Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« September 2006 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sasterawan
Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia!
Sunday, September 3, 2006
Kejadian yang Sukar Dijelaskan

Jika anda mengandaikan bahawa saya akan membuat catatan mengenai sesuatu insiden yang sukar dijelaskan … andaian anda betul, dan juga salah.

 

Sebenarnya, saya menggunakan waktu yang agak lama hari ini untuk menonton DVD X-Files di mana saya telah tamat musim kedua dan sudah melangkah ke musim ketiga daripada keseluruhan sembilan musim siri ini yang pernah ditayangkan di televisyen hampir sedekad lalu.

 

Sewaktu ditayangkan di kaca televisyen dahulu, saya tidak berpeluang menonton setiap minggu. Malah, terima kasih pada realiti ingatan saya yang kurang baik, hamper semua episode yang saya tonton melalui DVD terasa seperti belum pernah saya tonton. Atau mungkin juga kerana teknik penceritaan yang mencabar minda, maka tidak terasa langsung bosan menonton siri X-Files.

 

Saya suka pada pendekatan sains dan unsur mistik yang digunakan dalam hampir setiap episod. Sering juga saya gunakan siri X-Files sebagai contoh apabila mengendalikan bengkel penulisan cerpen. Bahagian awal (intro) setiap episod berperanan mencengkam serta memancing minat penonton agar terus tekun menonton sehingga ke penghujung.

 

Apa yang juga istimewa adalah keupayaan Chris Carter dan krewnya menggambungkan pelbagai fakta sejarah, sains, penyiasatan, mistik, fiksyen, konspirasi dan bermacam-macam lagi dengan cara yang amat meyakinkan.

 

Kalau kita melayari laman web, terdapat banyak sesawang yang mengkhusus pada X-Files dan memberikan pelbagai maklumat yang menarik. Ia juga menjadi pilihan saya apabila ada masa terluang.

 

Ternyata bahan-bahan penuh ilmu seperti ini (tidak semestinya buku sahaja) mampu merangsang minda untuk sentiasa aktif, kreatif, kritikal dan proaktif.

Posted by uthayasb at 20:55 JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries