Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2006 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Tuesday, September 5, 2006
Onam Ashamshagal

Hari ini masyarakat keturunan Malayali di seluruh dunia menyambut Onam. Jika masyarakat keturunan Tamil di Malaysia menyambut Deepavali, masyarakat Malayali pula menyambut Onam.

Sambutan Onam yang berasal dari Kerala, India mempunyai kisah, mitos, legenda dan cerita tersendiri khususnya mengenai Mahabali; serta diserikan dengan tarian Kathakali dan Mohiniattam.

Mungkin hari ini hari yang sesuai untuk saudara cuba mengenali budaya dan amalan masyarakat keturunan Malayali. Itulah istimewanya Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya.

Demikian antara kata-kata spontan yang saya gunakan sewaktu memulakan segmen ulasan akhbar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi ini. Sebenarnya saya mengganti Gina yang tidak dapat bertugas hari ini. Ada hikmahnya kerana saya berpeluang menyampaikan ucapan Unam kepada orang ramai secara langsung melalui kaca televisyen!

Tidak lupa juga saya mengirim ucapan Onam kepada rakan-rakan, kenalan dan pelajar melalui SMS. Begini: “Thiru Onam Ashamshagal! Jadikan hari ini peluang untuk lebih mengenali budaya etnik Malayali. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang harmoni.”

Apa pun, saya tidak membuat sebarang sambutan Onam tahun ini memandangkan bapa mentua saya meninggal dunia pada 7 Ogos 2007.

Posted by uthayasb at 09:00 JST
Updated: Wednesday, September 6, 2006 22:37 JST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink

Tuesday, September 12, 2006 - 22:51 JST

Name: "CW"
Home Page: http://flexnib.blogspot.com

Sebelum membaca blog saudara, saya langsung tidak tahu akan sambutan Onam masyarakat Malayali! (Alangkah jahilnya saya ini)

Takziah saya ucapkan kepada saudara Uthaya Sankar atas peninggalan bapa mentua saudara. 

 

View Latest Entries