empat buku yang menggabungkan semua novel, cerpen dan rencana R.K. Narayan telah saya beli secara beransur-ansur dari kedai buku Silverfishbook, Bangsar. Suatu koleksi yang amat saya sayang.

Novel-novel yang ditulis oleh John Grisham juga saya cukup minati. Terakhir, saya membaca The Summons (2002); sesudah membaca The King of Torts (2003). Filem-filem yang dihasilkan berdasarkan novel-novel Grisham juga menjadi pilihan saya.

Roald Dahl ialah seorang lagi penulis yang amat saya gemari. Mungkin saya tidak begitu meminati novel-novel beliau; malah, bagi James and the Giant Peach dan Charlie and the Chocolate Factory, saya hanya menonton filem berkenaan.

Dua koleksi cerpen Roald Dahl yang sedang saya baca sekarang adalah Completely Unexpected Tales (gabungan koleksi Tales of the Unexpected dan More Tales of the Unexpected)dan Collected Short Stories (gabungan koleksi Kiss Kiss, Over to You, Switch Bitch, Someone Like You serta lapan cerpen lain).

Jeffrey Archer juga penulis yang saya minati gaya penulisannya. Sekali lagi, saya lebih meminati cerpen beliau berbanding novel. Saya cukup bernasib baik kerana berpeluang membeli (dengan harga yang cukup murah) sebuah koleksi cerpen-cerpen Archer berjudul The Collected Short Stories (1998) yang menggabungkan ketiga-tiga kumpulan cerpennya, iaitu A Quiver Full of Arrows, A Twist in the Tale dan Twelve Red Herrings.

Saya juga berpeluang membaca biografi Archer dan saya lebih memahami latar belakang beliau serta kandungan karya yang beliau hasilkan.

Saya sering membaca beberapa buku sekaligus. Misalnya, sebuah buku saya tempatkan di rumah, sebuah di dalam kereta dan sebuah di kolej. Maka, apabila ada masa terluang, saya membacanya.

Roald Dahl sering memasukkan unsur luar jangkaan pada akhir cerita. (Entah mengapa “The Sound Machine” yang dipilih untuk teks Komsas sedangkan banyak lagi cerpen yang membawa identiti Dahl dan cukup menarik untuk dibaca.)

Dalam cerpen-cerpen Jeffery Deaver pula, unsur luar jangkaan (atau “twist”) terdapat pada bahagian pertengahan cerita dan juga pada penghujung cerita. Maka, pembaca sukar untuk menjangka apa yang sebenarnya akan berlaku.

Karya-karya yang mencabar minda seperti ini membuatkan kreativiti saya sering aktif dan berkembang.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Wednesday, April 12, 2006 12:50 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, April 8, 2006
Baca Cerpen, Tarian Sumazau dan Tayangan Drama
Sekumpulan pelajar Kolej The One Academy, Bandar Sunway yang mengambil subjek Bahasa Malaysia telah menjayakan acara Baca Cerpen Kanak-kanak di auditorium kolej berkenaan pada 8 April 2006 (Sabtu).

Lima buah cerpen kanak-kanak yang termuat dalam kumpulan Munis Dengan Harimau (Fajar bakti: 1996) dijadikan teks bacaan di mana cerita-cerita rakyat kaum India terbabit penuh dengan unsur moral dan pengajaran.

Selepas para pelajar Kolej The One Academy selesai membaca teks cerpen secara bergilir-gilir, majlis diserikan pula dengan tarian Sumazau oleh sekumpulan pelajar dari Kolej Optima, Subang Jaya.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah daripada suku kaum Kadazandusun dan ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut; pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu dan tangan pula dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Setelah dihiburkan dengan tarian Sumazau, para hadirin berpeluang pula menonton rakaman drama yang dihasilkan oleh pelajar Kolej The One Academy berdasarkan cerpen-cerpen yang dijadikan teks Baca Cerpen Kanak-kanak.

Ternyata rata-rata pelajar mampu mengolah teks cerpen menjadi drama yang cukup berkesan dan menarik untuk ditonton di mana pelbagai unsur seperti komedi, suspen dan moral diselitkan dalam drama yang mereka hasilkan.

Kisah Gadis Kecil” menceritakan tentang Malliga yang yatim piatu dan didera oleh Mak Cik Saras. Lantaran budi baik dan sifat-sifat murni yang dimiliki, Malliga dibantu oleh Chittu, seekor burung pipit sehingga akhirnya gadis itu menjadi anak angkat raja dan permaisuri di negeri Kerala.

Munis dengan Harimau” pula mengisahkan seorang pemuda yang mahu dibaham oleh seekor harimau yang diselamatkannya. Namun, di tangan pelajar Kolej The One Academy, cerita itu diolah secara bebas sambil berpegang pada moral yang terkandung di dalamnya.

Dalam cerita “Pengalaman Rani”, gadis itu tinggal bersama abang dan kakak ipar yang membencinya. Pada suatu hari, Rani mendapat pengalaman yang luar biasa apabila dia makan nasi beriani dengan lahap di dalam kuil Dewi Kaali. Selepas itu, abang dan kakak iparnya cuba membunuhnya. Namun begitu, Rani yang baik hati dan pintar itu berjaya menyelamatkan diri.

Melalui cerita “Raja yang Kejam” pula dikemukakan watak Maharaja Athiputra yang memerintah secara zalim. Pada suatu hari, dia berjaya mendapat tahu tarikh dan punca kematiannya. Lalu, dia berusaha keras untuk menyelamatkan diri daripada maut. Akan berjayakah Maharaja Athiputra melawan takdir Tuhan?

Si Keldai dan Si Kuda” memaparkan kisah tentang seekor kuda yang penat kerana terpaksa bekerja keras. Lalu, rakannya, si keldai mencadangkan agar si kuda melarikan diri ke dalam hutan. Di sana, si kuda berjaya pula menghalau sang harimau dengan menyamar sebagai Kudrai. Sementara itu, setelah si kuda hilang, si keldai pula dikerah bekerja keras. Lalu, si keldai juga lari ke dalam hutan. Akan tetapi, si kuda tidak mahu menolongnya. Maka si keldai membalas dendam terhadap perbuatan si kuda.

Secara kesuluruhan, komitmen, minat dan bakat yang dipertontonkan oleh para pelajar The One Academy dan Kolej Optima adalah amat membanggakan dan wajar diucapkan syabas.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Sunday, April 9, 2006 13:05 JST
Post Comment | View Comments (23) | Permalink
Thursday, April 6, 2006
Kembali Aktif - dan Awet Muda
Bulan Mac 2006 berakhir dengan kerja yang agak banyak di Kolej SEGi Subang Jaya. Maklumlah, kemasukan pelajar baru (ambilan Mac 2006) serta kelas-kelas yang sedia ada (ambilan Januari 2006).

Kami juga sedang berusaha menjadikan kelab dan persatuan di kolej lebih aktif. Perkara ini berkali-kali (dan berulang kali) saya tegaskan kepada para pelajar. Malah, bagi jawatankuasa yang tidak menunjukkan komitmen, tindakan tegas telah diambil.

Saya juga hairan bagaimana beberapa pelajar yang pada mulanya begitu bersemangat untuk menubuhkan bermacam-macam kelab/persatuan kemudian hilang begitu sahaja tanpa sebarang berita.

Alasan yang diberikan adalah “sibuk”.

Suatu alasan yang tidak boleh diterima – dan tidak mahu saya komen lagi.

Di Kolej SEGi Subang Jaya, kami sedang dalam proses mendapatkan calon yang bekelayakan bagi memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (Student Council). Tugas dan tanggungjawab itu diserahkan oleh pihak pengurusan kepada saya dan Puan Shyamala, seorang lagi pensyarah yang prihatin terhadap pelajar.

Peperiksaan bertulis diadakan pada 29 Mac 2006. Temuduga pula diadakan pada 5 April 2006. Kini, kami dalam proses menyenarai pendek calon yang layak untuk bertanding. Selepas itu, masing-masing calon akan mengadakan kempen bagi menarik undi daripada para pelajar.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga ditubuhkan bagi menjamin pilihan raya berjalan lancar. Pastinya pengalaman saya terlibat dalam SPR semasa Pilihan Raya Umum 2004 dijadikan panduan bagi menjayakan pilihan raya di Kolej SEGi.

Kami membayangkan suatu suasana yang benar-benar ceria!

Kumpulan pelajar ambilan Mac 2006 juga menunjukkan minat yang membanggakan di dalam dan di luar kelas. Saya sering menggalakkan mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan. Mereka memerlukan motivasi.

Namun, memandangkan musim peperiksaan sudah terlalu hampir, rata-rata pelajar sibuk. Aktiviti juga akan berkurangan. Bulan Mei 2006 dijangka menandakan semangat baru di kalangan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti.

Tahniah juga kepada pasukan futsal Kolej SEGi Subang Jaya kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam sebuah pertandingan antara kolej pada 26 Mac 2006. Walaupun saya kaki bangku, saya ikuti juga perkembangan mereka dengan penuh minat dan prihatin.

Saya tumpang bangga dan tumpang gembira atas semangat para pelaar saya.

Mungkinkah itu satu lagi rahsia awet muda?

Posted by uthayasb at 15:41 JST
Updated: Sunday, April 9, 2006 11:54 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, March 18, 2006
Kepenatan Fizikal vs Keceriaan Mental
Tengah hari semalam (17 Mac 2006), apabila Ganesan melihat saya di kolej, dia bertanya adakah saya tidak sihat, sedang runsing memikirkan sesuatu atau marah pada mana-mana pelajar. Menurut anak saya, wajah saya kelihatan tegang dan seperti tidak gembira.

Sememangnya sejak beberapa hari lalu saya berasa amat penat; mengantuk malah. Kalau difikirkan, memang ada sebabnya mengapa saya terasa amat penat. Sejak hampir dua minggu lalu, saya tidak cukup tidur – atau tidak berpeluang untuk tidur lebih lama berbanding hari-hari biasa.

Awal pagi semalam, saya sudah terasa penat dan mengantuk! Namun, saya tetap ke kolej kerana banyak perkara yang perlu dibereskan. Ada pelajar yang mahu datang berjumpa dengan saya. Ada pelajar yang mengirim e-mel dan perlu dibalas. Ada urusan berkaitan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Kolej SEGi Subang Jaya (SEGi College Student Council Member Election).

Apabila sudah berada di kolej, rasa mengantuk segera hilang. Namun, ada sedikit rasa pening kepala; mungkin kerana tidak cukup tidur. Ubat yang ditelan bersama-sama air mineral gagal membantu.

Sebelum ke kuliah Pengajian Malaysia di Kolej The One Academy pada sebelah petang, saya sempat tidur sepuluh minit di dalam kereta. Terus saya segar semula; walaupun kepala masih pening sedikit.

Saya merancang untuk tidur awal semalam. Sekitar 10:00 malam – selepas membaca akhbar The Star – saya tidur. Saya bercadang bangun lewat pada pagi ini – iaitu hanya pada pukul 8:00 pagi.

Namun, pada sekitar 11:00 malam, Gina Voon menelefon saya; meminta saya mengganti tempatnya mengulas akhbar pada pagi ini (18 Mac 2006). Saya terus bersetuju kerana memahami bidang tugas Gina sebagai wartawan di RTM.

Maka, saya bangun pukul 6:00 pagi hari ini dan bersedia untuk ke RTM bagi segmen ulasan akhbar Selamat Pagi Malaysia. Akan tetapi, apabila sampai di RTM, barulah saya diberitahu bahawa segmen ulasan akhbar dibatalkan hari ini dan esok! Berkali-kali individu terbabit meminta maaf kerana tidak memaklumkan kepada pengulas akhbar lebih awal.

Saya tahu bahawa tidak ada gunanya saya marah. Lalu saya bertenang dan memandu ke Kolej The One Academy, Bandar Sunway. Sempat saya membaca akhbar Kosmo dan bersarapan sebelum pergi ke kuliah Bahasa Malaysia.

Pelajar Kolej The One Academy bakal menjayakan Baca Cerpen Kanak-kanak serta tayangan drama pada 8 April 2006. Kami sama-sama membincangkan urusan tempat, poster, kad undangan dan kiriman e-mel untuk tujuan promosi.

Kepenatan fizikal ternyata mampu diatasi melalui keceriaan mental. Pengalaman yang pelbagai seperti inilah juga yang menjadikan hidup saya lebih bermakna.

Posted by uthayasb at 15:11 WST
Updated: Sunday, April 9, 2006 12:04 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink

Newer | Latest | Older