Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2006 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Wednesday, September 27, 2006
Roti Canai dan Teh Tarik
Dua calon angkasawan, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia pada sebelah malam 26 September 2006 untuk mencipta sejarah sebagai angkasawan pertama negara.

Kedua-duanya akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan 2 September tahun depan.

Akhbar Utusan Malaysia (27 September 2006) melaporkan bahawa penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Dalam pada itu, sudah sah bahawa tidak ada roti canai dan teh tarik di angkasa lepas dan dua calon angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia tanpa membawa kedua-dua makanan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha, ketika mengesahkan perkara itu berkata, rancangan untuk membawa makanan tersebut ke angkasa lepas terpaksa dilupakan.

Ini kerana, katanya, makanan yang akan dibawa ke angkasa lepas hanya ditentukan oleh pakar dan dikawal ketat. Semua bahan makanan ditentukan pakar pemakanan dan pembungkusannya pula amat spesifik dan berasaskan teknologi ekoran perbezaan keadaan di angkasa dan bumi.

Ucapan selamat kepada calon angkasawan Malaysia!


Posted by uthayasb at 15:24 JST
Updated: Thursday, October 12, 2006 16:53 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries