Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« April 2006 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Wednesday, April 19, 2006
Kasut Futsal
Saya membeli sepasang kasut baru hari ini. Sebetulnya kasut kasual itu telah saya lihat beberapa minggu lalu sewaktu mencari kasut kulit untuk dipakai bagi acara formal.

Hari ini, bersama-sama Arween, saya ke kedai kasut yang sama untuk meninjau sama ada stok kasut kasual itu masih ada.

Sambil itu, saya secara diam-diam teringat kisah-kisah lama. Membesar dalam keluarga kurang berada, memiliki kasut yang mahal bukan suatu yang mudah. Ada pelbagai perkara lain yang perlu diberi keutamaan berbanding memiliki kasut yang mahal. Begitu juga dalam memiliki/membeli buka.

(Dan jika ada keperluan untuk membuat pilihan, saya lebih memilih untuk membeli buku berbanding membeli kasut, baju atau pakaian lain.)

Pernah sekali, selepas saya mendapat keputusan STPM (yang sebenarnya tidaklah begitu membanggakan), abang saya, Siva Sankar dan isterinya, Lalitha, mahu membelikan saya sepasang kasut sebagai hadiah.

Saya serba-salah sebenarnya. Saya tidak mahu mereka membazir wang membelikan kasut untuk saya. Namun, atas desakan mereka berdua, saya turut serta dalam “pencarian kasut” di bandar Klang.

Kami pergi ke beberapa kedai. Selain melihat rekabentuk dan kualiti kasut, saya juga melihat tanda harga. Akhirnya, mereka membelikan saya sepasang kasut berharga RM75. Harga yang mahal bagi sepasang kasut, pada pandangan saya. Tidak hairanlah bahawa buat beberapa ketika, saya rasa bersalah kerana mereka berdua terpaksa membelanjakan RM75 untuk sepasang kasut.

Hal ini mungkin sahaja berbalik pada hakikat bahawa saya lebih memilih bahan bacaan daripada pakaian; juga realiti bahawa saya tidak mahu membebankan orang lain dengan apa cara sekalipun.

Kini, saya tidak kisah membeli kasut berharga RM75 (misalnya) kerana saya menggunakan wang sendiri. Kalau saya suka akan kasut (atau pakaian) yang dilihat, maka saya akan beli. (Tidak perlulah ditanya mengenai bahan bacaan – pasti saya beli!)

Berbalik pada sepasang kasut yang saya beli bersama-sama Arween hari ini, harga yang dipaparkan adalah RM49.90; dan diberi pula diskaun 50%. Pucuk diundang, ulam mendatang!

Kasut yang dibeli itu juga cukup cantik dan berbeza daripada jenis kasut yang biasa saya pakai. Rupa-rupanya, ia kasut futsal. Tidak mengapa. Apa yang penting adalah keselesaan. Menang beli, menang pakai.

Dan mana tahu, mungkin saya akan bermain futsal bersama-sama pelajar saya suatu hari nanti.

Posted by uthayasb at 00:01 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries