Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« August 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Wednesday, August 30, 2006
Kefasihan Bahasa Malaysia

Tahap kefasihan BM rakyat masih rendah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Tahap kefasihan bahasa Malaysia rakyat Malaysia masih rendah ekoran tiada kesedaran dan keseriusan untuk menggunakan bahasa kebangsaan itu, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, agak sukar untuk mencapai tahap kefasihan yang membanggakan sekiranya sikap tidak endah terhadap kepentingan bahasa itu terlalu menebal.

Tambahnya, cabaran dalam keadaan dunia tanpa sempadan terutamanya menerusi media, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi satelit turut menyumbang kepada kegagalan rakyat Malaysia dalam penguasaan bahasa Malaysia.

“Justeru kementerian memulakan pendekatan baru yang lebih fokus bagi menangani kegagalan penguasaan bahasa kebangsaan ini, sekaligus melahirkan masyarakat bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti dan mempunyai kefasihan tinggi dalam bahasa tersebut,’’ katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Selain itu, katanya, kementerian akan membentangkan satu memorandum kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi bagi meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Semalam, satu siri mesyuarat dijalankan oleh Jawatankuasa Induk Memperkasakan Bahasa Kebangsaan bagi membincangkan cadangan tersebut.

“Pindaan itu membolehkan DBP mempunyai kuasa untuk memperbetulkan kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, sambutan BBSN 2006 yang dilancarkan hari ini merupakan program tahunan DBP dan kesinambungan daripada pelbagai kempen untuk mengembang, memperkasa dan memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan.

Tiga buah kementerian turut terlibat dalam sambutan kali ini iaitu Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Penerangan.

Moto BBSN 2006 ialah Bahasa Malaysia Asas Tamadun Bangsa dan temanya ialah Bahasa Malaysia Citra Bangsa Malaysia.

(Sumber: Utusan Malaysia, 30 Ogos 2006)


Posted by uthayasb at 16:29 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries