Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2006 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Monday, September 4, 2006
Malam Kebudayaan Pelbagai Etnik

Dengan kerjasama para pelajar subjek LAN/MPW dan Kelab & Persatuan Kolej SEGi Subang Jaya, Jabatan LAN kolej ini akan menganjurkan suatu acara yang mana menggabungkan pelbagai seni persembahan, aktiviti budaya, bahasa dan sastera berdasar pelbagai etnik di negara ini.

 

Tajuk tentatif yang diberikan adalah “Multi-ethnic Cultural Event” dan dijadualkan pada sebelah malam 14 Oktober 2006 (Sabtu). Kerja-kerja perancangan dan persiapan akan dimulakan segera.

 

Hasil perbincangan dan perkongsian idea dengan Puan Shyamala (Pembantu Penyelaras Kelab & Persatuan) serta beberapa pelajar, ternyata idea ini amat baik dalam usaha merancakkan aktiviti pelajar serta berusaha mengumpul dana bagi kelab & persatuan di kolej ini.

 

Walaupun diusahakan oleh Jabatan LAN Kolej SEGI Subang Jaya, penglibatan adalah daripada semua pelajar dan kakitangan Kolej SEGi yang berminat. Antara lain, aktiviti ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pelajar subjek LAN terlibat merancang dan menjayakan sebuah aktiviti sebenar. Sebagaimana lazim, semua aktiviti LAN dipakejkan untuk memberi pengalaman sebenar kepada para pelajar terbabit.

 

“Multi-ethnic Cultural Event” juga membuka ruang – dan memberi cabaran – kepada para ahli kelab dan persatuan untuk mengasah bakat, mempertajam minda, menimba ilmu dan membuktikan kemampuan sebenar mereka berdasarkan pengalaman yang telah dikumpul selama ini.

 

Aktiviti mega ini juga akan cuba menggabungkan tenaga pengajar dan staf Kolej SEGi dari pelbagai fakulti dan jabatan; tidak terhad pada Jabatan LAN.

 

Jabatan LAN dan Kelab & Persatuan digunakan sebagai asas bagi aktiviti mega ini kerana kedua-duanya melibatkan pelajar dari semua fakulti dan jabatan di Kolej SEGi Subang Jaya. Kedudukan yang “merangkumi” ini wajar dijadikan asas untuk mempertemu pelajar dan kakitangan dari seluruh kolej dalam suatu aktiviti yang pasti sukar dijayakan tanpa kerjasama dan penglibatan semua pihak.

 

Mesyuarat jawatankuasa semua kelab dan persatuan akan diadakan pada 6 September 2006 untuk membincangkan aktiviti ini. Berkat kerjasama dan komitmen para ahli, pasti “Multi-ethnic Cultural Event” dapat dijayakan.

 

Saya amat yakin pada kemampuan para pelajar! 


Posted by uthayasb at 20:50 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries