Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« April 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Sunday, April 16, 2006
Pandangan Saudara Mengenai Saya ...
Saya tiba-tiba mendapat idea ini semasa sedang membaca buku The Tipping Point karya Malcolm Gladwell hari ini.

Apa pandangan individu yang saya kenali tentang diri saya? Pasti ada perkara yang mereka suka dan ada perkara yang mereka kurang suka mengenai saya. Mungkin banyak komen yang ingin diberikan tetapi dipendam sahaja kerana pelbagai faktor dan alasan.

Saya juga tidak tahu berapa ramai yang sebenarnya merupakan rakan saya; misalnya, pelajar saya di kolej juga rakan saya di luar kelas. Rakan-rakan saya juga adalah adik-beradik saya.

Mereka semua merupakan insan yang sebenarnya “mencorakkan” saya – menjadikan saya siapa diri saya sekarang.

Lalu, saya ingin mendapatkan pandangan/pendedahan ikhlas daripada seramai mungkin insan yang saya kenali – dan insan yang mengenali saya. Mungkin dikenali sewaktu di sekolah rendah, di sekolah menengah, di universiti, di pertemuan penulis, di bengkel, semasa aktiviti Kavyan, melalui e-mel, melalui rakan-rakan lain dan bermacam-macam lagi kemungkinan.

Ada dua bentuk pandangan yang ingin saya dapatkan:

Satu, nyatakan dua perkara yang saudara suka mengenai saya. Boleh ditulis dalam satu atau dua perenggan pendek. Atau tulis dalam bentuk point form.

Dua, nyatakan dua perkara yang saudara tidak suka mengenai saya. Sekali lagi, boleh ditulis dalam bentuk perenggan atau point form.

Saudara hanya perlu klik pada tulisan “post your comment” pada bahagian akhir catatan ini. Apa sahaja yang saudara tulis akan dipaparkan seadanya tanpa sebarang suntingan, pindaan, rombakan dan seumpamanya.

(Maaf, jika tidak cukup dua perkara yang disukai DAN dua perkara yang tidak disukai, catatan saudara tidak akan dipaparkan.)

Saya juga meminta jasa baik saudara supaya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul. Atau jika tiada pilihan lain, gunakan Bahasa Inggeris yang betul sepenuhnya.

Saya juga meminta jasa baik saudara supaya memaklumkan kepada rakan-rakan saudara (yang mengenali saya) mengenai perkara ini. Mungkin saya tidak berpeluang menghubungi mereka untuk meminta mereka datang ke laman web ini dan memberi komen mereka. Maka, jika saudara sudi, harap dapat menyampaikan maklumat ini kepada mereka.

Dalam masa terdekat, kita dapat sama-sama melihat berapa ramai rakan yang saya ada – rakan-rakan yang sudi berterus-terang mengenai dua perkara yang mereka suka tentang saya dan dua perkara yang mereka tidak suka tentang saya.

Posted by uthayasb at 18:55 JST
Post Comment | View Comments (2) | Permalink

Sunday, April 16, 2006 - 20:13 JST

Name: Ravindran
Home Page: http://yahoo

dua perkara yang saya suka pada saudara ialah: saudara berbaik mesra dengan kami dan pandai memberi ceramah. satu perkara yang saya tak suka ialah saudara hanya datang ke Rawang hanya sekali. Saya harap saudara datang lagi ke Rawang . Sekian Terima Kasih.

Monday, April 17, 2006 - 21:59 JST

Name: Cheryl Lim Hoong Yein

Dua perkara yang saya suka tentang sir ialah:
1) Kamu seorang yang bertanggungjawab.
2) Kamu peramah.

Perkara yang saya tidak suka tentang sir ialah:
1) Tidak tegas.
2) Suka membuat andaian.

Sebenarnya tidak ada perkara yang saya tidak suka tentang sir. Saya tidak pernah tengok bahagian sir yang saya tak suka.

View Latest Entries