Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« April 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Saturday, April 8, 2006
Baca Cerpen, Tarian Sumazau dan Tayangan Drama
Sekumpulan pelajar Kolej The One Academy, Bandar Sunway yang mengambil subjek Bahasa Malaysia telah menjayakan acara Baca Cerpen Kanak-kanak di auditorium kolej berkenaan pada 8 April 2006 (Sabtu).

Lima buah cerpen kanak-kanak yang termuat dalam kumpulan Munis Dengan Harimau (Fajar bakti: 1996) dijadikan teks bacaan di mana cerita-cerita rakyat kaum India terbabit penuh dengan unsur moral dan pengajaran.

Selepas para pelajar Kolej The One Academy selesai membaca teks cerpen secara bergilir-gilir, majlis diserikan pula dengan tarian Sumazau oleh sekumpulan pelajar dari Kolej Optima, Subang Jaya.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah daripada suku kaum Kadazandusun dan ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut; pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu dan tangan pula dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Setelah dihiburkan dengan tarian Sumazau, para hadirin berpeluang pula menonton rakaman drama yang dihasilkan oleh pelajar Kolej The One Academy berdasarkan cerpen-cerpen yang dijadikan teks Baca Cerpen Kanak-kanak.

Ternyata rata-rata pelajar mampu mengolah teks cerpen menjadi drama yang cukup berkesan dan menarik untuk ditonton di mana pelbagai unsur seperti komedi, suspen dan moral diselitkan dalam drama yang mereka hasilkan.

Kisah Gadis Kecil” menceritakan tentang Malliga yang yatim piatu dan didera oleh Mak Cik Saras. Lantaran budi baik dan sifat-sifat murni yang dimiliki, Malliga dibantu oleh Chittu, seekor burung pipit sehingga akhirnya gadis itu menjadi anak angkat raja dan permaisuri di negeri Kerala.

Munis dengan Harimau” pula mengisahkan seorang pemuda yang mahu dibaham oleh seekor harimau yang diselamatkannya. Namun, di tangan pelajar Kolej The One Academy, cerita itu diolah secara bebas sambil berpegang pada moral yang terkandung di dalamnya.

Dalam cerita “Pengalaman Rani”, gadis itu tinggal bersama abang dan kakak ipar yang membencinya. Pada suatu hari, Rani mendapat pengalaman yang luar biasa apabila dia makan nasi beriani dengan lahap di dalam kuil Dewi Kaali. Selepas itu, abang dan kakak iparnya cuba membunuhnya. Namun begitu, Rani yang baik hati dan pintar itu berjaya menyelamatkan diri.

Melalui cerita “Raja yang Kejam” pula dikemukakan watak Maharaja Athiputra yang memerintah secara zalim. Pada suatu hari, dia berjaya mendapat tahu tarikh dan punca kematiannya. Lalu, dia berusaha keras untuk menyelamatkan diri daripada maut. Akan berjayakah Maharaja Athiputra melawan takdir Tuhan?

Si Keldai dan Si Kuda” memaparkan kisah tentang seekor kuda yang penat kerana terpaksa bekerja keras. Lalu, rakannya, si keldai mencadangkan agar si kuda melarikan diri ke dalam hutan. Di sana, si kuda berjaya pula menghalau sang harimau dengan menyamar sebagai Kudrai. Sementara itu, setelah si kuda hilang, si keldai pula dikerah bekerja keras. Lalu, si keldai juga lari ke dalam hutan. Akan tetapi, si kuda tidak mahu menolongnya. Maka si keldai membalas dendam terhadap perbuatan si kuda.

Secara kesuluruhan, komitmen, minat dan bakat yang dipertontonkan oleh para pelajar The One Academy dan Kolej Optima adalah amat membanggakan dan wajar diucapkan syabas.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Sunday, April 9, 2006 13:05 JST
Post Comment | View Comments (23) | Permalink

Saturday, April 15, 2006 - 14:20 JST

Name: YongTeckSeng

Lepas berlakon dalam dama, barulah saya mengetahui bahawa berlakon bukanlah satu perkara yang senang manakala perlu ada keberanian dalam setiap masa berlakon. Saya mengalami banyak masalah bila berlakon. Kumpulan saya tidak ada pengalaman langsung dalam merakam, memimpin, memberi pimpinan, bersolek dan lain-lain. Kami selalu mengalami perubahan cuaca semasa berlakon di luar kawasan. Kami kena bergegas untuk menghabiskan penggambaran di kawasan itu akhirnya tidak dapat menghasilkan satu drama yang sempurna. Masa merupakan halangan utama bagi kami. Ini disebabkan masa tidak mencukupi, kumpulan kami bukan dalam satu kelas yang sama susahlah untuk kami bertemu. Modal kami tidak mencukupi untuk membeli peralatan yang bagus dan banyak. Oleh itu, kami hanya membeli kain untuk menggantikan pakaian setiap watak.

Sunday, April 16, 2006 - 10:09 JST

Name: Aw Yong Gin Yee

Mula-mulanya kami ingin merakamkan drama ini dengan menggunakan lukisan-lukisan kerana kami ingat dengan melukis kami boleh membina watak-watak dan suasana dari cerita itu dengan lebih senang. Tetapi dalam satu perbincangan semua ahli kumpulan telah bersetuju merakam drama itu dengan cara yang terbiasa iaitu dengan menggunakan kemara video dan pelakon-pelakon kerana merakam tayangan yang benar akan mengguna lebih kurang masa berbanding melukis seluruh drama macam membuat satu kartun.

Sunday, April 16, 2006 - 22:22 JST

Name: Jeffrey Chai Yau Feng

Keseluruhan proses drama kami amat gemdira.Walaupun drama kami telah mengambil masa yang panjang untuk perakam,meminjam pakaian drama daripada kawan-kawan kami,memaksa kawan-kawan kami berlakon dan meminjam kamera daripada kawan.Proses ini telah membina semangat kerjasama kami.

Wednesday, April 19, 2006 - 22:12 JST

Name: Nurul Nadzirah Binti Alias

Tajuk drama saya adalah Si Keldai dan Si Kuda. Saya rasa cerita ini adalah bosan. Watak yang di dalam drama adalah kuda, keldai harimau, lelaki tua, arnab dan rusa. Cerita drama ini bosan dan kumpulan saya tukar cerita lebih baik. dalam daram ini saya berlakon seekor arnab dan rusa. Saya pengalaman tidak cukup masa untuk lakonan drama. Saya juga penglaman sedikit masalah untuk berjumpa dengan kumpulan saya. Ini kerana saya tidak sama kelas dengan lain. Pakaian untuk tidak sesuai.

Thursday, April 20, 2006 - 19:12 JST

Name: Yeo keh wee

Dalam cerpen "Munis dengan Harimau", kita sekumpulan mengubahsuainya menjadi sebuah drama. Dalam drama ini saya sebagai "Harimau". Sebelum kita bermulamerakam drama tersebut, kami memilih baju-baju yang sesuai. Kami meminjam kereta daripada kawan-kawan. Kami juga meminta kawan-kawan sebagai pelakon tambahan dalam drama kami. Biasanya, kita hanya merakam drama kami pada masa malam sahaja. Dalam drama ini, kami mengambil selama seminggu untuk siaphabis. Kita juga mengambil dua sampai tiga hari untuk mengedit filem tersebut. Juru kamera juga cuba mengambil dua kamera merakam dalam beberapa sudut yang lebih sesuai dan menarik.....

Thursday, April 20, 2006 - 20:36 JST

Name: Ivan

Cara kami menjalani lakunan drama ialah,mengadakan mesyarat,mencari lokasi melakon dan melatih dahulu sebelum menjalankan lakonan drama.kami mengambil empat hari untuk menjalankan drama kami.Dalam proses melakon, kami telah menghadapi beberapa masalah tetapi kami bersemangat dan bersatu jiwa untuk menyelesaikan masalah.

Thursday, April 20, 2006 - 23:22 JST

Name: Chew Lee Teng

Dalam proses rakaman drama kami, saya dapat bahawa kisahnya rakaman sesuatu wayang bukanlah begitu mudah semacam kami ingat. Untuk membina sesuatu wayang menarik dan baik, ia memerlukan pengetahuan yang berbagai-nagaian. Kerjasama antara pelakon-pelakon dan juru kamera amat penting. Saya dapat banyak pengalaman baru dan gembira dalam proses rakaman kami, contohnya seperti kami terpaksa memikir cara kreatif untuk membuat topeng-topeng binatang dan topi kelapa si keldai dan si kuda. Dan proses inin mengenakan masa selama satu hari untuk siapkan semua alatan itu. Selepas itu, kami hendak mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk mengantikan suasana yang wujud dalam cerpen tersebut seperti hutan, sungai, kampong dan sebagainya. Saya juga dapat bahawa teknik mengunakan kamera video dan cara untuk merakamkan video sebenarnya amat susah.

Friday, April 21, 2006 - 02:04 JST

Name: Lam Wai Ping

Setelah membuat drama dari cerita "Si Keldai dan Si Kuda", saya telah mempelajari dan mengalami banyak hal yang menarik dan sudah mengetahui lebih tentang rakaman filem, editing, dan semua yang berkaitan dengan drama. Dalam process membuat drama ini,kami harus bikin topeng keldai,kuda dan watak lain di dalam cerita. Kami juga harus mencari lokasi yang sesuai, lokasi yang telah melambatkan process rakaman kami adalah lokasi hutan karena hujan dan banyak nyamuk. Saya telah menyadari bahawa berlakon sebagai binatang bukanlah hal yang mudah, tetapi kami semua telah berjuang bersama dan manjadikan ini sebagai satu pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan.

Friday, April 21, 2006 - 11:34 JST

Name: Anna

Memang menarik apabila menonton acara Baca Cerpen Kanak-kanak kerana ada unsur kelakar yang membuatkan orang ramai tidak berhenti ketawa; contohnya cerita "Pengalaman Rani".

Bagi pendapat saya, mereka membaca cerpen memang baik cuma ada sesetengah perkataan tidak difahami sebab semua yang membaca cerpen itu merupakan pelajar kaum Cina.

Bab tarian pula memang soronok tapi biasalah latihan pun sangat singkat. Jadi kadang-kadang kaki tidak serentak, apa yang saya kagum ialah Amri dan Jimmy kerana dalam masa yang singkat itu mereka dapat mengikuti tarian itu dengan baik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan; tidak lupa juga kepada Ayu kerana walaupun dia bukan sama kolej dengan kami, dia sanggup meluangkan masa untuk menolong saya mengatur kawan-kawan.

Dalam drama pula memang sangat kelakar tapi masalah mereka ialah tidak menggunakan perkataan betul. Apapun semua itu akan mengajar kami di Kolej Optima tentang masalah yang akan timbul apabila menjayakan acara "Baca Novel Tombiruo" pada 13 Mei 2006.

Syabas kepada Kolej The One Academy kerana berjaya menjayakan "Baca Cerpen Kanak-kanak"!

Friday, April 21, 2006 - 11:36 JST

Name: Mell

Saya sedikit tidak berpuas hati dengan persembahan kami pada hari itu. Persembahan kami ada sedikit kaku, tidak teratur dan nampak sangat tidak bersedia. Mungkin saya dan rakan-rakan saya agak gementar. Tapi kerana kami ingin membuat yang terbaik untuk persembahan kami dan ingin menunjukkan kepada rakan-rakan kami bagaimana tarian kebudayaan sabah, kami selalu tidur lewat dan selalu datang lambat ke kolej. Saya harap rakan-rakan dari Kolej The One Academy terhibur menyaksikan persembahan tarian Sumazau yang ditarikan oleh pelajar Kolej Optima.

Persembahan membaca cerpen dan drama pada hari itu tidak kurang hebatnya. Tapi ada sesetengah yang melucukan, membosankan dan ada juga yang tidak lojik. Walau bagaimanapun, pelajar Kolej TOA telah berusaha dengan gigih dah telah berjaya melakonkannya dengan baik.

Friday, April 21, 2006 - 11:37 JST

Name: Wan

Saya berasa bangga, kerana inilah pertama kali dalam hidup saya, saya dapat melakukan tarian sumazau bersama-sama rakan sekelas saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Kolej The One Academy yang telah mengundang kami dari Kolej Optima untuk membuat persembahan itu.

Dari sudut pandangan saya, selama acara "Baca Cerpen Kanak-kanak" berlangsung, memang jelas banyak kekurangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar The One Academy dalam membaca cerpen dan lakonan drama. Apa yang saya dapati adalah kurang jelas suara dan sebutan perkataan dari segi membaca cerpen; hanya sebagian yang lancar.

Dari segi drama, memang tidak saya nafikan mereka kreatif dalam membuat cerita. Akan tetapi, kekurangan yang ada pada drama mereka ialah dari segi kelengkapan pakaian, tempat atau keadaan dan cara melakonkan watak tersebut.

Walau bagaiamanapun, syabas saya ucapkan kepada pelajar The One Academy kerana berani melakukan dan melakonkan
cerita dalam Bahasa Malaysia.

Untuk memperbaiki kekurangan mereka baik dari segi bacaan cerpen mahupun drama, pada pandangan saya, mikrofon perlu ada di depan pelajar yang membacakan cerpen. Pergerakan dan aksi perlu juga diadakan; malah diiringi lagu jika perlu.

Bagi drama, pakaian dan lokasi yang dipilih perlulah sesuai supaya hasilnya nanti membanggakan.

Friday, April 21, 2006 - 11:44 JST

Name: Mariam Yusof

Setelah menyaksikan persembahan para pelajar Kolej The One
Academy, saya berpendapat mereka belum memahami sepenuhnya tentang Bahasa Malaysia. Ini kerana persembahan mereka nyata kurang memuaskan; terutama sekali dalam drama.

Penggunaan bahasa dan ayat yang tidak betul mencacatkan jalan cerita tersebut. Namun, semua itu tidak menjadi isu besar; sebaliknya menjadi bahan ketawa apabila mereka menggunakan ayat yang salah.

Kami telah dijemput khas dari Kolej Optima untuk mempersembahkan tarian Sumazau. Tarian Sumazau adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun dari negeri Sabah.

Walaupun saya bukan keturunan Kadazandusun namun saya berbangga kerana dapat mempelajari dan menjayakan tarian tersebut. Malah, ini kali pertama saya memakai pakaian tradisional suku kaum Kadazandusun.

Saya juga terharu dengan bantuan rakan-rakan yang tidak jemu-jemu mengajar dan juga mendapatkan pakaian tradisional. Teman-teman sanggup menghubungi keluarga mereka untuk meminta mengirimkan pakaian tradisonal yang jauh dari negeri Sabah.

Namun, saya tetap tidak berpuas hati dengan persembahan tarian tersebut kerana saya percaya kami boleh melakukan persembahan yang lebih baik jika berpeluang pada masa hadapan.

Friday, April 21, 2006 - 12:01 JST

Name: Nur Haniza Zakaria

Saya selaku pelajar dari Kolej Optima ingin memberi komen semasa berada di Kolej The One Academy pada 8 April 2006 sempena acara "Baca Cerpen Kanak-kanak".

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh salah seorang pelajar Kolej The One Academy bahawa berlakon bukannya senang seperti apa yang biasa difikirkan oleh orang.

Apabila mereka menyampaikan cerpen kanak-kanak, mereka tidak begitu yakin apabila menyampaikannya. Bukan itu saja, mereka juga kurang menumpukan perhatian dan menghayati watak yang mereka bawa.

Tambahan pula, meraka tidak mempunyai pengalaman untuk berlakon menyebabkan lakonan mereka tidak begitu baik dan sempurna. Semasa mereka berlakon juga mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan menyebabkan drama mereka tidak begitu sempurna.

Untuk menyempurnakan drama, mereka tidak berjaya melakukan drama yang begitu baik dan memuaskan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar Kolej The One Academy kerana menjemput kami (Pelajar Kolej Optima) untuk menjayakan Baca Cerpen Kanak-kanak, juga memberi peluang kepada kami untuk menyaksikan drama yang mereka lakonkan.

Friday, April 21, 2006 - 12:02 JST

Name: Ani

Secara keseluruhan, acara Baca Cerpen Kanak-kanak yang berlangsung di Kolej The One Academy adalah bagus. Walau bagaimanapun, ada sesetengah peserta dalam acara tersebut tidak membaca dengan jelas dan intonasi yang kurang memuaskan.

Saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk membuat persembahan tarian Sumazau bersama-sama kawan-kawan dari Kolej Optima. Inilah kali pertama saya mengadakan persembahan tarian Sumazau di hadapan penonton yang bukan sekaum dengan saya yakni kaum Dusun. Saya berasa bangga kerana dapat mempamerkan tarian tradisi saya kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, saya tidak begitu puas hati dengan persembahan ini kerana masih terdapat kesilapan walaupun kami telah bertungkus-lumus mengadakan latihan sebelum persembahan tersebut.

Drama yang telah dipentaskan oleh pelajar The One Academy pada umumnya adalah bagus. Mereka kreatif dalam merealisasikan watak dalam teks cerita yang mereka pentaskan. Namun, terdapat drama yang tidak sesuai dengan teks cerpen seperti "Munis dengan Harimau".

Acara sebegini wajar dilaksanakan dalam usaha memupuk minat generasi muda masa kini dalam karya Bahasa Malaysia. Secara langsung mereka telah menggunakan Bahasa Malaysia dalam perbualan mereka. Ini akan membantu pelajar dalam memperbaiki penggunaan Bahasa Malaysia dengan betul dengan adanya komen daripada pelajar lain mahu pun pensyarah itu sendiri.

Kesimpulannya, acara seperti ini wajar diteruskan.

Friday, April 21, 2006 - 12:03 JST

Name: Masran Madjap

Dengan adanya acara Baca Cerpen Kanak-kanak anjuran Kolej The One Academy,ia dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar khasnya pelajar IPTS seperti pelajar Kolej The One Academy dan Kolej Optima.

Acara seperti ini dapat memberi kesan positif dari segi dapat mempertingkatkan minat membaca cerpen bahasa Malaysia dan kecintaan terhadap bahasa Malaysia yang selama ini kita pertahankan.

Saya cukup berbangga kerana generasi muda masa kini masih berminat membaca cerpan bahasa Malaysia dan dapat menguasai sebutan vokal dengan baik, terang dan jelas walaupun ramai di kalangan mereka yang mengambil bahagian dalam acara itu adalah kaum Cina.

Dari segi lakonan, mereka cuba memghasilkan sebuah drama yang terbaik pernah dihasilkan walaupun mereka tiada pengalaman.

Secara keseluruhan drama yang dihasilkan cukup menarik walaupun telah diolah mengikut kelolaan mereka namun tetap berunsurkan moral.

Dalam acara tarian Sumazau,saya cukup berpuas hati kerana dapat mempersembahkan kepada umum salah satu tarian tradisi suku kaum Sabah khususnya suku kaum Kadazan-Dusun.

Saya cukup tertarik dan mengamal satu peribahasa yang berbunyi "Tak kan hilang Melayu di Dunia"sebagaimana tidakkan hilang bahasa Malaysia di dunia.

Friday, April 21, 2006 - 23:41 JST

Name: Boey Hui Ying

Ini ialah pengalaman yang saya pertama berlakon drama dengan merakam. Mula-mulanya memang tidak suka skrip drama kerana semuanya tidak akan kenyataan dalam kehidupan sebenar. Selepas saya pun dengan ahli kumpulan saya susah payah untuk menghasilkan/merakam drama, mencari pakaian pelakon dan pelakon dengan masa yang sempit. Syabas! kami sempat menghantar drama kepada SB. Dalam perkara itu saya belajar bekerjasama ialah penting sekali. kalau ada lebih masa, saya yakin kumpulan yang bekerjasama macam kami mesti boleh menghasilkan drama yang baik sekalian.

Friday, April 21, 2006 - 23:50 JST

Name: Boey Hui Ying

Pada mulanya saya memang tidak suka skrip drama itu kerana semuanya tidak akan kenyataan dalam kehidupan sebenar. Saya dan ahli kumpulan susah payah mencari pelakon, pakaian dan kamera dalam masa yang sempit itu. Akhirnya, dengan semangat berkerjasama kami pun sempat menghantar drama itu kepada SB. Dalam pendapat saya, kalau ada masa lebih saya yakin kumpulan kami akan buat terbaik.

Saturday, April 22, 2006 - 01:35 JST

Name: Tan Meng Liang

Kesemua teks "Pengalaman Rani" amat susah untuk dijadikan drama,kerana semua itu jarang ternampak di kehidupan harian kita.Kami mengalami banyak kesusahan,bukan senang jika hendak memproses sebuah drama yang baik.Dalam Drama ini,saya mempelajari bagaimana melakon sebagai kakak ipar yang kejam (sepatutnya melucukan) dan guna Bahasa Malaysia untuk bertutur.

Saturday, April 22, 2006 - 01:52 JST

Name: Chong Fei Giap

Merakam drama merupakan satu pengalaman satu pengalaman yang amat istimewa kerana tidak pernah cuba sebelum ini. Saya berpeluang mempelajari berlakon dalam drama dan membaca skrip dengan semula jadi dan betul. Watak yang dilakon oleh saya sebanyak tiga orang iaitu sami, putera, dan Si kakak ipar. Oleh kesentukan masa, drama kita hanya ambil empat hari untuk menghabiskannya.Merakam drama ini memang suatu pengalaman yang seronok.

Saturday, April 22, 2006 - 02:19 JST

Name: Wong Yung Lik

Dalam rakaman drama, saya telah belajar bagaimana untuk mengambil sudut lampu. Saya berasa bahawa quality drama kami akan lebih baik jika mempunyai masa yang mencukupi. Sebagai kesimpulannya, saya terasa kagum dan gembira kerana dapat kenal lebih banyak kawan dan belajar bagaimana membuat drama yang lebih baik.

Saturday, April 22, 2006 - 12:26 JST

Name: Koh Kian Fai

Saya sangat gembira kerana nampak usaha saya dan rakan kumpulan kita. Agak ada sedikit tak bagus, tapi saya dan rakan saya telah memahami supaya tidak mudah untuk membuat drama ini. Saya ingin juga mengucapkan Terima Kasih kepada Uthaya Sankar kerana beliau yang mengajar kita bagaimana buat drama dan ajar kita macam mana berkomunikasi dengan orang-orang lain serta guna Bahasa Malaysia.

Saturday, April 22, 2006 - 13:12 JST

Name: ng kah soon

saya yang seorang juru kamera di dalam kumpulan saya,di dalam drama ini,saya yang sudah berlajar merakam dari sudut yang banyak dan lebih jelas, cantik,dan menarik

Monday, April 24, 2006 - 00:32 JST

Name: Tee Poh Keong

Saya berasa Malliga adalah perempuan yang baik hati dan kasih sayang. Dia ada satu ibu

saudara adalah mak cik Saras. Mak Cil Saras adalah Mak Cik yang tidak kasih sayang

dan mengambil berat kepada anak saudaranya

Walaupun Malliga ada Mak Cik Saras yang tidah kasuh Sayang Tapi dia pun tidak

bertindak balas.

Malliga berasa kasih sayang menolong burung yang bercedera dan merawat ia sampai

sem buh. Burung itu pun bertindak balas menolong Malliga menjadi anak angkat raja.

Dalam movie ini, penonkon tersebut tidak mengambil hati dalam movie ini. Tempat yang

dipilih pun tak sesuai.burung pun guna satu kertas sahaja.

Dalam cerita ini, saya belajar orang mesti nak kasih sayang dan tidak bertindak balas

busuk kepada orang.

View Latest Entries