Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2006 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Wednesday, September 27, 2006
Roti Canai dan Teh Tarik
Dua calon angkasawan, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia pada sebelah malam 26 September 2006 untuk mencipta sejarah sebagai angkasawan pertama negara.

Kedua-duanya akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan 2 September tahun depan.

Akhbar Utusan Malaysia (27 September 2006) melaporkan bahawa penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Dalam pada itu, sudah sah bahawa tidak ada roti canai dan teh tarik di angkasa lepas dan dua calon angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia tanpa membawa kedua-dua makanan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha, ketika mengesahkan perkara itu berkata, rancangan untuk membawa makanan tersebut ke angkasa lepas terpaksa dilupakan.

Ini kerana, katanya, makanan yang akan dibawa ke angkasa lepas hanya ditentukan oleh pakar dan dikawal ketat. Semua bahan makanan ditentukan pakar pemakanan dan pembungkusannya pula amat spesifik dan berasaskan teknologi ekoran perbezaan keadaan di angkasa dan bumi.

Ucapan selamat kepada calon angkasawan Malaysia!


Posted by uthayasb at 15:24 JST
Updated: Thursday, October 12, 2006 16:53 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, September 26, 2006
Apa Kata Survey?

Duhai Diari,

 

 

Saya telah mengirim e-mel kepada pegawai di Jabatan Sumber Manusia (HR) tempat saya bekerja untuk mendapatkan pengesahan berapa lama tempoh notis yang perlu saya beri jika mahu berhenti kerja.

 

 

Pegawai berkenaan mengatakan bahawa notis sebulan sudah memadai. Apa pun, memandangkan saya satu-satunya pensyarah subjek MPW/LAN di kolej tempat saya bekerja, saya perlu juga memikirkan nasib para pelajar saya jika saya berhenti dengan notis sebulan.

 

 

Sebenarnya, sejak beberapa bulan lalu, saya sudah menyarankan kepada pihak HR supaya mendapatkan sekurang-kurangnya seorang lagi pensyarah subjek MPW; apatah lagi kerana jadual kuliah saya sudah amat padat. Namun, sehingga kini, belum muncul pensyarah yang dipinta.

 

 

Terbaru, pihak HR meminta saya tolong tengok-tengokkan kalau ada calon yang sesuai. Sebelum ini pun saya telah mengemukakan resume beberapa calon tetapi nampaknya semua “tidak sesuai”.

 

 

Kuliah saya sudah bermula awal September 2006. Beberapa lagi akan bermula Oktober 2006. Kebanyakan kuliah tamat pada akhir November 2006. Satu kuliah hanya berakhir pada akhir Disember 2006 manakala satu lagi berlanjutan sehingga akhir Januari 2007.

 

 

Tentu sekali saya tidak mahu para pelajar saya digantung tanpa tali selepas saya berhenti pada 30 November 2006; dan belum ada pensyarah baru. Saya tidak perlu risau mengenai kuliah yang tamat pada akhir November 2006 kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan pada bulen Disember – dan kertas peperiksaan disediakan oleh “pakar” dari pusat lain.

 

 

Saya telah cuba mendapatkan pandangan beberapa individu; termasuk pelajar berhubung hal ini. SMS yang saya kirim adalah:

 

“Pada pandangan anda, adakah wajar saya memberi notis satu bulan pada 30 Oktober 2006 dan berhenti kerja pada 30 November 2006; atau memberi notis dua bulan pada 30 September 2006 dan berhenti kerja pada 30 November 2006?”

 

Antara pandangan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

 

Sir, beri notis dua bulan. Pihak kolej mungkin cuba menimbulkan masalah dan tentu sir perlukan masa untuk berbahas dan menyelesaikan masalah itu.”

 

 

“Saya rasa notis sebulan pada 30 Oktober 2006 sudah memadai. Malah, kalau notis diberi pada 30 September 2006, pihak kolej mungkin meminta anda berhenti pada 30 Oktober 2006!”

 

 

“Walaupun saya mahu sir terus menjadi pensyarah di kolej tempat saya belajar, saya mencadangkan sir memberi notis sebulan 30 Oktober 2006 dan berhenti pada 30 November 2006. Tiada gunanya menghulurkan perkhidmatan kepada pihak kolej yang tidak tahu menghargai seorang pensyarah yang berkualiti. Saya tidak mengatakan ini bagi tujuan mengampu; sebaliknya pandangan ikhlas saya. Terima kasih kerana menjadi pensyarah yang amat baik dan penuh dedikasi.”

 

 

“Saya akan menyarankan supaya sir tidak pergi! Akan tetapi, kalau diminta membuat pilihan, saya rasa lebih baik sir beri notis dua bulan pada 30 September 2006.”

 

 

“Pada mulanya, saya amat terkejut apabila seorang rakan kolej memberitahu hal ini. Kenapa mahu berhenti? Apa pun, saya rasa, berilah notis satu bulan – dan anjurkan jamuan perpisahan untuk kami semua!”

 

 

“Kalau sir minta pandangan saya … notis dua bulan.”

 

 

“Saya rasa notis dua bulan adalah lebih sesuai.”

 

 

“Kamu kan hanya diperlukan memberi notis satu bulan? … Atau ada strategi lain dalam fikiran?”

 

 

“Saya rasa notis bua bulan adalah lebih baik. Akan beri masa kepada pihak pengurusan untuk mencari pengganti.”


Posted by uthayasb at 12:15 JST
Updated: Thursday, March 1, 2007 19:56 WST
Post Comment | Permalink
Monday, September 25, 2006
Ada Apa Dengan LAN?

Ramai yang mungkin beranggapan bahawa subjek MPW/LAN di kolej swasta tidak perlu diberi perhatian khusus. Pandangan seumpama ini nampaknya bukan hanya di kalangan pelajar IPTS yang “terpaksa” mengikuti subjek berkenaan; malah juga di kalangan pihak atasan di beberapa IPTS.

 

Saya masih ingat bagaimana seorang Ketua Eksekutif (CEO) sebuah IPTS memberitahu saya secara spontan bahawa “semua kolej swasta mengamalkan sikap tidak beretika dengan mengubah suai keputusan subjek MPW” dan “memang banyak kolej memberi transkrip subjek MPW kepada pelajar yang langsung tidak mengambil subjek MPW”.

 

Pastinya kenyataan yang “menghina” itu dinyatakan secara lisan. Kalau tidak, pasti buruk padahnya. Tentu sekali saya tidak akan teragak-agak melaporkan “tuduhan” itu kepada pihak Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang menguruskan semua subjek LAN/MPW.

 

Apa pun, saya telah memberitahu CEO berkenaan bahawa saya menjadi pensyarah bagi subjek MPW dan saya tidak menganggap subjek itu sebagai “subjek sampingan” yang “boleh dipandang ringan”.

 

Saya juga telah menegaskan bahawa saya tidak akan sekali-kali memberi kerjasama dalam apa-apa tindakan tidak beretika mana-mana kolej yang cuba mengubah suai keputusan, prosedur, skema pemarkahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak LAN dan Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Katakanlah, saya menutup sebelah mata pada tindakan tidak beretika pihak kolej di mana saya mengajar terhadap hal-hal berkaitan subjek MPW. Apabila kes itu diketahui pihak LAN, pasti permit mengajar saya akan ditarik.

 

Kesannya? Saya tidak boleh menjadi pensyarah di mana-mana kolej!

 

Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu bertindak bertentangan dengan prinsip yang menjadi amalan saya. Biarlah orang lain – termasuk mana-mana CEO kolej swasta – menganggap subjek MPW sebagai tidak penting dan boleh dimanipulasi. Bagi saya, saya tetap akan melakukan yang betul dan benar.

 

CEO berkenaan mengatakan “semua kolej swasta mengamalkan sikap tidak beretika dengan mengubah suai keputusan subjek MPW” dan “memang banyak kolej memberi transkrip subjek MPW kepada pelajar yang langsung tidak mengambil subjek MPW”. Tahukah CEO berkenaan apa implikasi kata-katanya itu?

 

Untuk makluman mana-mana pihak yang memandang enteng terhadap subjek MPW, ketahuilah bahawa masih banyak IPTS yang akur pada garis panduan LAN serta menjaga kualiti subjek MPW tanpa “memperdagangkan” transkrip.

 

Apa pun, seperti yang selalu dinyatakan oleh Khandan dan boleh dibaca dalam beberapa buku saya: “Saya lebih rela mati di hujung pedang daripada mati kena tendang.”


Posted by uthayasb at 20:42 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Sunday, September 24, 2006
X-Files: The Lecturer Turned Creative Writer

Dear Ms XXX,

 

Based upon the recent e-mail(s) from numerous personnel related to the passing mark for LAN/MPW subjects, I have a few things to clarify. I also safely fall back to the two official letters from LAN related to this matter: LAN 10 / 11 Jld. 108 (59) and LAN 10 / 11 Jld. 82 (33). [The letters can be read on the LAN website.]

 

I hereby make a formal request to the Examination Department upon a few matters related to LAN/MPW passing mark and grading.

 

 

Question 1:

How would all the students in XXX be informed about the two different passing marks (the LAN’s 50% and XXX’s 40% passing mark)? Would it be done in writing – letter, notice, poster etc – or verbally etc? Or would it be mentioned in the official transcript etc?

 

Question 2:

Who will be officially informing the students about the matter? At the moment, students are not officially made aware of the two different passing marks.

 

Question 3:

If and when students or their parents have questions about the MPW passing mark, whom do they refer to for official and written explanation?

 

 

Based upon the many e-mail(s) sent by personnel in XXX since August 2006, I have tried to explain to my students about the two passing marks (40% & 50%) for MPW subjects.

 

Being students who are very alert, well informed, having access to the LAN official website www.lan.gov.my and having friends from many other colleges, the students asked me a few questions which I have not been able to answer – since there are now two passing marks (LAN’s 50% and XXX’s 40% passing mark).

 

Below are some of the questions which I now officially ask you for explanation:

 

 

Question 4:

A student gets 25/60 for coursework and 15/40 for final exam. What would be written on that student’s transcript? Please illustrate clearly to avoid confusion.

 

Question 5:

Based upon Question 4, would a student be able to know – solely by looking at the transcript – that s/he did not fulfill the LAN’s requirement of 50% passing mark in case the student wants to transfer his/her credit to another college?

 

Question 6:

Based upon Question 4 and Question 5, what could the student do if s/he is interested to make sure s/he gets the minimum 50% as required by LAN?

 

Question 7:

Based upon Question 6, would XXX allow a student who has passed a LAN paper (40%) to retake the same paper?

 

Question 8:

Based upon Question 7, would the student be resitting or retaking the subject s/he has passed – if the college allows the student to sit for the paper again.

 

Question 9:

Based upon Question 7 and Question 8, how would the grading be done for the resit/retake? Please illustrate clearly.

 

Question 10:

Based upon Question 7 and Question 8, what would be the payment to retake/resit a paper which the student has officially passed (40%)?

 

Question 11:

Based upon Question 4, if the student transfers to another college but his/her LAN credit transfer is rejected – as per request of LAN in its official letter LAN 10 / 11 Jld. 108 (59) and LAN 10 / 11 Jld. 82 (33) – what can the student do?

 

Question 12:

Based upon Question 11, is the Examination Department of XXX fully aware of the consequences in relation to the college’s image and reputation among the students, ex-students, parents and the public in such a situation?

 

 

All the questions above from students (which I do not know the answers) have made me think and ponder upon the next question which involves me personally. This is especially because a few student whom I spoke to, said that if they were to be caught in a situation where their “pass” (40%) is not approved by other colleges for credit transfer, their parents would demand an explanation from me.

 

 

Question 13:

Is there any formal assurance from the Examination Department of XXX that I as the lecturer and coordinator for LAN/MPW will not at any time be held responsible for any confusion or issue which might arise from the 40% (XXX’s) & 50% (LAN’s) passing/grading?

 

 

I look forward to your kind explanation to clear the matters. Please treat this as very important and urgent.

 

Thank you.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

 

P/S: If you – or anyone in XXX – are not able to give a clear explanation, may I suggest that we try to contact the personnel at LAN and/or MOHE?


Posted by uthayasb at 17:15 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:18 WST
Post Comment | Permalink
Saturday, September 23, 2006
X-Files: LAN Subject Matters

Dear Ms XXX,

 

Thanks for explaining the matters related to DIBA/DIA students. I have read and understand the content of your e-mail.

 

Since the new LAN/MPW classes which also involve DIBA/DIA students are scheduled to start soon, below are a few matters of concern for your perusal. In my humble opinion, these are important to make sure that we follow the DIBA/DIA requirements religiously. Furthermore, I must admit that I have no knowledge of the DIBA/DIA requirements.

 

1)      The exact date of commencement; to make sure it follows the KLC schedule.

2)      Exam dates. Is it in December 2006?

3)      I expect KLC to furnish me with the Focus/Key Topics for all MPW before the date of commencement so that I can get prepared. My Focus/Key Topics might not follow that of KLC DIBA/DIA and I don’t want to take any chance by using my Focus/Key Topics for the DIBA/DIA students.

4)      I expect KLC to furnish me with the Weekly Outline for all MPW before the date commencement so that I can get prepared. Reason: as above.

5)      I expect KLC to furnish me with the Coursework questions and marking scheme for all MPW. Reason: as above – and with reference to the matters explained in your e-mail.

6)      I expect KLC to inform me about the main MPW lecturer in KLC whom I can refer to in case there is a need to do so; especially about the coursework and weekly outline. Reason: as above.

7)      I expect KLC to inform me about the Final Examination format for all MPW. Reason: as above. I might have been the moderator for some of KLC MPW examination papers, and I might have corrected the many mistakes (language, content, format etc according to LAN requirement) but that does not mean I fully understand the DIBA/DIA requirements for MPW papers.

 

Since I have zero knowledge of the DIBA/DIA requirements – and I do not - thankyouverymuch - want to upset anyone by making any silly mistakes because of my ignorance – I shall conduct the classes strictly based upon the Focus/Key Topics, Weekly Outline, Coursework Questions etc provided by KLC.

 

Nevertheless, I am optimistic that the MPW classes for DIBA/DIA in SJC can be conducted effectively once KLC furnishes me with the above.

 

Let’s work together for the sake of our valued customers – the DIBA/DIA students.

 

I look forward to your quick response.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

 

P/S: Would the non-DIBA/DIA students in SJC be forced to follow the MPW based upon KLC requirement or do they have a choice of joining another class?

Posted by uthayasb at 16:37 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:19 WST
Post Comment | Permalink
Friday, September 22, 2006
X-Files: Manipulation

Dear Ms XXX,

 

It has come to my attention recently that at least one student has been awarded MPW/LAN results even though the student did not fulfill the LAN requirement for the Coursework and Final Examination.

 

The student whom I am referring to is XXX.

 

The student was absent for the Final Examination on 12 September 2006 (Moral Education) and 13 September 2006 (Malaysian Studies).

 

Since the results awarded to the student was for the LAN/MPW subjects that I was lecturing during the time of the incident and because s/he was my student, I need assurance in writing from the Examination Department to confirm that I have nothing to do with the manipulation of the results awarded.

 

Kindly print this e-mail and attach in the student’s personal file for future reference. Please also print a copy of your assurance letter to me and attach in the student’s personal file.

 

Treat this matter as urgent and important.

 

I thank you for your kind attention.

 

 

Sincerely,

 

Uthaya Sankar SB

Posted by uthayasb at 16:13 JST
Updated: Friday, March 2, 2007 08:21 WST
Post Comment | Permalink
Thursday, September 21, 2006
Bulan Disember, Bulan Menulis

“Sudah lama Acha tidak menulis cerpen. Sudah lama saya tidak membaca karya Acha.”

 

Kata-kata Ganesan ada benarnya. Memang sudah agak lama saya tidak menulis cerpen mahu pun rencana. Kalau tidak silap, beberapa karya saya tersiar dalam beberapa majalah sekitar Januari-Mac 2006.

 

Selepas itu memang ada beberapa laporan aktiviti; namun bukan karya kreatif. Aktiviti bahasa dan sastera anjuran Kavyan masih terus giat dijalankan. Saya masih amat aktif membaca beberapa buku kreatif dan non-kreatif sekali gus.

 

Apa pun, memang benar bahawa saya sudah lama tidak menghasilkan karya kreatif. Saya tidak akan memberi alasan “sibuk” atau “tiada masa”.

 

Sebenarnya, Ganesan mengeluarkan kenyataan itu sewaktu kami berbincang soal SMS dan e-mel yang saya kirim kepada sekumpulan pelajar baru-baru ini. Pelajar saya terdiri daripada pelbagai kaum dan warganegara. Maka, saya menggunakan Bahasa Inggeris.

 

SMS yang saya kirim sekitar pukul 11:00 malam pada 19 September 2006 adalah seperti berikut:

 

“Just to let you know that I plan to resign on 30/11/2006. Rest and relax in December 2006. January 2007, start in another college or RTM. God loves me, really. UthSB"

 

Manakala e-mel yang saya kirim pada pagi 20 September 2006 adalah seperti berikut:

 

Dear Students,

 

Just to let you know that I plan to resign on 30 November 2006.

 

December 2006 plans: Rest, relax, spend time with family, read books, write … (Wah! So much to do, so little time.)

 

January 2007: start work in either RTM or one of the three colleges where I have been offered.

 

You don’t have to worry. You will only go through this process when I am gone:

1)      miss me

2)      appreciate me

3)      forget me

4)      deny ever knowing me

(Number 4 above is optional, though.)

 

Please do keep in touch. My e-mail and Friendster ID is uthayasb@kavyan.cjb.net

 

Sewaktu kami berbincang mengenai SMS dan e-mel itulah maka anak saya membuat kenyataan bahawa dia sudah lama tidak membaca karya saya.

 

 

Maka, mungkin bulan Disember 2006 boleh saya jadikan “Bulan Menulis”; selain beberapa aktiviti lain.

Posted by uthayasb at 15:57 JST
Updated: Monday, September 25, 2006 08:46 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, September 20, 2006
Kalau Tidak Mengayuh Beca ...

Kalau tidak mengayuh beca,

Mana tidak berasa jemu;

Kalau tidak rajin membaca,

Mana boleh menambah ilmu.

 

(Pantun semasa segmen Ulasan Akhbar, Selamat Pagi Malaysia, 20 September 2006)

 

Selain daripada berita rampasan kuasa di Thailand, satu lagi berita menarik yang saya ulas pagi ini adalah berita bertajuk “550 IPTS Digred Tahun Depan” (Berita Harian, 20 September 2006):

 

SEPANG: Kementerian Pengajian Tinggi akan menggred lebih 550 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh negara mulai tahun depan selepas tugas pengauditan semua institusi berkenaan selesai, akhir tahun ini.


Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata IPTS yang mendapat Gred C, iaitu tidak memuaskan dari segi kualiti kurikulum, pensyarah dan kemudahan fizikal diberi tempoh membaiki prestasi atau lesen mereka ditarik balik.


Beliau berkata, IPTS yang kurang memuaskan dari segi kualiti boleh menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.


“Selepas diberi peringatan, kita akan beri tempoh untuk memperbaiki kelemahan atau bertindak dengan membatalkan lesen,” katanya selepas berdialog dengan pelajar, pensyarah politeknik dan kolej komuniti serta wakil industri di sini, semalam.


Mustapa berkata, selepas mengaudit 182 IPTS di seluruh negara sejak April lalu, ada institusi yang baik dan boleh dikategorikan Gred A kerana kualiti pensyarah, kurikulum dan kemudahan fizikal yang baik tetapi jumlahnya kecil.


Segelintir lagi IPTS, katanya, masih
cuba menipu masyarakat kerana kualiti pensyarah dan kurikulum yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan kementerian itu.

 

Laporan bertajuk “Top Quality Education from Colleges” dalam akhbar The Star (20 September 2006) pula berbunyi begini:

SEPANG: Students and parents can rest assured that they will receive value-for-money higher education from private institutions, when the Higher Education Ministry finishes grading them by early next year.  

Its Minister Datuk Mustapa Mohamed said these private higher learning institutions (IPTS) would be graded into three categories – A, B or C– as a measure of the quality of education they provided. 

“There are quite a few of these colleges that are in the Grade A category and making the country proud,” Mustapa told reporters after attending a dialogue between the ministry’s Polytechnic and Community College Department and the industry.  

Among the criteria used to grade these colleges are location, facilities and quality of lecturers. 

Private institutions that fall under Grade C category will receive a warning of a possible revoking of their licence unless they improved on their “poor” areas. 

First proposed in 2001, the grading system for IPTS was aimed at keeping errant colleges in check and empowering parents and students, when they shopped for colleges. 

Mustapa, who said the number of errant colleges was small, added that tough action would be taken against the “black sheep.” 

“We will not tolerate cheats as they are giving Malaysian higher education a bad name,” he added. 

Mustapa said the audit also addressed complaints made against IPTS in the country, to ensure they complied with the law and to collect up-to-date online data on them. 

 

Tentu sahaja saya mengulas berita berkenaan dengan turut memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana IPTS yang tidak patuh pada garis panduan dan kriteria yang ditetapkan kementerian dan LAN.

Posted by uthayasb at 16:51 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, September 19, 2006
Etika dalam Pendidikan

Hari ini saya telah membuat keputusan untuk tidak terus memeningkan kepala memikirkan segala “manipulasi” yang dilakukan beberapa pihak. Saya mempunyai pilihan sama ada untuk berdiam diri dan membenarkan sahaja manipulasi itu diteruskan atau bersuara.

 

 

Saya telah bersuara secara penuh tegas sejak “tindakan tidak beretika” itu mula saya ketahui sekitar dua bulan lalu. Saya tidak boleh berkompromi dan saya telah menyatakan pendirian saya dengan tegas. Lalu, saya semacam diminta berdiam diri sahaja.

 

 

Berdiam diri maknanya bersubahat! Sama sahaja seperti menggalakkan tindakan tidak beretika itu diteruskan.

 

 

Saya telah cuba mendapatkan beberapa surat dan penerangan bertulis bagi membuktikan bahawa apa yang saya cuba lakukan adalah berasas dan selaras dengan pekeliling dan prosedur yang ditetapkan pihak kementerian.

 

 

Nampaknya semua itu sia-sia sahaja kerana semalam (18 September 2006), keputusan dibuat oleh pihak “atasan” untuk meneruskan tradisi yang sudah sekian lama mendarah daging; walaupun mereka sedar tentang implikasinya jika dikesan pihak berkuasa.

 

 

Saya tidak mahu bersubahat. Saya telah cuba sedaya-upaya menjelaskan implikasi dengan memberi contoh dan kesan tindakan seumpama itu; apatah lagi apabila ia melibatkan golongan pelajar kolej.

 

Ada pula pelajar yang boleh mendapat keputusan subjek LAN tanpa perlu mengambil subjek itu!

 

 

Malah, ada pula individu yang cuba “merampas” kuasa dengan mahu mempunyai kata putus dalam bidang kuasa saya. Apa yang menghairankan, kertas-kertas soalan yang disediakan oleh pihak individu berkenaan selalunya disemak dan diluluskan oleh saya mengikut kriteria dan syarat yang ditetapkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

 

 

Maka, saya sudah membuat keputusan untuk tidak lagi bersubahat dengan cara berdiam diri. Saya sudah memutuskan untuk menerima tawaran dari tempat lain. Mungkin sahaja kemudahan (seperti bilik) tidak sehebat seperti yang “dinikmati” sekarang tetapi sekurang-kurangnya saya tidak perlu terlibat dalam kerja-kerja tidak beretika dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip saya sebagai seorang tenaga pengajar yang mahu memberikan ilmu yang terbaik kepada pelajar.

 

 

Saya tidak mahu nanti pelajar yang menyedari sijil/transkrip yang diberikan kepada mereka tidak sah, lalu mereka datang mengadu kepada saya dan meminta penjelasan.

 

 

Saya telah cuba melawan “kejahatan”. Sebelum saya diserap masuk ke dalam kejahatan itu, elok saya mencari tempat di mana ada lagi nilai dan etika dalam pendidikan.


Posted by uthayasb at 17:38 JST
Updated: Tuesday, September 19, 2006 17:48 JST
Post Comment | Permalink
Sunday, September 17, 2006
Keranamu, Malaysia

 

Sejak diperkenalkan lebih enam tahun lalu, saya memang kurang setuju dengan tema “Keranamu Malaysia” kerana bagi saya, ia salah dari segi bahasa. Namun, seperti biasa, sebarang komen dan pandangan yang diberi tidak membawa pembaharuan kerana kuasa “politik” lebih tinggi berbanding kuasa “bahasa” di sini.

Apa pun, “all bad things come to an end” (pun intended).

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengumumkan bahawa tema “Keranamu Malaysia” serta symbol yang digunakan sejak hampir enam tahun lalu akan ditukar tahun depan (2007) “bagi memastikan ia disambut dengan lebih meriah dan bermakna” (Utusan Malaysia, 17 September 2006).

Harapan saya secara peribadi adalah bahawa slogan baru yang akan diperkenalkan tahun depan benar-benar menggambarkan Bangsa Malaysia serta mampu mendapat tempat dalam jiwa setiap rakyat.

 

Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia.

 

Semuanya keranamu, Malaysia!


Posted by uthayasb at 18:10 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, September 16, 2006
Program membaca, menulis untuk pelatih PLKN buta huruf

Maafkan saya jika kata-kata saya kedengaran kesat. Saya amat hairan bagaimana mungkin wujud warga Malaysia yang masih menghadapi masalah ini. Adakah ini bukti kegagalan sistem pendidikan atau kegagalan sistem keluarga?

Berikut petikan laporan dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 September 2006 - tarikh ulang tahun ke-43 penubuhan Malaysia.

 

KUALA NERANG 15 Sept. 2006 – Pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Resort menghadapi tugas tambahan apabila terpaksa mengadakan program asas menulis dan membaca kepada pelatihnya yang buta huruf.

Sebanyak 96 peratus daripada 140 pelatih Kumpulan 3 Siri 3/2006 yang berumur 18 hingga 20 tahun itu dikenal pasti buta huruf.

Komandan kem, Leftenan Kolonel Md. Amin Suradi berkata, rata-rata mereka tidak menamatkan pengajian sekolah menengah, malah sebahagiannya tidak boleh menulis nama sendiri.

Kata beliau, pihaknya menyediakan program bimbingan khas dengan melantik beberapa jurulatih untuk mengajar asas menulis dan membaca kepada pelatih terbabit.


Posted by uthayasb at 08:54 JST
Updated: Sunday, September 17, 2006 13:48 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, September 6, 2006
Mesyuarat - Taklimat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab & Persatuan Kolej SEGi Subang Jaya berlangsung dari pukul 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari seperti yang dijadualkan. Hanya wakil daripada sebelas kelab/persatuan yang hadir.

 

Ternyata saya sebagai Penyelaras dan Puan Shyamala sebagai Penolong Penyelaras agak bersemangat untuk mengendalikan mesyuarat ini. Kami membuat pelbagai persediaan serta menyediakan beberapa bahan bagi mesyuarat.

 

Sebaliknya, amat mendukacitakan kerana tidak satu kelab/persatuan pun yang menghadiri menyuarat dengan persediaan yang sepatutnya. Mungkinkah mereka hadir semata-mata kerana perlu hadir? Jelas bahawa kumpulan remaja ini tidak memahami makna sebenar “mesyuarat”. Mungkin mereka tidak tahu membezakan antara kuliah, seminar, taklimat, mesyuarat, perjumpaan, forum dan sebagainya!

 

Syarat dan peraturan kelab/persatuan serta pelbagai hal berkaitan aktiviti berpersatuan diterangkan dan dibincangkan pada mesyuarat ini. Agak mengecewakan – sekali lagi – kerana rata-rata kelab/persatuan tidak membuat sebarang perancangan aktiviti.

 

Mereka telah dinasihatkan supaya sekurang-kurangnya terlibat dalam aktiviti yang sudah dirancangkan untuk mereka: kempen menambah ahli (13 September 2006), Who Wants to be 10 Sen Richer? (27 September 2006) dan Multi-ethnic Cultural Event (11 November 2006).

 

Majlis Perwakilan Pelajar (Student Council) juga diingatkan supaya memulakan tugas dan tanggungjawab; memandangkan tugas mereka telah bermula secara rasmi pada 1 September 2006. Latihan, panduan dan nasihat telah diberikan sejak Julai 2006 dan kini masa untuk mereka membuktikan kemampuan.

 

Seperkara lagi, agak menghairankan mengapa rata-rata ahli Majlis Perwakilan Pelajar tidak lagi memegang jawatan dalam kelab/persatuan! Setelah mendapat jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar berikutan pilihan raya pada Jun 2006, mereka kini bagaikan menganggap mereka tidak perlu terlibat dalam kelab/persatuan.

 

Semua ini berlaku apabila sebuah mesyuarat terpaksa menjadi sebuah taklimat!


Posted by uthayasb at 13:05 JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, September 5, 2006
Onam Ashamshagal

Hari ini masyarakat keturunan Malayali di seluruh dunia menyambut Onam. Jika masyarakat keturunan Tamil di Malaysia menyambut Deepavali, masyarakat Malayali pula menyambut Onam.

Sambutan Onam yang berasal dari Kerala, India mempunyai kisah, mitos, legenda dan cerita tersendiri khususnya mengenai Mahabali; serta diserikan dengan tarian Kathakali dan Mohiniattam.

Mungkin hari ini hari yang sesuai untuk saudara cuba mengenali budaya dan amalan masyarakat keturunan Malayali. Itulah istimewanya Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya.

Demikian antara kata-kata spontan yang saya gunakan sewaktu memulakan segmen ulasan akhbar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi ini. Sebenarnya saya mengganti Gina yang tidak dapat bertugas hari ini. Ada hikmahnya kerana saya berpeluang menyampaikan ucapan Unam kepada orang ramai secara langsung melalui kaca televisyen!

Tidak lupa juga saya mengirim ucapan Onam kepada rakan-rakan, kenalan dan pelajar melalui SMS. Begini: “Thiru Onam Ashamshagal! Jadikan hari ini peluang untuk lebih mengenali budaya etnik Malayali. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang harmoni.”

Apa pun, saya tidak membuat sebarang sambutan Onam tahun ini memandangkan bapa mentua saya meninggal dunia pada 7 Ogos 2007.

Posted by uthayasb at 09:00 JST
Updated: Wednesday, September 6, 2006 22:37 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Monday, September 4, 2006
Malam Kebudayaan Pelbagai Etnik

Dengan kerjasama para pelajar subjek LAN/MPW dan Kelab & Persatuan Kolej SEGi Subang Jaya, Jabatan LAN kolej ini akan menganjurkan suatu acara yang mana menggabungkan pelbagai seni persembahan, aktiviti budaya, bahasa dan sastera berdasar pelbagai etnik di negara ini.

 

Tajuk tentatif yang diberikan adalah “Multi-ethnic Cultural Event” dan dijadualkan pada sebelah malam 14 Oktober 2006 (Sabtu). Kerja-kerja perancangan dan persiapan akan dimulakan segera.

 

Hasil perbincangan dan perkongsian idea dengan Puan Shyamala (Pembantu Penyelaras Kelab & Persatuan) serta beberapa pelajar, ternyata idea ini amat baik dalam usaha merancakkan aktiviti pelajar serta berusaha mengumpul dana bagi kelab & persatuan di kolej ini.

 

Walaupun diusahakan oleh Jabatan LAN Kolej SEGI Subang Jaya, penglibatan adalah daripada semua pelajar dan kakitangan Kolej SEGi yang berminat. Antara lain, aktiviti ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pelajar subjek LAN terlibat merancang dan menjayakan sebuah aktiviti sebenar. Sebagaimana lazim, semua aktiviti LAN dipakejkan untuk memberi pengalaman sebenar kepada para pelajar terbabit.

 

“Multi-ethnic Cultural Event” juga membuka ruang – dan memberi cabaran – kepada para ahli kelab dan persatuan untuk mengasah bakat, mempertajam minda, menimba ilmu dan membuktikan kemampuan sebenar mereka berdasarkan pengalaman yang telah dikumpul selama ini.

 

Aktiviti mega ini juga akan cuba menggabungkan tenaga pengajar dan staf Kolej SEGi dari pelbagai fakulti dan jabatan; tidak terhad pada Jabatan LAN.

 

Jabatan LAN dan Kelab & Persatuan digunakan sebagai asas bagi aktiviti mega ini kerana kedua-duanya melibatkan pelajar dari semua fakulti dan jabatan di Kolej SEGi Subang Jaya. Kedudukan yang “merangkumi” ini wajar dijadikan asas untuk mempertemu pelajar dan kakitangan dari seluruh kolej dalam suatu aktiviti yang pasti sukar dijayakan tanpa kerjasama dan penglibatan semua pihak.

 

Mesyuarat jawatankuasa semua kelab dan persatuan akan diadakan pada 6 September 2006 untuk membincangkan aktiviti ini. Berkat kerjasama dan komitmen para ahli, pasti “Multi-ethnic Cultural Event” dapat dijayakan.

 

Saya amat yakin pada kemampuan para pelajar! 


Posted by uthayasb at 20:50 JST
Post Comment | Permalink
Sunday, September 3, 2006
Kejadian yang Sukar Dijelaskan

Jika anda mengandaikan bahawa saya akan membuat catatan mengenai sesuatu insiden yang sukar dijelaskan … andaian anda betul, dan juga salah.

 

Sebenarnya, saya menggunakan waktu yang agak lama hari ini untuk menonton DVD X-Files di mana saya telah tamat musim kedua dan sudah melangkah ke musim ketiga daripada keseluruhan sembilan musim siri ini yang pernah ditayangkan di televisyen hampir sedekad lalu.

 

Sewaktu ditayangkan di kaca televisyen dahulu, saya tidak berpeluang menonton setiap minggu. Malah, terima kasih pada realiti ingatan saya yang kurang baik, hamper semua episode yang saya tonton melalui DVD terasa seperti belum pernah saya tonton. Atau mungkin juga kerana teknik penceritaan yang mencabar minda, maka tidak terasa langsung bosan menonton siri X-Files.

 

Saya suka pada pendekatan sains dan unsur mistik yang digunakan dalam hampir setiap episod. Sering juga saya gunakan siri X-Files sebagai contoh apabila mengendalikan bengkel penulisan cerpen. Bahagian awal (intro) setiap episod berperanan mencengkam serta memancing minat penonton agar terus tekun menonton sehingga ke penghujung.

 

Apa yang juga istimewa adalah keupayaan Chris Carter dan krewnya menggambungkan pelbagai fakta sejarah, sains, penyiasatan, mistik, fiksyen, konspirasi dan bermacam-macam lagi dengan cara yang amat meyakinkan.

 

Kalau kita melayari laman web, terdapat banyak sesawang yang mengkhusus pada X-Files dan memberikan pelbagai maklumat yang menarik. Ia juga menjadi pilihan saya apabila ada masa terluang.

 

Ternyata bahan-bahan penuh ilmu seperti ini (tidak semestinya buku sahaja) mampu merangsang minda untuk sentiasa aktif, kreatif, kritikal dan proaktif.

Posted by uthayasb at 20:55 JST
Post Comment | Permalink
Saturday, September 2, 2006
Kerana Nila Setitik ...

Berita mengenai tahap penguasaan Bahasa Malaysia yang amat rendah di kalangan rakyat Malaysia, seperti yang dilaporkan di akhbar pada 30 Ogos 2006, amat memeranjatkan. Atau lebih tepat, amat memalukan!

 

Bayangkan bahawa masih ada rakyat Malaysia – termasuk generasi yang lahir selepas tahun 1960 – yang belum mampu menguasai bahasa kebangsaan. Tahap kefasihan Bahasa Malaysia juga dilaporkan amat rendah.

 

Saya sempat mengulas bahan berita ini melalui segmen Ulasan Akhbar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 30 Ogos 2006. Sejak itu, laporan berkenaan terus menghantui saya.

 

Hasil daripada pengalaman saya mengendalikan pelbagai aktiviti Bahasa, sastera, seni dan budaya dalam rangka aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (dengan kerjasama pelbagai pihak, tentunya), saya perhatikan penguasaan serta kefasihan Bahasa Malaysia yang amat membanggakan di kalangan generasi muda; khususnya di SJK Tamil.

 

Sehari-dua selepas laporan awal itu, terdapat pula satu lagi laporan di sebuah akhbar Bahasa Mandarin bahawa kem Khidmat Negara yang khas mungkin akan dikendalikan khusus bagi remaja kaum Cina yang tercicir dari sekolah menengah dan/atau tidak mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia!

 

Berita itu amat memeranjatkan – dan demikian juga saya nyatakan semasa membuat ulasan akhbar – kerana membabitkan generasi muda yang lahir dan membesar di Malaysia.

 

Namun begitu, pengalaman saya mengendalikan kelas Bahasa Malaysia di Kolej SEGi Subang Jaya, Kolej The One Academy Bandar Sunway, Kolej SIT Klang dan Kolej Optima Subang Jaya menunjukkan bahawa remaja pelbagai kaum yang menjadi pelajar saya tidak menghadapi masalah berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.

 

Memanglah mereka semua tidak mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia peringkat SPM, tetapi saya kagum pada kemampuan mereka menggunakan Bahasa Malaysia – sekurang-kurangnya semasa kelas dan semasa berkomunikasi dengan saya.

 

Pada masa yang sama, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa memang terdapat segelintir pelajar saya sendiri yang tidak faih Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

Nampaknya benarlah kata-kata orang tua: kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Posted by uthayasb at 10:42 JST
Updated: Monday, September 4, 2006 10:45 JST
Post Comment | Permalink
Friday, September 1, 2006
Veeteiaadu Vilayadu

Setelah mula ditayangkan beberapa minggu lalu (seminggu lalu?), saya menggunakan kesempatan “waktu anjal” (flexi hour) pada 1 September 2006 untuk menonton filem terbaru lakonan Kamal Hasan, Veeteiaadu Vilayadu.

 

Sejak permulaan filem, saya sudah dapat menjangkakan suatu kelainan berbanding filem-filem Tamil yang lumrah. Ternyata filem terbaru ini tidak menghampakan. Apatah lagi, sudah agak lama juga saya tidak teruja untuk menonton filem Tamil di pawagam.

 

Kelainan Veeteiaadu Vilayadu bukan semata-mata pada latar New York, Amerika Syarikat yang digunakan. Sebaliknya pada plot dan gaya penceritaan itu sendiri. Saya perhatikan pengaruh ala X-Files di mana maklumat masa dan tempat dipaparkan pada penjuru kiri/kanan skrin. (Hal ini mungkin juga kerana saya masih dalam proses panjang menonton keseluruhan 9 musim siri X-Files melalui DVD.)

 

Berbeza dengan kebanyakan filem Tamil (dan Hindi), filem lakonan mantap Kamal Hasan dan Jothika ini juga membuatkan penonton tertus tertarik untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya – malah, apa yang berlaku sebelumnya!

 

Teknik imbas kembali dan imbas muka yang digunakan cukup memuaskan seorang peminat karya fiksyen seperti saya. Penggunaan teknik white wash dan hitam-putih juga memberi kesan yang amat berkesan pada file mini.

 

Lagu-lagu filem ini menjadi pilihan ramai. (Nota: Terlalu banyak baru lama sekarang ini sehingga lagu yang “amat” diminati masyarakat minggu lalu boleh menjadi lagu “lama” pada minggu ini!) Lagu yang tidak dapat tidak saya berikan tumpuan khusus adalah lagu “Neerupe” yang turut dinyanyikan abang ipar saya, Venkadasayee (atau nama glamornya dalam bidang perfileman ialah Solar Sai.) Adegan tarian berkenaan memang tidak ada apa-apa kaitan dengan jalan cerita tetapi pasti ramai golongan muda yang suka menonton adegan tarian itu.

 

Tema dan jalan filem ini juga memuaskan hati saya sebagai seorang individu yang muak menonton filem-filem yang tidak mencabar minda. Pemilihan persoalan pembunuh bersiri – rasa saya – adalah suatu aspek yang baru dalam industri filem Tamil. Mungkin ada kisah pembunuh bersiri; tetapi maksud saya, persoalan yang dihurai menggunakan sudut pandangan penyiasatan ala filem Barat.

 

Selain Kamal Hassan, lakonan Jothika juga amat baik. Dia mampu memberi kesan mimic muka (ekspresi) yang sesuai dengan watak yang dibawakan. Ternyata Jothika bukan semata-mata pelakon yang “memperdagangkan” rupa paras untuk mendapat tempat dalam dunia perfileman. Tahniah!

 

Lakonan Prakash Raj meninggalkan kesan dalam jiwa. Begitu juga beberapa lagi pelakon yang saya tidak kenal nama. Walaupun kehadiran mereka dalam beberapa babak sahaja, namun mereka berjaya memberikan yang terbaik dalam memastikan filem Veeteiaadu Vilayadu benar-benar berjaya.

 

Cuma, beberapa “kelemahan” filem Tamil masih ketara. Misalnya, saya masih tertanya-tanya, bagaimana mungkin apabila keluar dari bilik hotel Jothika/Kamal, betul-betul di hadapan mereka terdapat balkoni yang cuba digunakan oleh Jothika untuk membunuh diri! Adakah benar-benar terdapat hotel seperti itu di New York? Saya percaya ini pengaruh filem Tamil semata-mata dan bukan reality sebuah hotel sebenar di Amerika.

 

Begitu juga, saya sedikit kecewa dengan penyelesaian filem yang tidak dapat lari daripada penyudah yang klise. Jothika yang ditanam hidup-hidup masih hidup. Beberapa pembaharuan watak dan perwatakan telah dilakukan dalam file mini. Mengapa pengakhiran cerita dibiarkan tetap pada takuk lama?

 

Mungkin untuk santapan golongan yang berlum bersedia menerima perubahan.


Posted by uthayasb at 18:01 JST
Post Comment | Permalink
Wednesday, August 30, 2006
Kefasihan Bahasa Malaysia

Tahap kefasihan BM rakyat masih rendah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Tahap kefasihan bahasa Malaysia rakyat Malaysia masih rendah ekoran tiada kesedaran dan keseriusan untuk menggunakan bahasa kebangsaan itu, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, agak sukar untuk mencapai tahap kefasihan yang membanggakan sekiranya sikap tidak endah terhadap kepentingan bahasa itu terlalu menebal.

Tambahnya, cabaran dalam keadaan dunia tanpa sempadan terutamanya menerusi media, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi satelit turut menyumbang kepada kegagalan rakyat Malaysia dalam penguasaan bahasa Malaysia.

“Justeru kementerian memulakan pendekatan baru yang lebih fokus bagi menangani kegagalan penguasaan bahasa kebangsaan ini, sekaligus melahirkan masyarakat bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti dan mempunyai kefasihan tinggi dalam bahasa tersebut,’’ katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Selain itu, katanya, kementerian akan membentangkan satu memorandum kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi bagi meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Semalam, satu siri mesyuarat dijalankan oleh Jawatankuasa Induk Memperkasakan Bahasa Kebangsaan bagi membincangkan cadangan tersebut.

“Pindaan itu membolehkan DBP mempunyai kuasa untuk memperbetulkan kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, sambutan BBSN 2006 yang dilancarkan hari ini merupakan program tahunan DBP dan kesinambungan daripada pelbagai kempen untuk mengembang, memperkasa dan memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan.

Tiga buah kementerian turut terlibat dalam sambutan kali ini iaitu Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Penerangan.

Moto BBSN 2006 ialah Bahasa Malaysia Asas Tamadun Bangsa dan temanya ialah Bahasa Malaysia Citra Bangsa Malaysia.

(Sumber: Utusan Malaysia, 30 Ogos 2006)


Posted by uthayasb at 16:29 JST
Post Comment | Permalink
Students are not interested in History?

At the Dewan Rakyat yesterday:

MP: History books do not reflect nation's past

30 Aug 2006, New Straits Times
Reports by V. Vasudevan, Anis Ibrahim and Nisha Sabanayagam


HISTORY textbooks now being used in schools do not reflect the country’s history, an MP said yesterday.

"Our history textbooks are incomplete and do not give the whole picture," said Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

"The excuse that history books need to be revised because students have no interest in history or cannot understand the subject is unacceptable."

Speaking at the Parliament lobby, Wee said Yap Ah Loy’s role in the establishment of Kuala Lumpur, for example, had been omitted from textbooks.

"The reason why it is important to include Yap Ah Loy is to show the younger generation that the Malays and Chinese were already collaborating years ago.

"Similarly, highlighting Tun V.T. Sambanthan’s story and ideology is not only to show he founded MIC, but also to show how he mobilised the Indian community and worked with other ethnic groups," said Wee.

"I have no interest in this, I’m not Yap Ah Loy’s grandson. This is in the interest of the youth."

Earlier in the Dewan Rakyat, the Education Ministry’s parliamentary secretary P. Komala Devi in reply to a question by Wee, said history textbooks currently in use were based on a revision of the school syllabus, carried out in stages by the ministry since 2003.

"The syllabus is based on proven historical facts obtained from research by historians, academics and individuals," she said.

In a supplementary question, Wee asked why individuals such as Yap Ah Loy had been excluded from textbooks while there was only limited information on personalities such as Tun Tan Cheng Lock and Sambanthan.

"Research showed that students were not interested in history, they had difficulty understanding facts and were only memorising information without appreciating the subject. We decided to consolidate the facts to make the subject less boring," she said.

Posted by uthayasb at 16:15 JST
Post Comment | Permalink
Sunday, July 30, 2006
Baca Cerpen Nayagi

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  (PPAS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) menganjurkan Pesta Buku Selangor 2006 pada 25 hingga 31 Julai 2006 di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor.

Salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah “Baca Cerpen Nayagi” oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan, Kolej The One Academy Bandar Sunway dan Kolej SEGi Subang Jaya.

“Baca Cerpen Nayagi” pada 30 Julai 2006 (Ahad), 3:00 – 5:00 petang di Kompleks PKNS, Shah Alam telah diserikan dengan bacaan teks cerpen berjudul “Nayagi” serta tayangan drama yang dihasilkan oleh pelajar Kolej SEGi Subang Jaya dan Kolej The One Academy Bandar Sunway berdasarkan cerpen berkenaan.

Acara ini antara lain bertujuan memasyarakatkan sastera, menggalakkan minat membaca di kalangan remaja serta mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Cerpen “Nayagi” membawa tema perjuangan hak wanita, menuntut kemerdekaan, kepentingan ilmu melalui pembacaan serta semangat nasionalisme.

Karya yang pernah menang tempat pertama Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1992 turut diolah menjadi drama dalam empat versi berbeza oleh pelajar kolej terbabit.

Secara tidak langsung, acara “Baca Cerpen Nayagi” membuka ruang kepada para pelajar terbabit membuktikan kreativiti mereka.


Posted by uthayasb at 00:01 JST
Updated: Saturday, August 5, 2006 15:23 JST
Post Comment | View Comments (5) | Permalink

Newer | Latest | Older