Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« April 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Saturday, April 15, 2006
Kedai Buku dan DVD
Membaca sudah menjadi rutin harian bagi saya. Saya percaya hakikat ini memang sudah diketahui ramai. Saya juga berminat menonton filem Bahasa Inggeris, Bahasa Malayalam serta filem bahasa asing. Hal ini juga diketahui ramai.

Hari ini, tiga kedai buku dan dua kedai menjual DVD di The Summit menjadi sasaran. Beberapa jam diluangkan di sana kerana saya amat teliti (cerewet?) dalam memilih bahan bacaan/tontonan. Malah, salah berulang-alik antara kelima-lima kedai terbabit untuk memastikan saya mendapat apa yang saya inginkan.

Baru-baru ini, saya telah menonton filem The River King yang dibuat berasaskan novel Alice Hoffman dengan judul yang saya. Ceritanya amat menarik dan meninggalkan kesan pada jiwa. Maka, saya cuba juga mencari novel-novel lain yang dihasilkan oleh pengarang itu.

Sebuah lagi buku yang menarik adalah Sophie’s World oleh Jostein Gaarder. Cerita mendapatkan buku ini agak menarik. Puan Shyamala (seorang lagi ulat buku dan pensyarah di Kolej SEGi) juga mahu mendapatkan buku itu setelah saya menceritakan sedikit mengenai buku itu kepada beliau.

Kami menemui satu naskhah terakhir Sophie’s World di kedai buku Popular dengan diskaun 20%. Maka, Puan Shyamala terus membelinya walaupun saya mencadangkan agar beliau menyemak dahulu harga di MPH.

Di MPH, harganya lebih murah. Maka, kami pergi semula ke Popular dan menukar buku itu dengan Blink karya Malcolm Gladwell yang memang mahu saya beli. Diskaun 20% ditawarkan.

Selepas itu, kami ke MPH dan Puan Shyamala membeli Sophie’s World manakala saya membeli The Tipping Point oleh Malcolm Gladwell dengan diskaun 30%.

Bagi Life of Pi karya Yann Martel, buku itu tiada di Popular. Di MPH, tiada diskaun. Maka, saya cuba ke Pay Less untuk meninjau kalau-kalau ada buku itu di sana. Malangnya tiada.

Sebaliknya, saya berpeluang melihat beberapa novel Stephen King. Saya lebih tertarik pada cerpen “Rita Hayworth and Shawshank Redemption”. Dan apabila ke kedai menjual DVD selepas itu, kebetulan saya menemui DVD The Shawshank Redemption! Terus saya beli.

Di sebuah lagi kedai menjual DVD, saya terpaksa memulangkan filem Mission Kashmir (filem Hindi yang sudah dialih ke Bahasa Inggeris) kerana kualiti tidak baik. Oleh kerana tiada salinan lain filem itu, saya mencari-cari filem lain. Akhirnya, saya terjumpa filem Regarding Billy, sebuah filem 71 minit arahan Jeff London dan dilakonkan oleh tiga pelakon sahaja, serta difilemkan dalam masa sekitar dua minggu sahaja.

Maka, saya sudah ada stok bahan bacaan/tontonan baru untuk beberapa minggu lagi. (Tetapi tidak mustahil bahawa saya akan membeli buku baru sebelum habis membaca buku-buku baru ini!)

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Sunday, April 16, 2006 15:12 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries