Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« April 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Tuesday, April 11, 2006
Pertemuan dan Buku
Kali terakhir saya bertemu dengan abang saya, Sri Bala (dan saya memanggilnya “Anna” iaitu “abang”) adalah pada 25 Mac 2006, iaitu apabila Anna datang ke Kolej SEGi sewaktu Puan Shyamala, Arween, Cheryl Lim dan saya sedang membuat latihan bagi tarian “Bunyi Gitar” yang kami persembahkan pada keesokan hari. Kami tidak berpeluang untuk berbual lama.

Kami bertemu hari ini untuk berbual lama-lama. Pagi tadi saya bangun lewat (9:00 pagi berbanding 6:00 pagi pada hari biasa) kerana cuti Maulidur Rasul. Waktu pagi saya isi dengan membaca beberapa cerpen dalam Completely Unexpected Tales.

Kemudian, pada waktu tengah hari, saya dan anak sulung saya, Ganesan (dan saya memanggilnya “Ayya”) pergi bertemu Puan Shyamala dan anaknya, Arun. Selepas itu, kami disertai suaminya, Tharma Iswara. Kami sama-sama berbual pelbagai perkara.

Ini kali pertama Tharma berjumpa Ayya walaupun dia sudah beberapa kali bertemu Devishi (anak bongsu saya). Mungkin sahaja Tharma terkejut sedikit melihat Ayya lebih besar daripada saya dan berambut panjang pula. Arun pula masih agak malu-malu untuk berbual-bual dengan Ayya; mungkin kerana jurang umur sekitar sebelas tahun.

Sekitar 4:30 petang, Anna menelefon untuk memaklumkan bahawa dia berada di sekitar Subang Jaya. (Anna bekerja di Paka, Terengganu.) Maka kami bertemu dan membincangkan pelbagai hal serta berkongsi kisah terbaru dan kisah lama. Juga perkembangan rakan-rakan yang sama-sama kami kenali.

Anna juga berminat membaca. Jadi, kami ke kedai buku Popular di The Summit, Subang Jaya untuk melihat koleksi novel yang dijual dengan harga murah. Novel-novel John Grisham dalam bentuk 2-dalam-1 dijual pada harga RM19.90 – dan diberi diskaun 10% pula. Begitu juga beberapa novel karya beberapa penulis lain; termasuk Jeffrey Archer.

Kami mendapatkan dua buku (bermakna 4 novel dalam 2 buku) untuk Anna bawa pulang ke Paka dan dibaca. Kami diberi diskaun 20% kerana membeli dua buku. Saya berpesan kepada Anna bahawa buku-buku itu tidak perlu dipulangkan kepada saya selepas dibaca. Akan tetapi, Anna mengatakan bahawa buku-buku itu akan diserahkan semula kepada saya sebab kekurangan ruang menyimpan buku di tempat tinggalnya di Paka.

Bagi para peminat buku, mengapa tidak cuba ke kedai buku Popular bagi merebut peluang yang baik ini. MPH juga menawarkan diskaun 30% bagi 100 judul terpilih; serta 20% bagi semua buku lain.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries