Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« March 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Saturday, March 18, 2006
Kepenatan Fizikal vs Keceriaan Mental
Tengah hari semalam (17 Mac 2006), apabila Ganesan melihat saya di kolej, dia bertanya adakah saya tidak sihat, sedang runsing memikirkan sesuatu atau marah pada mana-mana pelajar. Menurut anak saya, wajah saya kelihatan tegang dan seperti tidak gembira.

Sememangnya sejak beberapa hari lalu saya berasa amat penat; mengantuk malah. Kalau difikirkan, memang ada sebabnya mengapa saya terasa amat penat. Sejak hampir dua minggu lalu, saya tidak cukup tidur – atau tidak berpeluang untuk tidur lebih lama berbanding hari-hari biasa.

Awal pagi semalam, saya sudah terasa penat dan mengantuk! Namun, saya tetap ke kolej kerana banyak perkara yang perlu dibereskan. Ada pelajar yang mahu datang berjumpa dengan saya. Ada pelajar yang mengirim e-mel dan perlu dibalas. Ada urusan berkaitan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Kolej SEGi Subang Jaya (SEGi College Student Council Member Election).

Apabila sudah berada di kolej, rasa mengantuk segera hilang. Namun, ada sedikit rasa pening kepala; mungkin kerana tidak cukup tidur. Ubat yang ditelan bersama-sama air mineral gagal membantu.

Sebelum ke kuliah Pengajian Malaysia di Kolej The One Academy pada sebelah petang, saya sempat tidur sepuluh minit di dalam kereta. Terus saya segar semula; walaupun kepala masih pening sedikit.

Saya merancang untuk tidur awal semalam. Sekitar 10:00 malam – selepas membaca akhbar The Star – saya tidur. Saya bercadang bangun lewat pada pagi ini – iaitu hanya pada pukul 8:00 pagi.

Namun, pada sekitar 11:00 malam, Gina Voon menelefon saya; meminta saya mengganti tempatnya mengulas akhbar pada pagi ini (18 Mac 2006). Saya terus bersetuju kerana memahami bidang tugas Gina sebagai wartawan di RTM.

Maka, saya bangun pukul 6:00 pagi hari ini dan bersedia untuk ke RTM bagi segmen ulasan akhbar Selamat Pagi Malaysia. Akan tetapi, apabila sampai di RTM, barulah saya diberitahu bahawa segmen ulasan akhbar dibatalkan hari ini dan esok! Berkali-kali individu terbabit meminta maaf kerana tidak memaklumkan kepada pengulas akhbar lebih awal.

Saya tahu bahawa tidak ada gunanya saya marah. Lalu saya bertenang dan memandu ke Kolej The One Academy, Bandar Sunway. Sempat saya membaca akhbar Kosmo dan bersarapan sebelum pergi ke kuliah Bahasa Malaysia.

Pelajar Kolej The One Academy bakal menjayakan Baca Cerpen Kanak-kanak serta tayangan drama pada 8 April 2006. Kami sama-sama membincangkan urusan tempat, poster, kad undangan dan kiriman e-mel untuk tujuan promosi.

Kepenatan fizikal ternyata mampu diatasi melalui keceriaan mental. Pengalaman yang pelbagai seperti inilah juga yang menjadikan hidup saya lebih bermakna.

Posted by uthayasb at 15:11 WST
Updated: Sunday, April 9, 2006 12:04 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink

Tuesday, April 4, 2006 - 08:15 JST

Name: CW
Home Page: http://flexnib.blogspot.com

Saya gembira melihat Saudara Uthaya Sankar ada menulis blog! Saya pernah membaca penulisan Saudara di laman web http://www.geocities.com/uthayasb2001/ , dan baru-baru ini ketika melawat Kuala Lumpur, telah melihat siaran Ulasan Akhbar di RTM 1, ulasan Saudara. (Saya tinggal di Perth, Australia Barat.)

Saya harap Saudara akan terus berkongsi pengalaman dan penulisan anda di blog ini!

Salam sejahtera!

P.S. Saya harap Saudara sekarang sudah banyak berehat dan cukup tidur!

View Latest Entries